Aku Manusia Biasa yang Berak Mencangkung
Hehe...maaf sebab guna tajuk yang mungkin bagi sesetengah org menjijikkan. Aku cuma nak gambarkan bahawa aku cuma manusia biasa seperti orang lain, yang kadangkala melakukan kesilapan.
Sebut pasal kesilapan, aku Shahril bin Samsudin memohon maaf kepada ahli-ahli blogmas kerana kesilapan dan kecuaian aku memeriksa sesetengah plugin yang aku guna di blogmas.
Plugin advertlets yang aku gunakan di blogmas diambil dari http://mybloggo.org/advertlets-wordpress-plugin. Tetapi sayangnya, kod yang dihasilkan oleh plugin ini ada dua kesalahan ejaan dan menyebabkan advertlets tidak mengira CPM dan CPC yang ahli blogmas hasilkan.
Setelah ditegur oleh salah seorang ahli blogmas, KhairilHusni, baru la aku perasan kesilapan plugin tersebut. Alhamdulillah aku ada pengetahuan asas PHP, jadi tak der masalah sangat nak edit plugin tersebut.
Alhamdulillah, masalah advertlets telah selesai. Saya dan KahirilHusni telah melakukan ujian untuk menguji plugin ini dan semuanya telah ok.
Jika saya ada melakukan kesilapan dan kesalahan, tegur la saya. Jangan biarkan saya dalam kesesatan.
p/s: tgh dok layan lagu Alleycats - Suara Hati
Maaf kawan, blogmas bukan pusat pengiklan percuma. Jika anda ingin iklankan produk anda atau laman web anda, sila ke tempat yang sepatutnya. Tak salah anda promote produk anda ataupun laman web anda yang lain di blog percuma anda di blogmas tetapi pastikan anda jaga blog anda dan sentiasa dikemas kini. Bukan ditinggalkan begitu sahaja macam sampah sarap atau bahasa khinzirnya taik...
