seks2u 728x90_01

Pengasuh Oh Pengasuh

Semalam seperti biasa aku pulang dari tempat kerja dan singgah ke rumah pengasuh untuk mengambil anak perempuan ku. Pengasuh tu nampak macam pucat je memandang wajah aku sambil mengendong anak ku menuju ke arah ku.

Alangkah tersentak hati aku melihat muka anak ku ada kesan lebam di bahagian hidung sebelah mata kanannya. Bila di amati ada cairan darah di dalam bebola mata anakku. Tanpa dipinta dan ditanya, si pengasuh terus menjelaskan yang dia sendiri tidak sedar bagaimana anak ku boleh jadi begitu. Apa yang dijelaskan hanya, anak ku duduk di dalam walker ketika dia sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur. Mungkin tanpa disedari, anak ku telah menghentak kepalanya ke walker hingga mukanya cedera. Aku tanpa banyak bertanya, terus mengambil si anak lalu didudukkan di dalam car seat. Berkali-kali si pengasuh meminta maaf, dan aku hanya mampu tersenyum tawar.

Bersama suami, kami menghantar anak ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Mujurlah setelah diteliti oleh doktor, darah di mata kanan anakku itu tidak memudaratkan pengelihatannya. Kami diberi ubat titik dan ubat penahan sakit. Kata doktor dalam seminggu atau dua minggu darah dalam matanya akan berkurangan. Malamnya anak ku merengek menangis bila di titiskan ubat yang di beri doktor.

p/s: Isteri aku yg tulis. Aku tgh marah dan takder mood nak tulis.

November 19th, 2008 | 6 Comments

Masjid Tua Itu…

Malam tadi aku bermimpi....

Aku menaiki sebuah kereta menuju ke destinasi yang aku sendiri tak pasti.

Sepanjang perjalanan aku lihat masjid2 baru tersengam indah, cantek. Waktu solat dah hampir, aku masih tercari-cari masjid yg memenuhi citarasa aku untuk bersolat.

Akhirnya aku memilih sebuah masjid tua untuk aku menunaikan solat. Pelik juga kerana tak jauh dari situ ada masjid baru yang lebih selesa dan cantek tapi aku memilih masjid tua itu.

Selesai solat, aku melihat diluar jendela keadaan jalanraya. Aku terlihat seorang lelaki bersolat diatas jalan. Ada sebuah kereta sedang melalui jalanraya tersebut. Apabila sampai ke tempat lelaki tersebut bersolat, kereta tersebut mengelak. Hampir melanggar lelaki yang sedang solat diatas jalanraya tersebut.

Pastu aku tgk aku dah ada kat atas toto. Rupanya aku bermimpi. :-)

Aku malas nak tafsir mimpi aku kat sini sepenuhnya. Aku terang sikit ok.

Jalanraya dalam mimpi aku tu bermaksud jalan kehidupan yang aku tempuhi skrg. Destinasinya adalah kematian/alam akhirat. Masjid tua dan lelaki yang bersolat ditengah jalan raya tak perlu la aku terangkan maksudnya.

November 10th, 2008 | 1 Comment

Abah, Idola Ku

Peperiksaan akhir tahun telah selesai. Cikgu pun tidak mengajar hari ini. Katanya ingin memanggil setiap pelajar seorang demi seorang untuk "ditemuduga". Ntah apa2 ntah cikgu ni. Kami baru nak main2 dalam kelas. bagi can la, exam dah habis.

Sorang2 kwn aku kena panggil temuduga kat depan secara personal. Aku tak berapa pasti kenapa harus ditemuduga. Maklum la baru darjah satu. Bodoh2 alang gitu.

Cikgu: adar, adar... datang depan. giliran kamu.

Aku pun dgn malasnya pergi ke depan dan duduk dikerusi yang disediakan bertentangan dengan cikgu.

Cikgu: Ok, cikgu ada beberapa soalan nak tanya. Cikgu akan rekodkan dalam kad laporan kamu. Jadi jawap denga jujur.

Aku: Ok cikgu.

Beberapa soalan pun ditanya dan aku menjawap apa yang aku tahu. Akhirnya tiba soalan terakhir.

Cikgu: Apa cita2 kamu? Maksud cikgu besar nanti kamu nak jadi apa?

Aku: Saya nak jadi macam abah saya cikgu.

Cikgu: Abah kami kerja apa?

Aku: Abah saya kerja kat pam minyak shell cikgu. Tu, kat shell jalan hang tuah tu.

Cikgu: Oh, abah kamu kerja pam minyak ye. Cikgu nak kamu pilih cita2 yang lain.Askar ke, polis ke, bomba ke.

Aku: Kalo macam tu saya nak jadi bomba la.

Cikgu: Ok, pilihan kedua dan ketiga pula?

Aku: Askar dan polis.

Cikgu: Ok, kamu boleh balik ke tempat kamu.

Apa yang aku tulis merupakan kisah benar sewaktu aku darjah satu dan bersekolah di sekolah rendah jalan hang tuah, sanpeng.

Cikgu, andai cikgu bertanya soalan "kamu nak jadi apa besar nnt" pada saya skrg, saya takkan malu untuk menjawap saya ingin jadi seperti abah. Dan saya takkan ubah jawapan saya. 1000 kali mahupun berjuta kali ditanya, jawapan aku tetap sama,

AKU INGIN MENJADI SEPERTI ABAH.

Biarpun abah hanya berkerja sebagai tukang pam minyak (masa tu sistem layan diri masih belum diperkenalkan lagi), aku tetap bangga dengan abah. Abah besarkan aku dengan kaseh sayang. Walaupun hidup kami susah, menumpang duduk dirumah sedara mara, kami tetap bahagia.

Aku masih ingat lagi sewaktu kami tinggal di kampung awah, Pahang. Abah mengambil upah menoreh getah diladang getah. Hidup kami amat susah pada masa tu. Setiap hari makanan kami hanya nasi kosong berlaukkan garam. Itu pun terpaksa dicatu. Andaikata ada rezeki, dapat la kami makan nasi berlaukkan ikan hasil ikhsan pemberian tuan punya ladang. Dan kebiasaanya abah akan menyuruh kami adik beradik makan dulu. Abah dan mak akan makan sisa2 tinggalan kami.

Aku baru berumur 6 thn. Aku tak faham pengorbanan abah. Andai aku dapat putarkan masa, aku akan biarkan abah makan dulu. Biar aku saja yang makan sisa makanan abah. Maafkan aku abah. Sampai sekarang, walaupun aku dah berkahwin jika aku melawat abah, bila waktu makan, abah akan suruh kami makan dulu. Seingat aku tak pernah abah makan dulu sebelum anak-anaknya.

Aku lihat ramai remaja-remaji diluar sana menjadikan artis sebagai idola mereka. Pikir balik la kwn2, tanpa abah korang, lahir ke korang kat dunia ini? Ada juga yang merajuk tak mahu jumpa abah sendiri, mungkin sebab bergaduh atau sebab lain tapi ingatlah abah korang akan tetap abah korang sampai korang mati. Selagi suruhan abah tidak melangar mana2 syariat ISLAM, cuba usahakan untuk ikut.

Hari ini aku telah bergelar abah. Satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Mampukah aku menjadi abah sebaik abah aku? Doakan aku kawan2.

November 9th, 2008 | 1 Comment

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya kepada semua pembaca blog akukaya. aku tengah kelam kabut bersiap nak blk kampung bini aku. Jadi ni je mesej aku kat korang sblm aku blk kampung. Haha...

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

September 30th, 2008 | 5 Comments

Tolong Jangan Jadi Pondan

Baru2 ni aku dapat komen bodoh dari seorang pembaca yang tidak diundang.

Aku rasa semua org boleh complaint rasa tak puas hati masing2. Tapi bukan cara mencarut dan memaki hamun. Kalau ko berada di tempat org yg dimaki hamun macamana? kena fikir la ko pun x lama nak jadi bapa. Bagi cth yg baik. Bukan sebaliknya. Ni anak masih dlm kandungan ko dah ajar benda2 x baik.

Cara maki hamun bukan cara penyelesaian atau mengurangkan stress malah menambah kemarahan org yg yg x terlibat secara langsung.

Itu ikut nafsu amarah namanya.Silap-silap klu dibawa kemeja sisatan mahu isteri ko kena tindakan. Unit SAC perempuan yg mengandung bukannya ramai sangat.Ko ingat tak boleh trace ke? Sia2 je tindakan ko. Better ko tulis baik2 lain kali.

Sebenarnya kalo korang tengok apa yg pondan ni tulis memang takder apa salahnya. Cuma satu je yang buat aku marah bila penulis komen diatas mengugut aku dengan menggunakan isteri aku. Korang boleh baca apa yang aku boldkan.

Citer dia senang je, aku maki TM (dalam blog) kerana gagal menyediakan klinik panel dikawasan cyberjaya sedangkan mereka membayar berjuta ringgit setahun pada PMCare untuk polisi insuran kakitangan TM. Jadi adalah bodoh bila TM tidak menggunakan kuasa mereka untuk mendesak PMCare menyediakan klinik panel disekitar cyberjaya. Ni link dia http://akukaya.com/blog/klinik-kerajaan-tm-dan-putrajaya-yang-bangsat/.

Aku tau ramai setuju yang tulisan aku kurang ajar tetapi aku nak tegaskan yang akukaya.com adalah blog peribadi aku atau dalam bahasa kampungnya diari online aku. Segala masalah, perasaan seperti sedih, marah akan aku luahkan didalam blog aku. Tidak ada betul atau salah dalam diari online aku ni. Mungkin aku salah dan mungkin aku emo, tetapi apa yg ditulis dalam blog adalah luahan perasaan hati aku.

Dan adalah sesesuatu yang bebal bila sorang staff TM (Faizal) amik hati dengan apa yang aku tulis@luahkan. Aku tak marah lg kalo setakat dia maki, hina atau caci aku. Sebab apa yg ada dalam blog ini ditulis oleh aku melainkan ada statement mengatakan tidak. Jadi kalo korang tak puas hati dengan aku, maki la aku, hina la aku dan caci la aku. Kalo apa yang aku tulis salah disisi undang2 Malaysia, sila la report polis. Bawa aku ke balai polis tetapi jangan sesekali jadi pondan dengan mengugut aku dengan nak kenakan isteri aku pula.

Dah la tu, pandai2 godek maklumat peribadi isteri aku secara haram kat dalam database TM. Aku pasti bahawa tindakkan memeriksa fail sulit perkerja syarikat TM tanpa kebenaran adalah salah baik dari undang2 TM mahupun undang2 Polis. Aku dah check dengan member aku yang keje peguam. Dan aku boleh report polis.

Jadi ini amaran keras kat jantan pondan yang tak puas hati kat aku pastu nak balas dendam kat isteri aku, stay away from my wife. Kalo tak aku takkan teragak2 report polis atas tindakkan haram mengeledah fail isteri aku.

Ari ni jantan tu datang lagi ke blog aku, post komen bubuh data peribadi Isteri aku. Kononnya dia tau la sape bini aku dan nak amik tindakkan. Gertak aku konon. Aku save komen tu sbg bukti andai kata aku nak buat report polis nanti.

Akhir kata kepada pembaca blog akukaya. Blog akukaya.com adalah tempat aku meluahkan perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya. Apa yang aku tulis tiada betul mahupun salah sebab ianya adalah diari tempat aku meluahkan perasaan. Jadi kalo korang rasa tak puas hati dengan tulisan aku, maki la aku, hina la aku, caci la aku dan jangan sesekali babitkan ahli keluarga aku.

Dalam blog akukaya.com, tak penah aku menghina ahli keluarga atau individu biasa. Aku hanya penah kutuk syarikat TM, KERAjaan, ahli politik, Perdana Menteri dan seangkatannya. AKu tak penah hina atau kutuk korang kan? Jadi kenapa ada yang masih terasa atau makan hati denga tulisan aku.

Rata2 yang marah dengan aku adalah lelaki. Kalo perempuan aku leh terima sebab mereka ni lemah lembut orangnya tetapi setakat ni hampir semua yang terasa dan marah dengan aku adalah lelaki. Majoriti pembaca blog akukaya.com adalah wanita. Kelakar tak? Lelaki plak yang cepat terasa dari perempuan. Mungkin lelaki kebanyakkannya tak penah tulis diari dan meluahkan perasaan. atau lelaki2 yang terasa tu lelaki sotong @ pondan? Haha... still aku nak gutuk mereka yang nak kenakan isteri aku.

Oh ye, sblm ni ada gak 2-3 komen kurang ajar dan menghina datuk aku. Jadi aku balas balik komen2 tu dengan ayat yang mmg kurang ajar sebab dia kurang ajar dengan menghina datuk aku dulu. Aku jarang mengamuk kalo korang hina, caci aku tp aku akan cepat mengamuk kalo ada orang hina ahli keluarga aku. Sebab apa aku macam tu? sbb aku lelaki sejati. la Hahaha.....

September 13th, 2008 | 7 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats