seks2u 728x90_01

Pengasuh Oh Pengasuh

Semalam seperti biasa aku pulang dari tempat kerja dan singgah ke rumah pengasuh untuk mengambil anak perempuan ku. Pengasuh tu nampak macam pucat je memandang wajah aku sambil mengendong anak ku menuju ke arah ku.

Alangkah tersentak hati aku melihat muka anak ku ada kesan lebam di bahagian hidung sebelah mata kanannya. Bila di amati ada cairan darah di dalam bebola mata anakku. Tanpa dipinta dan ditanya, si pengasuh terus menjelaskan yang dia sendiri tidak sedar bagaimana anak ku boleh jadi begitu. Apa yang dijelaskan hanya, anak ku duduk di dalam walker ketika dia sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur. Mungkin tanpa disedari, anak ku telah menghentak kepalanya ke walker hingga mukanya cedera. Aku tanpa banyak bertanya, terus mengambil si anak lalu didudukkan di dalam car seat. Berkali-kali si pengasuh meminta maaf, dan aku hanya mampu tersenyum tawar.

Bersama suami, kami menghantar anak ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Mujurlah setelah diteliti oleh doktor, darah di mata kanan anakku itu tidak memudaratkan pengelihatannya. Kami diberi ubat titik dan ubat penahan sakit. Kata doktor dalam seminggu atau dua minggu darah dalam matanya akan berkurangan. Malamnya anak ku merengek menangis bila di titiskan ubat yang di beri doktor.

p/s: Isteri aku yg tulis. Aku tgh marah dan takder mood nak tulis.

November 19th, 2008 | 6 Comments

Hadiah Buat Isteri

Hari ini aku nekad. Apa nak jadi, jadi lah.

Aku mandi, pakai baju kemas dan berwangian. Start motor jantan ku dan bergerak menuju ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).

Lepas berbincang serius dengan pegawai agama disana dan ambil borang, aku bergerak menuju Wah Chan. Ala... perempuan kompom tahu Wah Chan tu kedai jual apa. Haha...

Setelah memilih barangan kemas yang hendak dibeli, aku terus membayar tanpa banyak bicara. Aku pun bertolak balik kerumah selepas itu. Sementara menunggu isteri balik kerumah, aku layan sekejap lagu Madu Tiga nyanyian P. Ramlee.

"Mesti pandai pembohong, Mesti pandai temberang" antara senikata lirik lagu madu tiga. Betul ke untuk poligami seorang lelaki mesti pandai menipu?

Assalammualaikum....

Wa'alaikummussalam, jawapku.

Suami: Lambat balik syg?

Isteri: Jalan jem abg.

Suami: Abg ada hadiah untuk awk. Teka apa dia.

Isteri: Ala abg ni. Membazir je beli hadiah untuk sy. Baik abg simpan untuk anak.

Suami: Syg, bukan selalu abg beli hadiah untuk awk. Apa salahnya. Nah... Ni hadiahnya.

Isteri: Wah... canteknya. Banyak duit abg?

Suami: Ada la sikit2. Abg ada benda lain nak minta kat awk.

Isteri: Apa dia abg.? Untuk abg, sy sanggup buat apa saja.

Suami: Betul apa saja? Ni borang pemohonan poligami, abg nak awk sokong permohonan abg. Dengan sokongan syg, mudah sikit untuk pemohona n diluluskan.

Isteri: .........................

NOKTAH

Ok, tujuan aku tulis cerita mengarut ni sebenarnya nak minta korang para pembaca wanita untuk undi poll aku dibawah. Poll yang sama aku letak juga di sebelah kanan blog akukaya.

Kepada pembaca lelaki, jangan vote. Karang anu korang hilang baru tahu. Kepada pembaca yang membaca melalui email dan tak nampak poll ini. Sila klik sini. Pastu lepas vote, sila la komen k.

Loading ... Loading ...
November 14th, 2008 | 19 Comments

Masjid Tua Itu…

Malam tadi aku bermimpi....

Aku menaiki sebuah kereta menuju ke destinasi yang aku sendiri tak pasti.

Sepanjang perjalanan aku lihat masjid2 baru tersengam indah, cantek. Waktu solat dah hampir, aku masih tercari-cari masjid yg memenuhi citarasa aku untuk bersolat.

Akhirnya aku memilih sebuah masjid tua untuk aku menunaikan solat. Pelik juga kerana tak jauh dari situ ada masjid baru yang lebih selesa dan cantek tapi aku memilih masjid tua itu.

Selesai solat, aku melihat diluar jendela keadaan jalanraya. Aku terlihat seorang lelaki bersolat diatas jalan. Ada sebuah kereta sedang melalui jalanraya tersebut. Apabila sampai ke tempat lelaki tersebut bersolat, kereta tersebut mengelak. Hampir melanggar lelaki yang sedang solat diatas jalanraya tersebut.

Pastu aku tgk aku dah ada kat atas toto. Rupanya aku bermimpi. :-)

Aku malas nak tafsir mimpi aku kat sini sepenuhnya. Aku terang sikit ok.

Jalanraya dalam mimpi aku tu bermaksud jalan kehidupan yang aku tempuhi skrg. Destinasinya adalah kematian/alam akhirat. Masjid tua dan lelaki yang bersolat ditengah jalan raya tak perlu la aku terangkan maksudnya.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

November 10th, 2008 | 1 Comment

Abah, Idola Ku

Peperiksaan akhir tahun telah selesai. Cikgu pun tidak mengajar hari ini. Katanya ingin memanggil setiap pelajar seorang demi seorang untuk "ditemuduga". Ntah apa2 ntah cikgu ni. Kami baru nak main2 dalam kelas. bagi can la, exam dah habis.

Sorang2 kwn aku kena panggil temuduga kat depan secara personal. Aku tak berapa pasti kenapa harus ditemuduga. Maklum la baru darjah satu. Bodoh2 alang gitu.

Cikgu: adar, adar... datang depan. giliran kamu.

Aku pun dgn malasnya pergi ke depan dan duduk dikerusi yang disediakan bertentangan dengan cikgu.

Cikgu: Ok, cikgu ada beberapa soalan nak tanya. Cikgu akan rekodkan dalam kad laporan kamu. Jadi jawap denga jujur.

Aku: Ok cikgu.

Beberapa soalan pun ditanya dan aku menjawap apa yang aku tahu. Akhirnya tiba soalan terakhir.

Cikgu: Apa cita2 kamu? Maksud cikgu besar nanti kamu nak jadi apa?

Aku: Saya nak jadi macam abah saya cikgu.

Cikgu: Abah kami kerja apa?

Aku: Abah saya kerja kat pam minyak shell cikgu. Tu, kat shell jalan hang tuah tu.

Cikgu: Oh, abah kamu kerja pam minyak ye. Cikgu nak kamu pilih cita2 yang lain.Askar ke, polis ke, bomba ke.

Aku: Kalo macam tu saya nak jadi bomba la.

Cikgu: Ok, pilihan kedua dan ketiga pula?

Aku: Askar dan polis.

Cikgu: Ok, kamu boleh balik ke tempat kamu.

Apa yang aku tulis merupakan kisah benar sewaktu aku darjah satu dan bersekolah di sekolah rendah jalan hang tuah, sanpeng.

Cikgu, andai cikgu bertanya soalan "kamu nak jadi apa besar nnt" pada saya skrg, saya takkan malu untuk menjawap saya ingin jadi seperti abah. Dan saya takkan ubah jawapan saya. 1000 kali mahupun berjuta kali ditanya, jawapan aku tetap sama,

AKU INGIN MENJADI SEPERTI ABAH.

Biarpun abah hanya berkerja sebagai tukang pam minyak (masa tu sistem layan diri masih belum diperkenalkan lagi), aku tetap bangga dengan abah. Abah besarkan aku dengan kaseh sayang. Walaupun hidup kami susah, menumpang duduk dirumah sedara mara, kami tetap bahagia.

Aku masih ingat lagi sewaktu kami tinggal di kampung awah, Pahang. Abah mengambil upah menoreh getah diladang getah. Hidup kami amat susah pada masa tu. Setiap hari makanan kami hanya nasi kosong berlaukkan garam. Itu pun terpaksa dicatu. Andaikata ada rezeki, dapat la kami makan nasi berlaukkan ikan hasil ikhsan pemberian tuan punya ladang. Dan kebiasaanya abah akan menyuruh kami adik beradik makan dulu. Abah dan mak akan makan sisa2 tinggalan kami.

Aku baru berumur 6 thn. Aku tak faham pengorbanan abah. Andai aku dapat putarkan masa, aku akan biarkan abah makan dulu. Biar aku saja yang makan sisa makanan abah. Maafkan aku abah. Sampai sekarang, walaupun aku dah berkahwin jika aku melawat abah, bila waktu makan, abah akan suruh kami makan dulu. Seingat aku tak pernah abah makan dulu sebelum anak-anaknya.

Aku lihat ramai remaja-remaji diluar sana menjadikan artis sebagai idola mereka. Pikir balik la kwn2, tanpa abah korang, lahir ke korang kat dunia ini? Ada juga yang merajuk tak mahu jumpa abah sendiri, mungkin sebab bergaduh atau sebab lain tapi ingatlah abah korang akan tetap abah korang sampai korang mati. Selagi suruhan abah tidak melangar mana2 syariat ISLAM, cuba usahakan untuk ikut.

Hari ini aku telah bergelar abah. Satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Mampukah aku menjadi abah sebaik abah aku? Doakan aku kawan2.

November 9th, 2008 | 1 Comment

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya kepada semua pembaca blog akukaya. aku tengah kelam kabut bersiap nak blk kampung bini aku. Jadi ni je mesej aku kat korang sblm aku blk kampung. Haha...

September 30th, 2008 | 5 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats