Aku Manusia Biasa yang Berak Mencangkung

Hehe...maaf sebab guna tajuk yang mungkin bagi sesetengah org menjijikkan. Aku cuma nak gambarkan bahawa aku cuma manusia biasa seperti orang lain, yang kadangkala melakukan kesilapan.

Sebut pasal kesilapan, aku Shahril bin Samsudin memohon maaf kepada ahli-ahli blogmas kerana kesilapan dan kecuaian aku memeriksa sesetengah plugin yang aku guna di blogmas.

Plugin advertlets yang aku gunakan di blogmas diambil dari http://mybloggo.org/advertlets-wordpress-plugin. Tetapi sayangnya, kod yang dihasilkan oleh plugin ini ada dua kesalahan ejaan dan menyebabkan advertlets tidak mengira CPM dan CPC yang ahli blogmas hasilkan.

Setelah ditegur oleh salah seorang ahli blogmas, KhairilHusni, baru la aku perasan kesilapan plugin tersebut. Alhamdulillah aku ada pengetahuan asas PHP, jadi tak der masalah sangat nak edit plugin tersebut.

Alhamdulillah, masalah advertlets telah selesai. Saya dan KahirilHusni telah melakukan ujian untuk menguji plugin ini dan semuanya telah ok.

Jika saya ada melakukan kesilapan dan kesalahan, tegur la saya. Jangan biarkan saya dalam kesesatan.

p/s: tgh dok layan lagu Alleycats - Suara Hati

August 17th, 2007 | 4 Comments

Hati Sikit Ada Sedih

Erm....selepas aku buat pemgumuman berkenaan pertandingan blogger Malaysia, aku buat sedikit kerja pembersihan seperti delete blog-blog sampah.

Semasa aku delete blog2 ini, aku sedikit sedih sbb masih ramai yang tidak faham fungsi blog itu sendiri. Apa yang aku nampak, ramai yang daftar blog baru, tulis satu pos dok promote barang mereka atau website mereka yang lain, pastu tinggalkan blog mereka begitu sahaja.

sampahMaaf kawan, blogmas bukan pusat pengiklan percuma. Jika anda ingin iklankan produk anda atau laman web anda, sila ke tempat yang sepatutnya. Tak salah anda promote produk anda ataupun laman web anda yang lain di blog percuma anda di blogmas tetapi pastikan anda jaga blog anda dan sentiasa dikemas kini. Bukan ditinggalkan begitu sahaja macam sampah sarap atau bahasa khinzirnya taik...

Tetapi ada juga beberapa blog yang masih aku tak delete sebab rasa sayang terhadap blog tersebut. Niche dah bagus dan subdomain pun ok. Tapi tuan punya blog tersebut abaikan blog beliau begitu sahaja.

Sayang seribu kali sayang, kita telah merdeka 50 tahun tetapi metaliti dan sikap kita masih kebelakang. Teringat aku iklan petronas, "Ingat jalan kedepan, bukan ke belakang".

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-50 buat rakyat Malaysia terutamanya para blogger sekalian. Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Aku harap blogmas dapat menjadi satu medan untuk para blogger Malaysia bersatu.

Maaf andai tulisan aku kali ini menguris hati sesetengah pihak.

August 16th, 2007 | 8 Comments

Blogmas support Adverlets Sekarang!!!

Berita baik buat ahli blogmas semua. Kini semua ahli blogmas boleh meletakkan advertlets, di blog anda.

Tak tahu advertlets tu apa?

Advertlets merupakan syarikat pengiklanan online dari Malaysia. Anda boleh menyertai mereka dan letakkan iklan mereka di Blog anda dan mereka akan membayar anda.

Konsepnya hampir sama seperti Google Adsense. Anda letak iklan dan dapat duit. Advertlets sangat sesuai untuk blogger Malaysia kerana ramai pengiklan mereka datang dari Malaysia dan negara-negara ASEAN seperti Singapura.

Yang bestnyer, mereka membayar anda dengan cek Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi? Daftar la sekarang!!!

August 4th, 2007 | 1 Comment

Segalanya Bermula…

Keke... sengaja aku pilih ayat skeme macam ni.

Alhamdulillah, aku telah selesai menjenamakan semula blogmas. Ala.... omputeh ckp rebranding.

Rupa bentuk blogmas telah aku ubah hampir 100% dari rupa yang asal. Cantek tak?

Kemudian forum yang lama telah aku buang dan gantikan dengan forum bbpress. Jadiahli blogmas tidak perlu mendaftar dua kali untuk pos diforum. Hanya gunakan username dan password blogmas anda. Sila-sila la lawat forum blogmas.

Bukan itu sahaja,untuk merancakkan lagi industri blogger tanah air,webmas telah berkerjasama dengan blogmas menyediakan satu ruang untuk blogger Malaysia berchating. Terima kaseh webmas.org. Ini ruangan borak blogmas, khas untuk blogger Malaysia.

Aku berharap Blogmas dapat menjadi pemangkin dalam indutri blog Malaysia. Aku harapkan sokongan dari blogger-blogger Malaysia. Jangan biarkan blogmas keseorangan.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

August 1st, 2007 | 4 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats