Pelajar Nogori Dapat RM 25 Ribu wei…. November 25th, 2007
Huhu... giler la nogori. Depa bagi RM 25 ribu kat pelajar yang dapat first class degree. Aku Kaya la macam ni.
Bini aku baru jek konvo pada 15 November 2007 ari tu di UiTM Shah Alam. Bini aku dapat first class degree dalam bidang electric communication. Tapi kerajaan Selangor tak bagi apa2 pun kat bini aku. Bini aku lahir kat Selangor pe Wei... Khir Toyo, aku nak RM 25 ribu macam nogori bagi, aku tak nak penyapu.
p/s - nak uji search engine pasal gambar budak uitm. Giler la gambar budak uitm ni.
Harapan Ramadhan September 12th, 2007
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurnaSelangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Selamat berpuasa semua pada blogger2 yang beragama ISLAM.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
Melayu Bangang atau Cerdik? August 10th, 2007
Erm...saya terjumpa video pasal ucapan Mat Sabu(di forum CG), penceramah hamPAS yang telah di hip hop kan oleh ntah saper ntah. Jadi meh la layan sekejap pastu sila2 la komen.
p/s: yang aku nampak, Mat Sabu selalu syok perasan seolah2 dia je pandai. Ntah la.
Hak Keistimewaan Orang Melayu June 19th, 2007
Sedikit petikan dari blog saudara Jefri Harris berkenaan hak istimewa orang Melayu. Baca dan renung tulisan beliau. Saya ambil petikan beliau adalah sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tidak lama lagi. Harap semua dapat manfaat.
Ada yang tak puas hati dengan ungkapan ini. Ada yang kata ‘ini diskriminasi’, ‘tak adil’..’kenapa ada hak istimewa’…’kita semuanya orang Malaysia’…
Kata2 di atas ada asasnya kalau kita BUTA SEJARAH. Ia juga benar sekiranya kita anggap SEMUA ORANG BUTA WARNA….hakikatnya tidak begitu..Hakikatnya ialah beberapa tahun dulu datuk2 kami (orang2 bukan Melayu) berkerja keras di Tanah Melayu untuk hidup dan …hantar duit ke Negeri2 asal. Tidak ada semangat membangunkan negara ini….dan hakikatnya sehingga ke hari ini masih ramai yang menghantar duitnya ke negeri asal. Kalau revind sikit masa (kalau boleh la), bayangkan kalau datuk2 kami ni tak datang ke sini untuk bekerja…I don’t think we would have a nice and comfortable life like what we are enjoying now.
Kenapa saya sebut BUTA WARNA? Yang saya maksudkan ialah jika semua orang tak kenal siapa berbangsa apa, dan tak ada semangat sayangkan kaum sendiri walaupun sedikit. Bayangkan kalau anda berbangsa India dan mahu menetap di China…you think it’s a good idea? And kalau yang berbangsa Cina mahu tinggal dan berkongsi hak di India? Mesti tak dapat, walau apapun alasan yang diberi…walaupun kita dah berkerja di mana2 sektor contohnya sektor pembinaan selama lebih 20 tahun. Mesti tak dapat hak yg sama dengan kaum pribumi. Sebab warna kulit kita lain, bahasa kita lain, cara hidup kita lain. Tak ada siapa mampu mengubahnya. Kalaulah, kalau ada yang berpendapat datuk2 kita dahulu telah berusaha kerasa secara langsung atau tidak di dalam pembangunan fizikal negara ini, jadi hak mesti diberi sama rata….maka aku nak bertanya macam mana dengan beribu-ribu pekerja Indonesia yang dah menetap lebih 10 tahun di Malaysia, dan bekerja siang malam dalam constuction? Boleh share hak dengan mereka? Sanggup beri anak mereka tempat di Universiti sepertimana anak2 kita? Tentu tak sanggup..
Perlu dinyatakan di sini, ASOBIYYAH bukan semangat sayangkan bangsa sendiri…tapi yang salah ialah menyebelahi puak kita walaupun dia ternyata SALAH. So it is ok if you love your own kind..it’s ok if you help your own race first…bukankah Allah sendiri mengiyakan hakikat kewujudan bangsa dan puak ini dalam Al-Quran?
Kalau ada orang yang kata kaum bumiputra sebenarnya bukan secara asal menduduki Tanah Melayu dan kononnya ini boleh dibuktikan melalui sejarah…saya katakan stop the dangerous thought. Tak payah susah2 buang masa nak buktikan siapa yang sampai sini dulu, kalau tujuannya nak menafikan hak keistimewaan Bumiputra. Tapi kalau ia sekadar satu kajian ilmiyyah yang boleh memperkayakan hasil kajian sejarah, teruskan…kerana kita perlukan intelectual bukan orang2 yang anti-establishers.
REALITI KESTABILAN NEGARA
Fahamilah hakikat bahawa kestabilan negara ini banyak bergantung kepada ketuanan SATU bangsa iaitu MELAYU. Jika kuasa BENAR2 dikongsi, hanya huru-hara yang bakal dilihat. Formula perkongsian kuasa yang diketengahkan oleh kerajaan didasari oleh KONTRAK SOSIAL, satu kontrak yang setahu saya tak ada siapa pernah tandatangan. Dan setahu saya ia seakan satu persetujuan tidak bertulis, yang menjaga kepentingan Melayu, tanpa menidakkan hak2 bangsa2 lain. Orang2 muda zaman sekarang ramai yang TIDAK faham perkara ni. So kita boleh lihat dalam suratkabar2 mereka voice out rasa tak puas hati dengan sistem kemasukan kolej dan universiti, peluang perniagaan dan lain2.
