Cinta tiga segi, itulah tajuk lagu ini kononya la. Lagu itu kononnya dinyanyikan oleh banduan yang dihukum mati atas kesalahan membunuh. Mengikut khabar angin sepoi2 bahasa, banduan tu bernama Hazwan Wafiy Abu Hassan tetapi rakan2 arwah telah menafikan yang arwah meninggal kerana hukuman mati tetapi sebaliknya arwah meninggal kerana sakit jantung. So kesimpulannya bukan Hazwan Wafiy Abu Hassan yang mencipta lagu ini dan menyanyikannya.
Kisahnya begini,
Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan awek dia terpaksa akur dengan kehendak awek dia yang memutuskan hubungan mereka hanya kerana nak kembali pada balak lama dia. Hampehnyer awek.
Atas hasutan syaitan yang direjam, lelaki tersebut telah mengambil jalan singkat dengan membunuh balak lama awek dia dan juga awek dia. Padan muka beb.
Past, lelaki tersebut telah menyerah diri pada polis dan dijatuhkan hukuman mati. Sebelum digantung, beliau meminta untuk merakamkan nyanyian beliau dan meminta rakan2nya menyebarkannya.
Itu la serba sedikit khabar angin yang tersebar luas di internet. Cerita tak dapat dipastikan. tapi moralnya cinta tiga segi itu perit.
Tapi untuk pengetahuan korang, ada plak mamat mengaku bahawa lagu itu adalah ciptaan beliau. Nama mamat tu adalah Ayie.
Menurut beliau, lagu ini dicipta semasa beliau berumur 13 tahun. Dan tajuk lagu ini adalah perangkap cinta. Ntah la. aku pun tak tau mana satu cerita betul. Pandai2 la korang pikir sendiri.
akukaya: Apa2 pun lagu ni mmg best sbb ada unsur2 rock 80-an. Aku tak peduli lagu org mati ke org hidup, janji layanz. dan lagi satu, elakkan cinta tiga segi.