Abah, Idola Ku November 9th, 2008

Peperiksaan akhir tahun telah selesai. Cikgu pun tidak mengajar hari ini. Katanya ingin memanggil setiap pelajar seorang demi seorang untuk "ditemuduga". Ntah apa2 ntah cikgu ni. Kami baru nak main2 dalam kelas. bagi can la, exam dah habis.

Sorang2 kwn aku kena panggil temuduga kat depan secara personal. Aku tak berapa pasti kenapa harus ditemuduga. Maklum la baru darjah satu. Bodoh2 alang gitu.

Cikgu: adar, adar... datang depan. giliran kamu.

Aku pun dgn malasnya pergi ke depan dan duduk dikerusi yang disediakan bertentangan dengan cikgu.

Cikgu: Ok, cikgu ada beberapa soalan nak tanya. Cikgu akan rekodkan dalam kad laporan kamu. Jadi jawap denga jujur.

Aku: Ok cikgu.

Beberapa soalan pun ditanya dan aku menjawap apa yang aku tahu. Akhirnya tiba soalan terakhir.

Cikgu: Apa cita2 kamu? Maksud cikgu besar nanti kamu nak jadi apa?

Aku: Saya nak jadi macam abah saya cikgu.

Cikgu: Abah kami kerja apa?

Aku: Abah saya kerja kat pam minyak shell cikgu. Tu, kat shell jalan hang tuah tu.

Cikgu: Oh, abah kamu kerja pam minyak ye. Cikgu nak kamu pilih cita2 yang lain.Askar ke, polis ke, bomba ke.

Aku: Kalo macam tu saya nak jadi bomba la.

Cikgu: Ok, pilihan kedua dan ketiga pula?

Aku: Askar dan polis.

Cikgu: Ok, kamu boleh balik ke tempat kamu.

Apa yang aku tulis merupakan kisah benar sewaktu aku darjah satu dan bersekolah di sekolah rendah jalan hang tuah, sanpeng.

Cikgu, andai cikgu bertanya soalan "kamu nak jadi apa besar nnt" pada saya skrg, saya takkan malu untuk menjawap saya ingin jadi seperti abah. Dan saya takkan ubah jawapan saya. 1000 kali mahupun berjuta kali ditanya, jawapan aku tetap sama,

AKU INGIN MENJADI SEPERTI ABAH.

Biarpun abah hanya berkerja sebagai tukang pam minyak (masa tu sistem layan diri masih belum diperkenalkan lagi), aku tetap bangga dengan abah. Abah besarkan aku dengan kaseh sayang. Walaupun hidup kami susah, menumpang duduk dirumah sedara mara, kami tetap bahagia.

Aku masih ingat lagi sewaktu kami tinggal di kampung awah, Pahang. Abah mengambil upah menoreh getah diladang getah. Hidup kami amat susah pada masa tu. Setiap hari makanan kami hanya nasi kosong berlaukkan garam. Itu pun terpaksa dicatu. Andaikata ada rezeki, dapat la kami makan nasi berlaukkan ikan hasil ikhsan pemberian tuan punya ladang. Dan kebiasaanya abah akan menyuruh kami adik beradik makan dulu. Abah dan mak akan makan sisa2 tinggalan kami.

Aku baru berumur 6 thn. Aku tak faham pengorbanan abah. Andai aku dapat putarkan masa, aku akan biarkan abah makan dulu. Biar aku saja yang makan sisa makanan abah. Maafkan aku abah. Sampai sekarang, walaupun aku dah berkahwin jika aku melawat abah, bila waktu makan, abah akan suruh kami makan dulu. Seingat aku tak pernah abah makan dulu sebelum anak-anaknya.

Aku lihat ramai remaja-remaji diluar sana menjadikan artis sebagai idola mereka. Pikir balik la kwn2, tanpa abah korang, lahir ke korang kat dunia ini? Ada juga yang merajuk tak mahu jumpa abah sendiri, mungkin sebab bergaduh atau sebab lain tapi ingatlah abah korang akan tetap abah korang sampai korang mati. Selagi suruhan abah tidak melangar mana2 syariat ISLAM, cuba usahakan untuk ikut.

Hari ini aku telah bergelar abah. Satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Mampukah aku menjadi abah sebaik abah aku? Doakan aku kawan2.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.


Tags: , , ,
Posted in My Life |

2 Responses to “Abah, Idola Ku”

  1. CrazyfishNchips On

    waoo..
    sdey gak crite ko..
    mst ko tgh nangis bler tulis mende2 nih en??

  2. iemah On

    sdey sy bca ksah ni..teringat sy zman kcik2 dlu mcam mna ssahnya mak sy nk bsarkn sy dan adk.salute la bro..awk mst usaha jd sebaik abah awk..

Leave a Reply