CUTI - Bini Aku Bersalin Wei… May 13th, 2008
Salam buat pelawat akukaya. Maaf krn tiada update dlm masa terdekat krn isteri aku dah bersalin pada khamis lepas, 08-05-2008. Alhamdulillah anak perempuan aku cukup sifat dan sihat. Esoknya, Jumaat dah boleh keluar dr hospital dan aku bawa isteri aku dok umah org tua aku.
So, aku tak dpt nak update blog2 aku krn rumah org tua aku takder PC dan tenet. InsyaALLAH hujung minggu ni aku akan bawa bini aku dok plak gn mak bini aku(mertuan aku). Rumah mertua aku ada tenet dan PC jd insyaALLAH hujung minggu ni aku akan update blog2 aku.
Akhir kata, aku nak ckp yg AKADEMI FANTASIA mcm SYIAL. Semua peserta mcm hampeh. tak mo la aku update post berkenaan AF6 lg sebab mrk tak layak ada dlm blog akukaya. Hahaha....
Lupa lak nak ckp nama anak aku "Ana Shafiqa". Famili aku, semua nama bermula dgn huruf S. Abah aku Samsudin, Mak aku Sufiah. Aku, Shahril, adik2 aku Shahrizuan, Shahirah, Shahmir, Shafiq dan Shahir. Korang nampak tak persamaan nama antara kami adik beradik?
AkuKaya dah Giler April 29th, 2008
Maaf kepada pembaca dan pelawat semua kerana dah lama takder update. Untuk makluman semua en. akukaya dah giler. Skrg ni tiap2 hari dok termenung dan menyanyi lagu menghitung hari dendangan moto kriss dayanti. Ni kerana dijangka insyaALLAH isteri beliau akan melahirkan anak sulung beliau pada minggu depan. Doakan agar semuanya slmt.
InsyaALLAH blog ini akan diupdate oleh beberapa penulis luar. Harap anda semua dpt terus memberikan sokongan. AMIN.
Lambat Update April 14th, 2008
maaf kepada pelawat akukaya yg menantikan video konsert AF6. akukaya blk Pahang selama 2 hari kerana atuk aku jatuh skt. masuk hospital termeloh sbb pengsan. pengsan sebab kurang gula. So, insyaALLAH, aku akan cuba update secepat mungkin.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
PC rosak la…. February 15th, 2008
Post terakhir aku pada 11 februari ari tu. Lepas tu PC aku buat masalah. Nazak sgt. rasa mcm nak tanam je kat tanah perkuburan ISLAM cheras bahru. Haha... sedih la plak sbb teringat arwah nenek aku yg dikebumikan disitu.
Ari ni baru setel problem PC aku. sekeping RAM rosak. Dr 1Gb ram tinggal dlm 768MB ram jek. Kemudian hard disk plak buat masalah. Ni merupakan hard disk ke-3 aku bermasalah. Hampeh.
So saper nak sponsor PC baru buat aku?
Video Klip Disco Dancer February 3rd, 2008
Bagi orang2 lama yang membesar atau sezaman dengan aku pasti tahu cerita hindustan ini. Disco dancer merupakan sebuah filem hindustan yang penuh dengan lagu2 yang merdu dan rancak.
Sebenarnya aku bukan la peminat hindustan tetapi aku dibesarkan oleh mak aku yang memang kaki hindustan, apakan daya. Terpaksa layan je...
Bila dah besar dan berkeluarga ni, tiba2 teringat citer2 yg aku tengok masa kecik dulu. Dan disco dancer ni adalah salah satu darinya. Jom layan video2 klip dia yang sempat aku kutip di youtube.com.
Read more..

