Isteri Kita Layak Menikmati Tidur Yang Nyenyak & Nyaman September 12th, 2008
Aku tak tau nak mula mcm mana. Dulu kalo kat sekolah kita belaja, kalo nak mengarang, mesti ada pendahuluan, isi2 penting pastu penutup. Hehehe...
Dulu masa aku sekolah kat sekolah Cheras, ada sorang ustazah ni buat lawak bodoh. Dia cakap lelaki ni penyabar orangnya. Buktinya ialah bila nanti dah kahwin, bila ada anak kecil, bila waktu malam anak merengek nak susu, suami akan bersabar untuk terus tido, manakala isteri akan hilang sabar dan pergi menyusukan anak. Lawak bodoh ke tu? Huhu...
Statement tu betul untuk zaman org tua dan atuk kita dulu. Masa zaman tu adalah janggal isteri keluar bekerja. Betul tak?
Berbanding zaman sekarang, lelaki dan wanita sama2 keluar berkerja mencari rezeki. Walaupun sebagai isteri, mereka tak perlu bersusah payah keluar bekerja mencari rezeki tetapi mereka tetap keluar berkerja hanya kerana nak meringgankan beban para suami. Salute kepada wanita2 yg bekerja untuk meringankan beban suami.
Jadi berbalik kepada cerita isteri2 yang bekerja ni. Lepas balik kerja, mereka perlu memasak untuk suami. Pastu menyusukan anak. Pastu basuh baju(pakai mesin basuh), sidai baju dan lipat baju. Kerja mereka bukan setakat habis lepas puku 5 petang tu. Mereka para isteri/ibu ini akan terus bekerja bila sampai dirumah. Kesian isteri2 ini sedangkan pada masa tu, para suami (bukan semua la) sedang membesarkan perut menonton TV atau membaca paper.
Jadi apa salahnya sebagai menghargai mereka, isteri2 kita ni bila tido malam tu letakkan anak kita sebelah kita(suami) bukannya sebelah isteri anda. jadi bila terdegar tagisan anak meminta susu, cepat2 la buat susu dan sumbat dalam mulut anak tu. Hehehe... kiranya jangan biarkan tido isteri anda terganggu. Kita sebagai lelaki, kalo tido tak cukup nanti pergi pejabat masih boleh membuta dalam surau tetapi kalo perempuan payah sikit nak gulor dalam surau. Huduh la pulak kalo perempuan tido meleleh air liur basi kat surau. gurau je k.
Untuk pembaca tetap meti tahu yang isteri aku sakit selepas melahirkan anak aku. Alhamdulillah sekarang isteri aku dah sembuh. Anak juga kami dah mula jaga start bulan lepas lagi. Semasa isteri aku sakit dulu, orang tua aku yang menjaga anak aku tu. Dah 4 bln umur anak aku.
Kadang2 aku kesian dengan isteri aku. Letih sangat nampaknya. Setiap hari isteri aku perlu makan ubat yang diberi hospital. Ubat tu boleh membuatkan isteri aku mengantuk. Kesan dia kuat.
Setiap malam, memang anak aku akan tido sebelah aku kerana kalo anak aku merengek nak susu malam2 buta, aku segera terjaga tanpa menganggu tido isteri aku. Isteri aku layak terima tido yang nyenyak kerana sebelumnya, isteri aku berkerja sebab nak bantu aku meringgankan beban aku. Balik kerja memasak untuk aku. Pastu basuh baju2 aku, sedai baju aku dan lipat baju aku. Tidak penah sedikit pun isteri aku mengeluh menjaga hal ehwal rumah tangga aku dan bekerja.
Satu masalahnya, bila aku terjaga pukul 2-3 pagi buat susu anak, aku dah tak leh tido lepas tu. Biasanya aku akan layan drama omputeh atau anime. Kalo dah takder benda yg nak ditonton, aku akan baca blog orang lain. Hari ni aku terjaga pukul 2.30 pagi. Tak tau nak buat apa. CSI miami masih tak habis download lagi, jadi aku amik kesempatan ni utk tulis blog la. Dah lama tak update citer kehidupan aku.
Isteriku Tak Gila July 14th, 2008
Salam semua, 3-4 hari lepas penyakit isteriku timbul kembali. Semuanya bermula bila isteriku mengambil cuti dan minta izinku untuk pergi ke rumah emaknya atas alasan nenek dan pak langnya datang dari kampung. Berat hati aku nak benarkan tetapi kerana tidak mahu dikatakan kejam, aku izinkan juga.
Balik dari rumah maknya, isteriku mula buat peragai. Dia mula marah-marah kat aku kerana tidak bawa dia berubat di Perak semasa dia sakit meroyan dulu. Ya Allah, rupanya keluarga isteri aku menghasut dan masih menyalahkan aku kerana tidak ikut kehendak mereka bawa isteri aku berubat di Perak. Aku cakap pada isteriku, buat apa nak marah-marah kerana yang penting awak dah sembuh. Dah sembuh pun jadi kenapa nak pening-pening pikirkan hal itu. Malam tu aku bergaduh dengan isteriku kerana dia berkeras nak berubat di Perak.
Malas nak bergaduh lama, aku hantar isteri aku balik kerumah mak dia. Esok pagi isteriku ikut maknya balik kampung di Perak. Paklang, Nenek dan Mak isteriku bawa isteriku berubat di Perak. Ya.. terima kaseh kepada keluarga mertuaku kerana berubat isteri sampai sakit kembali.
Balik dari Perak, penyakit isteriku makin melarat. Sekarang ni isteri aku selalu cakap sorang2. Masa mula-mula balik dari Perak, dia tak habis-habis cakap nak mati. Siap bagi wasiat kat aku suruh kahwin lain bila dia mati nanti. Aku peluk isteri aku, bisik ditelinga dia, "Abang tak izinkan ana mati lagi. Jangan tinggalkan abang dan anak sendirian".
Alhamdulillah selepas hari dia tak cakap nak mati dah cuma sekarang isteriku jadi seperti manusia hyperaktif. Bercakap seorang tanpa henti kecuali wantu mandi, makan dan tido. Adakalanya dia berjoget. Terima kaseh aku ucapkan kepada famili isteriku kerana sakitkan isteriku kembali.
Anak aku, aku serahkan kembali pada ibu bapa aku kerana aku tak mampu nak jaga isteri dan anak serentak. Dengan keadaan isteriku yang meroyan memang aku tak mampu nak jaga anak aku sekali.
Sepanjang isteri aku sakit hari itu, famili mertuaku tidak banyak membantu baik dari segi kewangan mahupun sokongan. Aku masih ingat 2 orang makcik isteriku yang tengah mengandung tidak mahu melawat isteri aku yang sedang sakit. Alasan yang diberi, mereka tengah mengadung, takut penyakit isteriku berjangkit pada mereka. Ya ALLAH tergamak mereka cakap begitu pada darah daging mereka sendiri. Makcik aku yang sarat mengandung 9 bulan datang melawat isteriku. Seminggu lepas tu makcik aku tu selamat melahirkan bayi lelaki. Makcik aku yang takder kaitan darah dengan isteriku pun takder masalah nak datang jenguk isteri aku. Mungkin betul mereka takut berjangkit, tetapi apa salahnya jika mereka beri alasan lain. Janganla cakap direct macam tu, jaga la perasaan aku dan isteri aku yang sedang sakit. Bagi la alasan tak larat nak datang ke, tak sihat ke, minyak mahal ke, tol mahal ke, takder la aku keci hati.
Semalam isteri aku mengadu yang dia dengar jiran-jiran berborak pasal dia. Dia dengar jiran cakap yang isteriku gila. Walauwei... aku masih tak faham kenapa orang perempuan tak reti jaga perasaan sesama perempuan. Ye, memang isteri aku meroyan tapi tak perlu la cakap kuat2 yang isteri aku gila sampai isteri aku dengar segala perbualan mereka. Jaga la perasaan isteri aku. Ni sama je macam peragai makcik isteri aku. Cakap tak berlapik.
Aku walaupun marah kepada famili isteri aku, tapi tak pernah aku sound, maki mereka lagi. Sebab aku masih hormatkan mereka. ku bising2 pun kat blog aku, sekadar nak melepaskan perasaan yang terpendam. Sebab blog ini adalah diari hidup aku. Lagi pun tak saper pun kenal aku. hehe...
Aku kutuk mertua aku pun, makcik bini aku, jiran aku pun bukan pembaca sini kenal orang2 yang aku maksudnya. So no harm to them right? Berbeza dengan mereka, cakap tak berlapis terus kat aku. bagaimana mak mertua aku tuduh aku makan duit isteri sedangkan aku susah payah jaga isteri aku. Kalo aku kikis duit bini aku, baik aku buat joli g disko. Cari GRO ke buat lepaskan nafsu. Buat apa susah2 aku jaga isteri aku, kalo betul aku suami tak guna.
Bagaimana makcik isteri aku bagi alasan tak jaga hati aku dan isteri langsung. Bagaimana jiran sedap2 mulat cakap isteri aku gila sampai isteri aku dengar. Cuba la fikir hati dan perasaan aku dan isteri aku yang sedang menangung ujian ini. Cuba kalo mak mertua aku pula sakit jiwa? Saper nak jaga? Dah la suaminya (ayah mertua aku) ada 3 isteri.
Cuba makcik bini aku dan jiran aku yang tak jaga mulut tu pun jadi meroyan. Adakah suami mereka sangup jaga mereka. Andaikan kata suami mereka tinggalkan mereka karang. Jangan la sedap2 mulat wahai kaum perempuan mengata orang. Jaga la hati jiran dan saudara mara. Mungkin betul apa yang korang sebut tetapi bukankah menjaga hati manusia itu lebih afdal dari membuka aib manusia? Kalo nak kutuk gak, kutuk belakang2 la. Aku tak kisah pun orang kutuk aku cuma janganla bagi aku dengar kutukan korang tu. Sakit hati aku. dan kesian kat isteri aku.
InsyaALLAH bila korang baca artikel ini, kemungkinan besar aku dan isteri aku akan pergi Pahang. Berehat di rumah atuk dan nenek aku di Jengka. Mencari ketenangan yang mungkin kita takkan jumpa di Kuala Lumpur. Betul tak?
Sembang Bersama Anakku July 3rd, 2008
Aku takder keje. Jadi aku cuba2 la bawak bersembang dengan anak aku yang baru berusia 2 bulan. Sekali dia cakap bahasa "Jerman" da....
Update 3 Julai 2008 July 3rd, 2008
Salam buat para pembaca blog akukaya. Alhamdulillah dengan Rahmat-Nya, isteri saya telah sembuh dari penyakit meroyannya. Ada pun demikian, isteri saya masih perlu makan ubat setiap hari bagi mengawal emosi dan tekanan beliau. Pergh... ayat skema.
Ok la kwn, nak bgtau ni. Rasanya korang dah perasan kot yang akukaya skrg dah berwajah baru. Jadi aku ingin meminta jasa baik korang semua yang telah melanggan akukaya melalui email untuk membaca format baru mengenai langganan akukaya disini http://akukaya.com/langgan-akukayacom/.
Aku buat begitu kerana nak memudahkan korang dapat email hanya berkenaan dengan minat korang je. Kalo minat kereta, korang leh subscribe ruangan pemotoran, jadi hanya post mengenai permotoran sahaja akan masuk ke kotak email korang. Tapi kalo korang tak kisah, tak perlu la buat apa.
InsyaALLAH, aku semakin bersemangat nak menulis blog kembali. Tunggu post terbaru dari aku.
Apa2 pun sila komen mengenai wajah baru akukaya.
Meroyan - Mitos atau Realiti June 1st, 2008
Assalammualaikum kepada semua pembaca. Hari ini aku ingin bercerita mengenai meroyan, atau dikalangan orang tua, mereka memangilnya sebagai angin meroyan. Biasanya meroyan ini berlaku selepas perempuan itu bersalin @ pada waktu pantang. Ok la, aku nak berkongsi sedikit kisah aku.
Untuk pengetahuan semua, isteri aku telah selamat melahirkan anak perempuan pada 8 mei 2008 di hospital serdang. Keesokkannya, isteri aku dah boleh balik, dan aku bawa isteri aku balik ke rumah org tua aku. Kira berpantang disana. Aku rasa perkara tu lumrah bukan. Selepas isteri bersalin, biasanya kita bawa isteri blk ke rumah org tua/mertua kita atau kita panggil org tua/mertua kita jaga isteri kita.
12 hari isteri aku berpantang dirumah org tua aku di cheras. Alhamdulillah semuanya ok. Makan minum semuanya terjaga maklumla mak aku org yang kuat pegang pada pantang. Bertungku, makan ubat semuanya dijaga oleh mak aku.
Pada hari ke 13, aku bawa isteri aku balik ke rumah mak mertua aku (mak bini aku). Baru 2 hari dirumah mak mertua aku (mak bini aku), isteri aku dah mula cakap merapu2, pastu tak mahu susukan anak. banyak lagi perkara2 pelik yang dia buat tp aku tak dapat nak bgtau sebab nak jaga maruah isteri aku. Bila aku siasat, rupanya makan minum isteri aku tak terjaga. Pantang pun tak ikut. Kira mak mertua aku (mak bini aku) tak pandai jaga bini aku la. Aku masa tu balik puchong sebab kerja. Ini kerana aku dah tinggalkan kerja aku hampir seminggu sebab teman isteri aku masa dia baru bersalin hari tu. Dah la tu, mak mertua aku (mak bini aku) boleh cakap yang bini aku dimasuki jin, bukan jin biasa tapi bapak jin. Pandai2 jek.
Habis kat kawan2 dia, mak mertua aku (mak bini aku) aku bgtau isteri aku kena masuk jin. Kemudian Ustazah dr masjid tabligh sri petaling datang melawat. Dia cakap dia meroyan tp mak mertua aku (mak bini aku) degil gak teori dia. Dia desak aku bawa isteri aku g darul syifa, aku pun ikut la. Bawa kesana, Ustaz Rashid ckp ini bukan sebab jin tapi meroyan (padan muka mak mertua aku), tp mak mertua aku (mak bini aku) masih tak puas hati.
Ada satu hari tu, aku minta mak mertua aku (mak bini aku) dan abang ipar aku, 2 orang utk tenggokkan isteri aku sebab aku nak blk puchong kejap. Ada urusan. Baru tinggal tak sampai sejam, mak mertua aku (mak bini aku) call ckp isteri aku cederakan tangan sendiri. Terkejut aku. Aku balik, pastu aku risik dengan kakak ipar aku, rupanya mereka ikat isteri aku. Macam sial. Aku dan seminggu jaga isteri aku, tak perlu ikat pun cuma kena beri perhatian je tp famili isteri aku baru jaga tak sampai sejam, mrk dah ikat isteri aku sebab tak larat nak tengok/jaga.
Kemuncaknya aku bawa isteri aku balik cheras, rumah org tua aku. Sekarang ni aku la yang jaga isteri aku dibantu mak aku. Setiap pagi, aku mandikan isteri aku. Aku la pakaikan isteri aku baju dan seluar. Suapkan makan. Bila isteri berak, aku basuhkan. Aku juga tungku kan isteri aku. Isteri aku dah tak boleh jaga diri kerana macam dah hilang ingatan. Asyik cakap sorang2 je tapi apa yang dia cakapkan tu semuanya pengalaman dia sendiri. Macam isteri aku selalu gak ulang dialong2 filem dan drama2 yang dia penah tengok. Drama seperti CSI, Kyle XY dan lain2. Sebab tu aku yakin isteri aku bukan kena masuk jin tapi meroyan.
Meroyan ni biasanya berlaku pada wanita yang lepas bersalin. Bukan semua wanita kena. hanya sebahagian kecil sahaja yang kena. Dalam perubatan, meroyan dikenali sebagai "postnatal depression". Korang boleh baca dengan lebih lanjut disini http://en.wikipedia.org/wiki/Postnatal_depression. Orang tua2 cakap termasuk Ustaz Rahid dari Darul Syifa ckp meroyan terjadi akibat angin dari batu meriam(meroyan). Jika tak jaga betul2, batu tu akan jadi angin dan naik atas kepala sebab tu jadi meroyan.
Sepanjang isteri aku sakit ni baru la aku nampak peragai barua mak mertua aku. Mungkin korang rasa kurang ajar tapi sila baca sampai abis sebelum korang marah aku. Pertama, mak mertua aku degil@ego ckp isteri aku masuk jin walaupun ustaz dan ustazah ckp bini aku meroyan. Kedua, mak mertua aku menghina aku depan mak abah aku sebab gaji aku lebih kecil dari isteri aku. Dia tuduh aku kikis gaji anak dia. Alahai, gaji anak dia baru RM 1800, apa yang aku kikis pun tak tau la. Bagi siapa yang kenal aku, korang mesti tahu aku hanya memiliki sebiji PC yang berusia 5, aku beli masa mula2 masuk universiti multimedia dulu dan motor kris yang abah aku hadiahkan sebab keputusan cemerlang PMR. Itu sahaja harta dunia yang aku ada.
Setiap bulan, semua duit yang aku dapat(gaji aku) aku serahkan 100% pada isteri aku. Sebab isteri aku yang uruskan bil2 semua. Aku hanya akan ambil balik dari isteri aku untuk isi minyak motor. Aku tak hisap rokok, aku tak penah masuk disko dan aku tak penah buang masa atau melepak dengan member2 aku. Bila aku ada masa lapang,mostly aku spent masa aku dengan isteri aku.
Baru2 ni memang kami ada beli kereta viva tetapi itu atas nama isteri aku dan juga untuk kegunaan isteri aku. Isteri aku yang pakai kereta tu untuk pergi kerja sedangkan aku hanya bawa motor kris buruk aku tu. Setahun aku dan isteri hidup bahagia tanpa gangguan tetapi bila isteri aku sakit dan aku tak pergi kerja hampir 2 minggu, mak mertua aku tuduh aku kikis duit isteri aku? Apa punya sial peragai. Yang aku marah, dia cakap macam tu kat mak aku. Dah la tu cerita benda buruk2 pasal aku kat famili2 dia. Betul2 menjatuhkan maruah aku sebagai lelaki dan suami.
Untuk pengetahuan korang juga, ayah mertua aku ada 3 org isteri. Bini aku ni anak hasil dari isteri pertama. Apa yang aku boleh cakap, mak mertua aku macam jeles@iri hati tengok anak perempuan dia bahagia lepas kahwin dengan aku kot. hehe... siap dia hasut isteri aku supaya pindah tinggal denga dia.
InsyaALLAH minggu depan aku akan bawa isteri aku ke hospital selepas berurut. Kesian tengok isteri aku, abis badan dia "jatuh" sebab masa dok kat rumah mak dia, mak dia langsung tak jaga elok2. Habis dia mengemas rumah mak dia walaupun dia masih pantang. Mak dia pun tak halang. Bukan dia tak tau org tgh pantang mana boleh buat kerja berat2.
Pesanan aku kat suami atau isteri diluar sana, jangan biarkan ibu bapa korang masuk campur dalam rumahtangga korang. Kalo korang ada masalah, bincang la sesama korang. Yang terjadi pada aku pula, ibu bapa aku mmg tak masuk campur dalam rumahtangga aku tapi sayang, mak mertua aku suka masuk campur. Sejak kahwin dulu aku dah perasan sebab tu aku amik keputusan duduk jauh2 dari dia.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
