seks2u 728x90_01

Bersumpahlah Anwar

SAYA tertarik hati dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sebuah akhbar baru-baru ini menyeru individu terlibat menuduh dan menyebarkan fitnah mengaibkan seseorang bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Beliau mengulas kecelaruan politik semasa tanah air berikutan tuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu khasnya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Pemimpin Pas itu tentu lebih arif bahawa dalam Islam tidak ada pilih kasih walaupun sesuatu itu berlaku ke atas sahabat karib kita. Hukum Islam tidak memilih bulu. Apa yang hendak beliau pertahankan terhadap Anwar? Anwar belum pun dibicarakan. Jangan buat kesimpulan.

Bagaimana pula pendirian Abdul Hadi terhadap beberapa tuduhan Anwar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Kalau tuduhan terhadap Anwar mahukan empat saksi. Bagaimana tuduhan kepada Najib?

Kalau Abdul Hadi benar-benar berjuang untuk Islam, beliau sepatutnya menasihatkan Anwar supaya tidak membuat tuduhan terhadap Najib jika tidak berasas dan tanpa bukti. Tetapi kerana yang diserang itu Najib (dianggap musuh politik) maka hukum Islam diketepikan. Dalam Islam ini dipanggil subahat. Apa hukum subahat?

Hukum Islam tidak mengira sesiapa. Selama ini pemimpin pembangkang paling banyak menabur fitnah terhadap Najib dan amat mengaibkan. Mengapa Hadi tidak menegurnya? Kalau betullah hendak ikut ajaran Islam sebenar seperti yang mereka sering laungkan, 'menyebar fitnah lebih berbahaya daripada membunuh'.

Saya tidak tahu apakah Islam membenarkan kita menabur fitnah kepada seteru kita atau orang Islam yang tidak kita sukai? Pada saya yang bodoh ini, fitnah tetap fitnah.

Lebih menarik apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga anak Anwar berkata, tuduhan liwat terhadap bapanya sebagai jahat dan zalim. Tetapi pernahkah Izzah bertanya, apa perasaan anak dan keluarga Najib apabila bapanya (Anwar) tidak habis-habis menuduh Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Jangan fikir perasaan sendiri sahaja. Perasaan orang lain patut difikir sama. Izzah patut menasihatkan bapanya jangan keterlaluan. Kita sesama Melayu dan Islam sepatutnya berasa malu. Kalau hendak berpolitik biarlah bersopan dan tidak angkuh seolah-olah kita sahaja yang betul.

Keadilan mesti ditegakkan bukan setakat pada kes Anwar sahaja. Anwar tidak perlu mengheret rakyat kerana ini kes peribadi dengan pembantu khasnya. Tidak perlu menggelabah.

Untuk memastikan kebenaran dan keadilan, selain di mahkamah, saya amat setuju jika upacara sumpah menurut Islam diadakan. Abdul Hadi patut menasihatkan Anwar bersumpah dengan disaksikan oleh para ulama. Kalau ketelusan yang diperjuangkan oleh pembangkang maka inilah ketelusan paling hakiki.

Kalau tidak salah, apa hendak takut dan mengelak daripada bersumpah.

M. HANAFIAH A. SAMAD

Kuala Lumpur

akukaya: aku copy dan paste dari forum utusan melayu. aku sgt2 bersetuju dengan penulis. aku aktif dalam forum yang condong ke arah pembangkang dan rajin membaca blog2 anti kerajaan sebab aku pun tak setuju banyak hal dengan kerajaan BN tp aku sedih bila Najib dituduh ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya, pihak pembangkang laju je mahukan Najib dihukum. Bila anwar pula dituduh meliwat, pembangkang mahukan 4 saksi dikemukakan, malah ada mahukan suruhanjaya diRaja yang telus untuk siasatan Anwar. Aku tak pasti sama ada ALLAH ada melantik Anwar menjadi Nabi sebab aku tengok ramai yang taksub dan anggap Anwar tu maksum. Anwar mahupun Najib kedua2nya adalah manusia biasa dan mereka tidak maksum. Dan jangan la korang mempergunakan hukum  ALLAH untuk membela orang yg korang sokong dan menjahanamkan seseorang yang korang tak suka.

Akukaya tidak menyokong kedua2 pihak kerana aku berpendapat mereka berdua tidak bersalah selagi mahkamah tidak mensabitkan kesalah pada mereka. Andaikan kata mereka berdua bersalah tapi mahkamah dunia melepaskan mereka mungkin krn kurang bukti atau salah guna kuasa, maka akukaya tidak perduli kerana di Akhirat nnt akan ada Mahkamah Akhirat yang mana ALLAH yang akan jadi Hakim. Biar ALLAH sahaja membalas dosa2 mereka.

Apa yang aku nampak sejak Pak Lah menjadi PM, fitnah menjadi2 dimuka bumi Malaysia ni. Ya ALLAH rahmatilah bumi Malaysia dan rakyatnya. AMIN.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

p/s - Baca tanpa komen macam berak tak basuh. Uwek...busuk!!!

subscribe
Tags: , , , , , , , , July 8th, 2008 Posted in Politik

7 Responses to “Bersumpahlah Anwar”

  1. vh Says:

    setahu aku, najib LANGSUNG tidak disiasat walaupun ada bukti2 yg menunjukkan beliau terlibat (penglibatan org2 yg pernah berkhidmat dgn beliau, dakwaan adik mangsa yg altantuya kenal najib, byk lagi kalau baca m2day, cthnya “jip misteri” yg digunakan utk mengangkut altantuya)… so tujuan anwar ialah untuk pressure polis supaya jgn buat2 tak nampak bukti2 ini…

    lain beb, drpd kes anwar…

    anwar dituduh, cepat2 disiasat (walaupun laporan doktor kata tak berlaku assault), pastu didakwa… kemudian ada pulak yg sibuk2 nak suruh dia sumpah. mana boleh sumpah beb, nanti kena kutuk sbb dah pernah cakap sumpah ni tiada dlm islam… mmg takder pun, yg ada kalau perkara tu dah habis siasat tp tak settle2 jugak, so kedua2 pihak kira lepas, tp bersumpah saling melaknat antara satu sama lain. (cthnya suami tuduh isteri berzina tp takder 4 saksi. satu kes lg dlm quran ialah bila golongan ahli kitab taknak terima nabi muhammad, jd allah suruh nabi cabar mereka bersumpah laknat.)

    kalau sumpah laknat utk perkara2 yg belum habis siasat dijadikan hukum islam, apatah lg utk “membuktikan” sesuatu pihak tidak bersalah, pikir sendiri la apa kesannya…



  2. me Says:

    ya aku sokong sgt..i2 lah kebenaranya!!!!!! tnggu kiamat



  3. atap_aje Says:

    manusia datang atas dunia hakikatnya untuk berak, lepas nabi adam as makan buah khuldi, dia terasa nak berak, tapi dalam syurga takde tempat berak. ALLAH TAALA hantar ke dunia untuk baginda berak. sebab itulah semua bayi2 yang baru lahir tak boleh keluar dari hospital lagi selagi tak berak. kalau dah berak, baru boleh keluar hospital.

    kesimpulannya. dunia ni sementara, seumpama masuk dalam jamban untuk berak. tak perlu la masuk jamban lama2, melukis rumah, lukis duit, lukis pangkat tinggi2, tulis macam2 lagi. Tak perlu la di dunia ni angan2 macam2. usaha macam macam, sebab kita akan tinggalkan dunia ni. sekejap je duk sini. pasti balik semula ke akhirat. sekejap je duk dalam jamban untuk berak, pastu keluar.



  4. the game Says:

    Hukum Allah mesti la digunekan…sebab itu memg hukum yg dicipta oleh Tuhan mencipta kite… Allah tau pe yg terbaik utk kite… kate x sokong dua2 tp jelas,nyata dan terang ayat tu menyebelahi sebelah pihak… anwar n naijb kena tuduh…tp yg aku tgk kes anwar je yg jalan.kenape??? bile anwar nak involve dlm politik,ade je isu yg timbul…nape??? anwar sepatutnye bleh bertanding pilihan raye ke 13,tp nape tetibe pilihan raye diadakan awal lak?? bile anwar nak msuk pilihan raye kecil, isu lain lak nak dibangkitkn… sudah2 la tu… aku dah penat tgk lanun2 memerintah negara aku

    akukaya: tajuk ini berkaitan dgn anwar, so semesti sy bercerita mengenai anwar saja. boleh check post2 saya sblm ni dlm kategori “politik”, maka anda akan tau sy bukan pro KERAjaan. jgn la krn satu post yg menghentam Anwar, maka anda kata sy penyokong KERAjaan.

    perlu juga diingatkan yg Anwar pada masa satu ketika dahulu, semasa dlm kerajaan dn menjadi TPM, beliau juga lanun besar. tanya la mana2 ahli UMNO, depa semua tau mcm mana ANwar leh menang jawatan TPM kalahkan Ghaffar Baba.

    aku tak anti pembangkang. boleh dikatakan aku pro PAS cuma aku tak suka DAP dgn PKR. itu je. ini kerana perjalanan politik PKR sama mcm UMNO. kroni dan taktik keji sama mcm UMNO digunakan. berlainan dgn PAS.

    dan boleh kah anda memberi jaminan yg jika Anwar memerintah Malaysia akan bertambah baik? Waktu dia jd TPM pun sama gak jd lanun, apatah lg jd PM nnt. Tgk je Pak Lah, dr mr. clean jd mr. kotor.



  5. BNsensaoil!! Says:

    aku sokong bn…..aku sokong kerajaan…
    tapi, undi aku rahsia…aku g kutip duit kat post bn..tapi, undi aku rahsia….emmm kaji la baik2 wahai kawan2….mau duit ka mau apa….duit dulu ma…
    manada politik barter kat malaysia n seanteronye sumanya pakai duit…emm…bab kroni xpayah risau la kowang nak duit kowang “fight” jadi kroni gaji between 100k and above…haha…najib emm tengok bini pown da xpakai tudung…emm mcmne la nak suruh hadi awang nasihat anwar…bini anwar pakai tudung kat situ da nampak…emm politik2….
    kalau xconfident mr. akukayap jgnla nak kaitkan nabi ngan anwar….ape kejadahnye maksum nie…. nabi terakhir kite pun da taw Nabi Muhammad S.A.W.. dlm AL-Quran da bgitaw…xmo kasi pening lu punya kapala la…
    klu nak suruh anwar bersumpah pun sape yg nak declare sumpah die btol ke x?nak tunggu Imam Mahadi turun…sendiri pk la…minyak da naek but then inflasi pown naek ape punye ekonomi yg diorang nie maenkan…emm renung2kanla dan selamat beramal! ^-^



  6. I.Me.Myself Says:

    erm.. no komen..



  7. AritAifa Says:

    Ini lah di namakan dunia politik. Apa pun adalah lebih baik kembali kepada yang asal; MANUSIA BUMI ALQURAN. manusia duturunkan ke muka bumi adalah untuk ber AlQuran. Sesungguhnya AlQuran itu adalah PETUNJUK BUKTI dan PEMBEZA antara yang HAK dan yang BATHIL. Gunakanlah PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI masing-masing untuk menilai dan membuat pilihan menuju jalan yang diredhai ALLAH.



Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats