Klinik Kerajaan, TM dan Putrajaya yang Bangsat

Banyak sungguh siri2 bangsat kat blog aku ni.  Hari ni aku nak citer sikit kenapa aku cakap klinik kerajaan, TM dan Putrajaya bangsat.

Klinik Kerajaan

Mcm yg korang dah tahu, bini aku mengandung anak sulung. Ok la, mcm yang ditetapkan oleh KERAjaan, aku bawa la bini aku  pergi klink kerajaan untuk daftar dan pemeriksaan.

Walaupun bini aku datang awal, tp bini aku lewat diperiksa hanya kerana bini aku pertama kali datang. Erm...tak kisah la. Aku sabar lagi.

Pastu nurse je yang periksa bini aku, cek darah, tekanan darah, berat, air kencing dan lain2. Nurse cakap isteri aku kurang darah. Hemoglobin bini aku 9. Sepatutnya nurse tu bagi ubat tambah darah kat bini aku tp dia tak bagi. Alasan ubat abis. Bangangnyer alasan. Takkan stok bila dah kurang mereka tak pesan ke? Atau mereka dah pesan tp kroni KERAjaan yang dpt tender supply ubat lambat hantar? Bayangkan ubat tambah darah mmg takder langsung.

Sepatutnya juga hari tu doktor check isteri aku tp disebabkan doktor sibuk isteri aku haram dia tak check.  Nurse tu suruh datang minggu depan untuk jumpa doktor. Aku sabar lagi. Minggu depan pergi klinik kerajaan, nur se tu cakap doktor takder. Tang ni memang bangsat. Dia suruh datang minggu depan pula. Kita tgk pula minggu depan macam mana. Kalo takder gak mmg aku sound la " Korang ingat bini aku mengadung anak kucing ke? "

Telekom Malaysia

Aku tak penah kutuk TM sbb aku makan budi dengan TM. Pertama sbb aku pelajar tajaan TM. Isteri aku pun pelajar tajaan TM dan sedang berkerja dengan TM. Tp kes bini aku yang sakit betul2 mencabar tahap kesabaran aku.

Polisi TM adalah, jika korang sakit dan nak cuti, korang mesti dapatkan MC di klinik atau hospital panel TM. Ok, aku sabar lagi.

Bini aku kerja di TM Cyberjaya. Di bangunan SAC, sebelah dengan bangunan TMNET Cyberjaya. Korang tahu kan?

Bangsat tak bangsat, takder satu klinik di cyberjaya yang panel dengan TM. Apa ke bangangnyer. Kalo ada pekerja TM yang kemalangan ditempat kerja, korang TM nak hantar kemana? Putrajaya? Sementara nak sampai putrajaya, si pesakit tu dah mampus kot.  Buduh buat TM dan PMCare sbb tak peduli nasib perkerja.

Sign Board Putrajaya yg Bangsat

Ni lagi satu bangsat. lepas abis klinik kat cyber aku tanya, semua tak accept kat medical TM/PMCare, aku pergi pula Putrajaya, cari klinik panel kat sana. Korang mesti terfikir, aku tak cek ke dengan PMCare senari klinik panel mereka.

Aku mmg periksa senarai klinik di PMCare website. Bila aku search cyberjaya, dia keluar senarai klinik2 di Cyberjaya. Jadi aku pergi la ke klinik tu tp semuanya cakap mereka tak accept kat medical PMCare. Buduh PMCare. Kalo bukan klinik panel korang, jangan la list dalam website korang. Korang hanya mengelirukan org2 yg macam aku je.

Aku baru 3 kali pergi putrajaya, jadi di putrajaya, aku hanya berpandukan signboard. Tujuan aku janya nak mencari klinik sri permai di precint 9. Dengan konfiden, aku ikut signboard yg tulis "Precint 1-10 terus". Lalala...hati menyanyi2 seronok.

Sampai satu simpang dia tulis "Precint 1-7 kekiri" dan kalo terus g KL. tak macam haram ke? Mana pergi precint 8-10? masuk kanan ke? kanan hutan la bodoh. Argh...tensen aku. Bini aku plak mmg skt teruk. Kesian aku tgk bini aku. Aku plak dah panas sbb sesat dlm putrajaya. Berapa kali tawaf, Alhamdulillah baru jumpa precint 9. 2 kali pusing precint 9 baru jumpa klinik Sri Permai.

Alhamdulillah layanan di klinik sri permai tu bagus. Doktor dia pun amik berat ttg keadaan isteri aku dan anak dalam kandungan. Siap dia tanya nak scan ke tak. Hehe... hati aku terus sejuk dan lupakan kes2 bangsat td bila tgk anak aku yg dalam perut bini aku di mesin scanner tu. hai...comel anak aku.

Doktor Sri Permai juga periksa isteri aku dengan teliti tak mcm klinik kerajaan dan klinik yang aku pergi di putra perdana pada pkl 1 pagi tu. Isteri aku dan baby dlm perut mmg dapat layanan yg bagus la. Kira mmg berbeza dgn klinik aku pergi sblm ni. Doktor juga periksa air kencing bini aku dan dia sahkan bini aku ada kencing kotor. Bukan tu sahaja, doktor tu juga terkejut bila tau homoglobin isteri aku hanya 9 sedangkan kalo normal patut 11. Dan dia ckp jgk, kalo 8 leh kena tahan wad sbb rendah. Dia bagi ubat tambah darah sbb klinik KERAjaan tak bagi pun ubat tu kat bini aku. Cinabeng lu klinik keraJAAN.

Macam2 ubat dia bagi tp Alhamdulillah semuanya pree. After all, TM gn PMCare takder la teruk sgt. Gege...

Satu je pesan aku kat para suami, kalo isteri mengandung, jgn la harap sgt kat klinik KERAjaan sbb klinik2 tu pun dikendalikn oleh KERAjaan. Aku betul2 marah sbb mereka tak peduli pun dgn keadaan isteri aku. Pastu siap leh buat janji kosong.Suruh datang minggu depan checking tp bila datang suruh dtg pula minggu depan. Agaknya selagi dunia tak kiamat, dok asyik ckp datang minggu depan je kot.

Sepatutnya kerajaan bertanggungjawap menyediakan ubat yg cukup kepada rakyat. Bukan tu je, pendidikan juga harus 100% percuma. Tu semua tanggungjawap kerajaan. andai kater kerajaan dpt laksakan 2 perkara ni dgn baik, kalo nak tarik subsidi minyak pun aku tak kisah.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

December 14th, 2007 | 35 Comments

KFC - It’s Fucker lickin’ Good

aku benci KFC, aku benci KFC dan aku benci KFC. huhu...

2-3 hari lepas bini aku cakap dia terbau ayam KFC. ntah mana dia bau pun aku tak tau tgh malam2 buta bau KFC. haha... ni mesti keje JIN. hehe... takder la.Tu tandanya anak aku yang dalam perut bini aku nak makan KFC la. Biasala perempuan mengidam masa mengandung kot.

Alhamdulillah ALLAH beri rezeki lebih kat aku hari ni, jadi petang tadi aku bawa isteri aku pergi makan KFC kat Tesco Puchong.

Aku mcm tak biasa la pesan dinner plate. Bini aku minta bunger fillet kot. Ntah la semua menu nama orang puteh, tak reti aku. Syarikat KFC Malaysia tak silap aku milik bumiputera tapi malangnya tak macam milik melayu pun. Layan je la.

kfc-chicken.jpgYang buat aku tak puas hati mengenai KFC ni adalah tentang ayam dia. Dah tak sedap macam dulu. Ala... dulu2 masa aku kecik2 dulu. Haha... Tak tau la kenapa tp aku rasa mungkin sebab kualiti ayam.

Jika dulu ayam yang dibekalkan mungkin dari pembekal yang berlainan dan kualiti ayam pun bagus. Sekarang? Kualiti ayam KFC bagi aku skrg sangat teruk. Aku tak pasti salah saper. Pemilik franchise KFC Tesco Puchong ke atau mmg salah KFC Malaysia menggunakan ayam-ayam tak berkualiti.

Ayam yang aku makan petang td di KFC tak rasa macam ayam. Hampeh. rasa manis ayam dah takder. Karang aku cakap ayam tu layak untuk anjing ada yang marah lak. Dah la tu, dalam gambar dan iklan TV, bunger nampak macam besar je, tapi bila beli, alahai kecik jek. Macam size burung punai je.

Aku kalo nak makan kat restoran segera ni biasanya aku akan pilih McDonald. Jarang sangat2 aku pilih KFC melainkan atas sebab2 tertentu macam kes ni anak dalam perut bini aku nak makan KFC.

awek kfcMasa aku tengah asyik makan KFC, ada plak awek KFC usha2 aku. Adei... ni susah kalo jadi lelaki yang kacak, hensem lagi bergaya. Pastu kawan awek tu, perempuan India pun pandang aku pastu gelakkan kawan dia. Hehe... muka awek tu dah merah malu2 kunun ayu. Haha.. bleh blah. Bini aku 2328X lagi cantek dr awek tu.

Btul ayang, ayang la perempuan plg cantek dlm dunia ni. Tapi kalo ayang izinkan, apa salahnya. abg kan bujang lagi. Bujang tiga. haha...

Huhu... bini aku tgh mengasah pisau kat dapur tu. Macam nak potong anu aku je sayur yang aku beli kat tesco tadi. Ok cau.

p/s: sila komen pandangan korang mengenai KFC. Aku nak dgr.

December 11th, 2007 | 24 Comments

Jin yang Bangsat

Semalam pukul 10 mlm aku amik bini aku dari keje. Untuk pengetahuan korang bini aku  keje shift  gn TM bahagian  IP Global. Tak silap  aku monitor  network TM kat HK gn Taiwan. Ntah la.

Macam biasa, aku gn motor kriss buruk bersedia mengambil bini aku blk kerumah untuk "tangungjawap" seterusnya. Hehe...

Dalam perjalanan blk, tiba2 ada bayang melintas depan motor aku. Terkejut beruk manusia aku. Terus aku sumpah seranah kat benda tu sebab suka-suki melintas depan aku. Saje je nak main2 kan aku. Sebenarnya masa dalam perjalanan nak amik bini aku pun aku dah rasa tak sedap hati.

Sampai dirumah, isteri aku tanya plak,

abg tak bau kemenyan ke masa kat bangunan SAC. Na bau kemenyan masa kat sana.

Wah2, suka2 ko jin sampai kat tempat keje bini aku pun ko ikut. Jadi jin yg lahanat tu start kaco bini aku masa bini aku g kerja lagi. Pastu masa balik menyakat aku plak yg tgh bawa motor. Alhamdulillah aku tenang orangnya, kalo tak tentu dah jatuh motor sebab terkejut.

Kepada gologan JIN yang baca blog aku, kalo korang kenal JIN yang mengacau bini aku, nasihat kan dia suruh STOP. Karang aku sepak telur gn kote dia karang. Bukan tak tau bini aku sedang mengandung. Karang efek lak kat anak aku yg dalam kandungan tu lak.

December 8th, 2007 | 9 Comments

MB Melaka Mungkir Janji

Jumaat lepas, 30 oktober 2007 aku dengan isteri pergi ke MMU Melaka kerana ada majlis anugerah pelajar cemerlang Yayasan Telekom Malaysia. Bini aku salah sorang penerima anugerah kerana mendapat kelas pertama. Sungguh cemerlang bini aku tak macam suami dia. Cemerlang, terbilang dan gemilang.
Rehearsal bermula pukul 9.30 pagi jadi dalam pukul 8 pagi kami dah bertolak ke melaka.

Sampai melaka tepat pada masanya. Daftar dan bini aku pun masuk dewan utk rehearsal. Arh...famili2 peserta kena dok luar. Mcm sial dan bosan giler. Alhamdulillah kat MMU hari tu ada kempen derma darah. Jadi aku ambil kesempatan untuk derma darah aku.

Doktor yang check tekanan darah aku terkejut sebab tekanan darah aku tinggi. Stended dia ckp dlm 120 jek tp aku nyer 140 lebih. Hehehe...doktor, ko tu lawa la sbb tu  tekanan aku naik. Lagi mau tanya kenapa. Maaf aku tipu je walaupun doktor u mmg lawa tp tu bukan sbb tekanan aku tinggi. Aku syak mungkin kerana air livita yang aku minum semasa memandu yang menyebabkan tekanan aku naik mendadak. Rasanya la.

Rehearsal abis pkl 12, jadi pastu aku gn bini g ke kawasan berdekatan surau. Aku suruh bini aku tunggu kawasan lecture hall sbb aku nak solat jumaat. Habis solat jumaat, bini aku nak solat zuhur tp lagi skali mcm haram, bdk2 foreigner mostly puak2 arab ni melepak kat surau lak. Dah abis solat jumaat blk la, ini tidak melepak ramai2 macam perhimpunan haram kat kawasan surau. Perempuan2 yang terlibat dengan majlis Yayasan telekom pun takut nak pergi surau solat zuhur.

Bini aku lewat sikit solat sebab menunggu arab2 ni abis buat perhimpunan haram. Majlis Anugerah yayasan telekom tu dijanjikan bermula pada pukul 2.45 petang. Alhmdulillah sempat. Bini aku pun masuk ke dewan dan menunggu tetamu terhormat datang. Antara tertamu terhormat adalah MB Melaka, CEO TM dan Pengerusi TM.

ali rustamTajuk pos ni macam ni kerana aku nak cerita pasal MB Melaka yang datang lewat. Ada ke patut majlis sepatutnya bermula pada pukul 2.45 tapi beliau datang pukul 4. Wah2... mentang2 la ko MB, ko buat kami ni mcm sial. Aku tak pasti la saper yang salah dalam hal ni. MB melaka ke atau TM. Tapi kesian la kat pelajar2 yang menunggu lama dalam dewan. Kemudian mak bapak pelajar2 ni yang terpaksa tunggu di luar macam orang bangang. Kebanyakkan mak bapayang datang tua2 belaka. Alhamdulillah tulang2 mereka tak patah.

Tapi hati aku sejuk juga selepas dengar ucapan MB melaka. Pada mulanya aku dah kesian kat org2 melaka sbb dpt MB mcm ni. Mungkir janji. Tapi selepas aku dengar ucapan beliau, sejuk jugak hati aku. Kira hebat juga MB melaka berucap. Bukan ucapan teks yang beliau baca tu tp ucapan yang tak ikut teks tu hebat dan ada isi. Cuma nasihat aku, jgn la mungkir janji atau melengah-lengahkan janji.Nabi tak suka.

December 2nd, 2007 | Leave a Comment

Semalam Dalam Semalam

Salam semua.

Ini merupakan entri pertama aku dalam kategori "bangsat dalam sejarah". Untuk kategori ini aku bercadang untuk berkongsi cerita-cerita yang menyakitkan hati aku.

Mungkin bagi korang perkataan bangsat tu terlalu kurang ajar. Tp bagi aku tak la sangat. Bagi aku perkataan bangsat tu cuma untuk mengambarkan perasaan sakit hati aku yang kronik la kiranya. Jadi harap korang jangan la terasa apa2 pula.

Berbalik pasal semalam, bini aku kerja pagi. Jadi seperti biasa la dia pergi sendiri drive kereta kancil buruk aku tu.

Tup2 lepas dia keluar 5 minit, bini aku masuk balik kejutkan aku yang baru nak tido. Untuk pengetahuan korang, aku biasanya tidur selepas subuh. Bini aku ckp yang kereta kancil buruk aku tak boleh hidup. Aku pun dengan endah tak endah memberikan tips2 untuk menghidupkan kereta. Masa tu aku assume bini aku yang tak reti hidupkan kereta. haha...

Akhirnya aku bangun dan menuju ke kereta. Dengan mancho aku pun try start kereta. Dalam hati aku dok mengata bini aku tak reti start kereta. Haha...

Try punya try mmg tak leh nak start. Kan dah malu. Nak jaga macho aku salahkan kereta plak. Celaka nyer kereta buruk. Buka bonet depan dan  dan check bateri. Air dalam bateri kosong. Aku dah tak sedap hati.

Try balik start kereta. Masih tak bleh. Tgh dok ralit cek stering semua, baru aku perasan yang suis lampu  tak bertutup. Rupanya bini aku tak tutup lampu masa dia pakai kereta 2 hari lepas. Huhu... kereta aku lampu tak bertutup selama 2 hari. Patut la bateri kong.

Dalam keadaan hujan pagi tu, aku naik motor redah hujan pergi beli air bateri. Baju hujan tak pakai sbb marah. Last2 hari tu aku sakit badan. Padan muka.

Balik pada kereta tadi, walau dah letak air bateri pun masih tak boleh. Memang la tak boleh sebab nak kena caj. Tu pun kalo nasib baik, caj bateri elok la. Kalo nasib tak baik, kena beli baru la. Adei...duit lagi.

Terpaksa aku hantar bini aku keje naik motor. Dah la hujan. Sian bini aku basah. Basah kena huja tau, bukan basah sebab benda lain.

Balik rumah aku tido. Semalam aku tido satu hari. Badan aku habis sakit2 sebab kena hujan.

Jadi sebab peristiwa tu, aku rasa bangsat sangat semalam.

November 28th, 2007 | 12 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats