Air Mata Suami
Hari ini isteri aku mengadu sakit perut. Katanya, pedih yang amat sangat dalam perut.
Aku hanya mampu tersenyum, ala biasa la. Perempuan mengandung, mungkin anak dalam perut menendang.
Dari pagi sampai petang isteri aku tidak habis2 mengandu sakit perut. Pedih...pedih dan pedih. Aku dah mula rasa tak kena tapi aku masih buat bodoh jer dengan anggapan perkara biasa. Ala...perempuan mengandung.
Katak mula menyanyi, si pungguk pula asyik memandang bulan. Malam pula merangkak ala2 hantu ju-on. Sakit perut isteri aku makin teruk. Isteri aku baring atas katil manakala aku pula mengadap PC menyiapkan projek blog aku.
Tiba-tiba....... isteri aku muntah. Uwek.... dia muntah sebelah aku.Betul-betul sebelah PC kesayangan aku. Alhamdulillah dia isteriku, jika makhluk ALLAH yang lain, tentu dah kena penampar keramat aku.
Banyaknyer muntah isteriku. Ketulan ayam KFC, rotai canai dan lain2 bergelimpangan di atas lantai. Sayang seribu kali sayang, kamera aku dah rosak. Jika tak boleh aku snap dan pos disini. Bagi korang muntah lak lepas tu.
Aku sebagai suami soleh impian para wanita akhir zaman dengan penuh rasa kasih syg mengambil kain dan lap muntah isteri ku. 2-3 kali lap baru bersih. Kemudian kena mop plak. Sekali lagi, dia isteriku, jika makhluk ALLAH yang lain sudah pasti ku tampar.
Lepas lap muntah tu, aku boleh pula makan nasi berlaukkan kari kambing. haha... sekali pandang kari kambing tu nampak macam muntah isteriku je, tp lepas tonyoh mata sampai berair baru la kari tu nampak macam kari.
Pukul 12 malam, langsuir mula bertengek atas pokok menanti mangsa. Toyol buncit mula memecah masuk rumah manusia mencuri duit. Aku lihat isteri ku enak tido, mungkin letih. Maklum la sakit perut satu hari.
Tiba-tiba isteriku yang sedang tido mengigil dengan kuatnya. Seolah-olah sedang menghadapi sakaratul maut. Dia memangil aku, mengatakan yang dia terasa sangat sejuk sedangkan aku pula rasa panas yang amat.
Aku peluk isteriku. Aku usap kepalanya. Panas, badan dan kepala isteriku terlalu panas. Mungkin boleh goreng telur diatasnya. Air mata mula menitis kerana membayangkan perkara yang bukan2. Kenapa isteriku Ya ALLAH. Aku kelam kabut mencari jaket/baju panas untuk isteriku.
Agak lama juga baru isteriku berbicara mengajak aku pergi ke klinik. Pukul 1 pagi pergi klinik? Aku pada mulanya tak setuju. Bukan tak sayang isteri tapi duit aku hanya tinggal RM 46.00. Cukup ke nak bayar?
Tapi melihatkan keadaan isteriku yang sgt teruk, aku gagahkan juga bawa isteriku ke klinik. Alhamdulilah ada klinik yang buka 24 jam di kawasan putra perdana ni. Masa doktor periksa isteriku, dia pun tanya knp mengigil? Doktor pun pelik kerana isteri aku mengigil kuat sangat.
Alhamdulillah doktor mengesahkan isteri aku hanya demam. Time nak bayar, aku dah mula gelabah. Risau duit tak cukup. Alhamdulillah sekali lagi, bil klinik hanya RM 40.00.
Alhamdulillah masa aku sedang menulis pos ni, isteri aku dah makan ubat dan sedang tido dengan nyenyak. Maha Suci ALLAH yang mencipta penyakit dan juga mencipta ubatnya.
Pernah aku dengar ceramah agama, penyakit tu tanda kasih sayang ALLAH pada hambanya. Sebagai ujian dan juga untuk mencuci dosa hambaNya.
p/s: apa yg aku tulis ni betul walaupun ada sikit merapu.
p/s: mana2 perempuan yang tgh mencari suami soleh idaman wanita akhir zaman leh la kontek aku. Aku masih bujang lagi. Bujang 3 tau. Haha...
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
p/s - Baca tanpa komen macam berak tak basuh. Uwek...busuk!!!


May 30th, 2008 at 3:02 pm
lelaki cam ni kira soleh…
ntah hapa-hapa
nauzubillah jgnla suami ku sperti kamu
dah dia mengadu sakit perut ajakla gi klinik
itu tanda caring, amik hati dia
dia nak pegi ker tak itu nombor dua, kamu tau kamu tak ada duit, jgn ingat isteri tak tahu
isteri sentiasa alert dan kalau dia kata tak payah mungkin duit sebabnya
orang pregnant, tak ada satu saat yg dia selesa cuma tidak disebut sj (tunjukkan kasih sayang dengan berbincang kesukaran dialami, perasaan dia, gembira, takut, dan peluk dia). bila mengadu atau mengeluh, itu mmg dah tak tahan la tu, dan yg plg dia risau adalah baby kat dalam drpd diri sendiri
banyakkan mengusap dan peluk isteri especially masa nak tidur, itu banyak membantu menghilangkan ketidakselesaan dan sakit2
March 25th, 2008 at 10:15 am
huahaa..itulah dugaan untuk seorang suami…
kira oklah kena kat isteri ko..
ada jugak yang kena kat suami tau…
nasib baik ko sayang isteri ko
akukaya: laki mana tak syg bini woi… - P. Ramlee ckp la.
March 25th, 2008 at 12:57 am
awak dah ada bini, sarat mengandung, anak pertama masih fikir bujang 3? hummm…lelaki semua sama ya? suka perempuan lain setelah dpt satu?cukup la satu. lain la kalau kita ni seperti rasulullah. Manusia zaman skrang tak akan dapat menjadi adil terhadap isteri isterinya. jagalah isteri dgn baik. Dia amat memerlukan seorang suami yang caring. dalam saat mengandung…saya faham sbb saya pernah melaluinya….
akukaya: maksud adil yg dikatakan dlm ISLAM hanyalah adil dr segi layanan zahir dan batin. Kalo isteri pertama dpt gelang RM 600. Isteri kedua pun kena dapat gelang yg sama nilai.
tapi ADIL dari segi hati, takder manusia yg dpt ADIL termasuk Rasulullah. Rasalullah pernah bersabda yg Baginda syg lebih skit Aisyah dr isteri2 baginda yg lain. Tapi dr segi layanan semua isteri Baginda dapat sama Adil walaupun Rasulullah syg lebih kat Aisyah. Kiranya Baginda takder la lebihkan Aisyah walaupun Aisyah yg plg Baginda syg.
Itu konsep ADIL dlm poligami tp ramai perempuan yg salah faham. Hehe… walaupun aku bujang 3, takder pun rasa nak kahwin lg sbb aku tak suka masalah. kalo kawen lg satu, mesti akan banyak masalah. Bg yg ilmu agama tak tinggi mcm aku ni, tak yah la. menambah dosa jek karang sbb tak adil.
January 30th, 2008 at 8:37 am
huhuhhuhu..
kaw jga bini 2 lg bgs arhh..!!
December 14th, 2007 at 4:45 am
[...] sbb aku pelajar tajaan TM. Isteri aku pun pelajar tajaan TM dan sedang berkerja dengan TM. Tp kes bini aku yang sakit betul2 mencabar tahap kesabaran [...]
December 13th, 2007 at 1:53 pm
Aku masih bujang lagi. Bujang 3 tau. Haha…
i like this qoute..nice..along takmo nakal2..hehehe
December 13th, 2007 at 7:20 am
So bila masanya menintis air mata ko nih, saudara adar.
December 12th, 2007 at 4:33 pm
erm, siannya wife ko..dia tu dahlah kecik comel lote mcm ko jerk..takperlah dugaan anak pertama, ko plak jagalah dia baik2. aku nak korang berdua selamat dan anak yg bakal lahir comel mcm korang berdua.Insya-allah
December 12th, 2007 at 1:29 pm
Haha. Baru ko tau ye. Saper tak sayang bini oiii.. Ekeke.