Kategori Baru dan Forum dibuka January 25th, 2008
Salam peliwat pelawat akukaya.com semua. Sebagai menghargai anda dan juga membuang masa anda, keke... saya telah menambah ruangan baru iaitu ruangan drama melayu.
Diruangan drama melayu, saya akan meletakkan video drama melayu yang penah ditayangkan disiaran Tv Malaysia. Antara video yang telah saya masukkan adalah drama manjalara episod 01. Tu ada dibawah ni.
Saya juga telah install forum untuk memudahkan kita semua berbincang, mengumpat, mengata dan menfitnah. Hahaha... Jom lepak forum.
Jika anda ingin request drama melayu, jgn segan dan malu untuk request disini. Kalo nak bincang2 pasal drama melayu, jom bincang disini.
p/s - insyaALLAH saya akan upload drama terbaru TV3 iaitu Saka pada hari ini. Layan....
Klinik Kerajaan, TM dan Putrajaya yang Bangsat December 14th, 2007
Banyak sungguh siri2 bangsat kat blog aku ni. Hari ni aku nak citer sikit kenapa aku cakap klinik kerajaan, TM dan Putrajaya bangsat.
Klinik Kerajaan
Mcm yg korang dah tahu, bini aku mengandung anak sulung. Ok la, mcm yang ditetapkan oleh KERAjaan, aku bawa la bini aku pergi klink kerajaan untuk daftar dan pemeriksaan.
Walaupun bini aku datang awal, tp bini aku lewat diperiksa hanya kerana bini aku pertama kali datang. Erm...tak kisah la. Aku sabar lagi.
Pastu nurse je yang periksa bini aku, cek darah, tekanan darah, berat, air kencing dan lain2. Nurse cakap isteri aku kurang darah. Hemoglobin bini aku 9. Sepatutnya nurse tu bagi ubat tambah darah kat bini aku tp dia tak bagi. Alasan ubat abis. Bangangnyer alasan. Takkan stok bila dah kurang mereka tak pesan ke? Atau mereka dah pesan tp kroni KERAjaan yang dpt tender supply ubat lambat hantar? Bayangkan ubat tambah darah mmg takder langsung.
Sepatutnya juga hari tu doktor check isteri aku tp disebabkan doktor sibuk isteri aku haram dia tak check. Nurse tu suruh datang minggu depan untuk jumpa doktor. Aku sabar lagi. Minggu depan pergi klinik kerajaan, nur se tu cakap doktor takder. Tang ni memang bangsat. Dia suruh datang minggu depan pula. Kita tgk pula minggu depan macam mana. Kalo takder gak mmg aku sound la " Korang ingat bini aku mengadung anak kucing ke? "
Telekom Malaysia
Aku tak penah kutuk TM sbb aku makan budi dengan TM. Pertama sbb aku pelajar tajaan TM. Isteri aku pun pelajar tajaan TM dan sedang berkerja dengan TM. Tp kes bini aku yang sakit betul2 mencabar tahap kesabaran aku.
Polisi TM adalah, jika korang sakit dan nak cuti, korang mesti dapatkan MC di klinik atau hospital panel TM. Ok, aku sabar lagi.
Bini aku kerja di TM Cyberjaya. Di bangunan SAC, sebelah dengan bangunan TMNET Cyberjaya. Korang tahu kan?
Bangsat tak bangsat, takder satu klinik di cyberjaya yang panel dengan TM. Apa ke bangangnyer. Kalo ada pekerja TM yang kemalangan ditempat kerja, korang TM nak hantar kemana? Putrajaya? Sementara nak sampai putrajaya, si pesakit tu dah mampus kot. Buduh buat TM dan PMCare sbb tak peduli nasib perkerja.
Sign Board Putrajaya yg Bangsat
Ni lagi satu bangsat. lepas abis klinik kat cyber aku tanya, semua tak accept kat medical TM/PMCare, aku pergi pula Putrajaya, cari klinik panel kat sana. Korang mesti terfikir, aku tak cek ke dengan PMCare senari klinik panel mereka.
Aku mmg periksa senarai klinik di PMCare website. Bila aku search cyberjaya, dia keluar senarai klinik2 di Cyberjaya. Jadi aku pergi la ke klinik tu tp semuanya cakap mereka tak accept kat medical PMCare. Buduh PMCare. Kalo bukan klinik panel korang, jangan la list dalam website korang. Korang hanya mengelirukan org2 yg macam aku je.
Aku baru 3 kali pergi putrajaya, jadi di putrajaya, aku hanya berpandukan signboard. Tujuan aku janya nak mencari klinik sri permai di precint 9. Dengan konfiden, aku ikut signboard yg tulis "Precint 1-10 terus". Lalala...hati menyanyi2 seronok.
Sampai satu simpang dia tulis "Precint 1-7 kekiri" dan kalo terus g KL. tak macam haram ke? Mana pergi precint 8-10? masuk kanan ke? kanan hutan la bodoh. Argh...tensen aku. Bini aku plak mmg skt teruk. Kesian aku tgk bini aku. Aku plak dah panas sbb sesat dlm putrajaya. Berapa kali tawaf, Alhamdulillah baru jumpa precint 9. 2 kali pusing precint 9 baru jumpa klinik Sri Permai.
Alhamdulillah layanan di klinik sri permai tu bagus. Doktor dia pun amik berat ttg keadaan isteri aku dan anak dalam kandungan. Siap dia tanya nak scan ke tak. Hehe... hati aku terus sejuk dan lupakan kes2 bangsat td bila tgk anak aku yg dalam perut bini aku di mesin scanner tu. hai...comel anak aku.
Doktor Sri Permai juga periksa isteri aku dengan teliti tak mcm klinik kerajaan dan klinik yang aku pergi di putra perdana pada pkl 1 pagi tu. Isteri aku dan baby dlm perut mmg dapat layanan yg bagus la. Kira mmg berbeza dgn klinik aku pergi sblm ni. Doktor juga periksa air kencing bini aku dan dia sahkan bini aku ada kencing kotor. Bukan tu sahaja, doktor tu juga terkejut bila tau homoglobin isteri aku hanya 9 sedangkan kalo normal patut 11. Dan dia ckp jgk, kalo 8 leh kena tahan wad sbb rendah. Dia bagi ubat tambah darah sbb klinik KERAjaan tak bagi pun ubat tu kat bini aku. Cinabeng lu klinik keraJAAN.
Macam2 ubat dia bagi tp Alhamdulillah semuanya pree. After all, TM gn PMCare takder la teruk sgt. Gege...
Satu je pesan aku kat para suami, kalo isteri mengandung, jgn la harap sgt kat klinik KERAjaan sbb klinik2 tu pun dikendalikn oleh KERAjaan. Aku betul2 marah sbb mereka tak peduli pun dgn keadaan isteri aku. Pastu siap leh buat janji kosong.Suruh datang minggu depan checking tp bila datang suruh dtg pula minggu depan. Agaknya selagi dunia tak kiamat, dok asyik ckp datang minggu depan je kot.
Sepatutnya kerajaan bertanggungjawap menyediakan ubat yg cukup kepada rakyat. Bukan tu je, pendidikan juga harus 100% percuma. Tu semua tanggungjawap kerajaan. andai kater kerajaan dpt laksakan 2 perkara ni dgn baik, kalo nak tarik subsidi minyak pun aku tak kisah.
Air Mata Suami December 12th, 2007
Hari ini isteri aku mengadu sakit perut. Katanya, pedih yang amat sangat dalam perut.
Aku hanya mampu tersenyum, ala biasa la. Perempuan mengandung, mungkin anak dalam perut menendang.
Dari pagi sampai petang isteri aku tidak habis2 mengandu sakit perut. Pedih...pedih dan pedih. Aku dah mula rasa tak kena tapi aku masih buat bodoh jer dengan anggapan perkara biasa. Ala...perempuan mengandung.
Katak mula menyanyi, si pungguk pula asyik memandang bulan. Malam pula merangkak ala2 hantu ju-on. Sakit perut isteri aku makin teruk. Isteri aku baring atas katil manakala aku pula mengadap PC menyiapkan projek blog aku.
Tiba-tiba....... isteri aku muntah. Uwek.... dia muntah sebelah aku.Betul-betul sebelah PC kesayangan aku. Alhamdulillah dia isteriku, jika makhluk ALLAH yang lain, tentu dah kena penampar keramat aku.
Banyaknyer muntah isteriku. Ketulan ayam KFC, rotai canai dan lain2 bergelimpangan di atas lantai. Sayang seribu kali sayang, kamera aku dah rosak. Jika tak boleh aku snap dan pos disini. Bagi korang muntah lak lepas tu.
Aku sebagai suami soleh impian para wanita akhir zaman dengan penuh rasa kasih syg mengambil kain dan lap muntah isteri ku. 2-3 kali lap baru bersih. Kemudian kena mop plak. Sekali lagi, dia isteriku, jika makhluk ALLAH yang lain sudah pasti ku tampar.
Lepas lap muntah tu, aku boleh pula makan nasi berlaukkan kari kambing. haha... sekali pandang kari kambing tu nampak macam muntah isteriku je, tp lepas tonyoh mata sampai berair baru la kari tu nampak macam kari.
Pukul 12 malam, langsuir mula bertengek atas pokok menanti mangsa. Toyol buncit mula memecah masuk rumah manusia mencuri duit. Aku lihat isteri ku enak tido, mungkin letih. Maklum la sakit perut satu hari.
Tiba-tiba isteriku yang sedang tido mengigil dengan kuatnya. Seolah-olah sedang menghadapi sakaratul maut. Dia memangil aku, mengatakan yang dia terasa sangat sejuk sedangkan aku pula rasa panas yang amat.
Aku peluk isteriku. Aku usap kepalanya. Panas, badan dan kepala isteriku terlalu panas. Mungkin boleh goreng telur diatasnya. Air mata mula menitis kerana membayangkan perkara yang bukan2. Kenapa isteriku Ya ALLAH. Aku kelam kabut mencari jaket/baju panas untuk isteriku.
Agak lama juga baru isteriku berbicara mengajak aku pergi ke klinik. Pukul 1 pagi pergi klinik? Aku pada mulanya tak setuju. Bukan tak sayang isteri tapi duit aku hanya tinggal RM 46.00. Cukup ke nak bayar?
Tapi melihatkan keadaan isteriku yang sgt teruk, aku gagahkan juga bawa isteriku ke klinik. Alhamdulilah ada klinik yang buka 24 jam di kawasan putra perdana ni. Masa doktor periksa isteriku, dia pun tanya knp mengigil? Doktor pun pelik kerana isteri aku mengigil kuat sangat.
Alhamdulillah doktor mengesahkan isteri aku hanya demam. Time nak bayar, aku dah mula gelabah. Risau duit tak cukup. Alhamdulillah sekali lagi, bil klinik hanya RM 40.00.
Alhamdulillah masa aku sedang menulis pos ni, isteri aku dah makan ubat dan sedang tido dengan nyenyak. Maha Suci ALLAH yang mencipta penyakit dan juga mencipta ubatnya.
Pernah aku dengar ceramah agama, penyakit tu tanda kasih sayang ALLAH pada hambanya. Sebagai ujian dan juga untuk mencuci dosa hambaNya.
p/s: apa yg aku tulis ni betul walaupun ada sikit merapu.
p/s: mana2 perempuan yang tgh mencari suami soleh idaman wanita akhir zaman leh la kontek aku. Aku masih bujang lagi. Bujang 3 tau. Haha...
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
KFC - It’s Fucker lickin’ Good December 11th, 2007
aku benci KFC, aku benci KFC dan aku benci KFC. huhu...
2-3 hari lepas bini aku cakap dia terbau ayam KFC. ntah mana dia bau pun aku tak tau tgh malam2 buta bau KFC. haha... ni mesti keje JIN. hehe... takder la.Tu tandanya anak aku yang dalam perut bini aku nak makan KFC la. Biasala perempuan mengidam masa mengandung kot.
Alhamdulillah ALLAH beri rezeki lebih kat aku hari ni, jadi petang tadi aku bawa isteri aku pergi makan KFC kat Tesco Puchong.
Aku mcm tak biasa la pesan dinner plate. Bini aku minta bunger fillet kot. Ntah la semua menu nama orang puteh, tak reti aku. Syarikat KFC Malaysia tak silap aku milik bumiputera tapi malangnya tak macam milik melayu pun. Layan je la.
Yang buat aku tak puas hati mengenai KFC ni adalah tentang ayam dia. Dah tak sedap macam dulu. Ala... dulu2 masa aku kecik2 dulu. Haha... Tak tau la kenapa tp aku rasa mungkin sebab kualiti ayam.
Jika dulu ayam yang dibekalkan mungkin dari pembekal yang berlainan dan kualiti ayam pun bagus. Sekarang? Kualiti ayam KFC bagi aku skrg sangat teruk. Aku tak pasti salah saper. Pemilik franchise KFC Tesco Puchong ke atau mmg salah KFC Malaysia menggunakan ayam-ayam tak berkualiti.
Ayam yang aku makan petang td di KFC tak rasa macam ayam. Hampeh. rasa manis ayam dah takder. Karang aku cakap ayam tu layak untuk anjing ada yang marah lak. Dah la tu, dalam gambar dan iklan TV, bunger nampak macam besar je, tapi bila beli, alahai kecik jek. Macam size burung punai je.
Aku kalo nak makan kat restoran segera ni biasanya aku akan pilih McDonald. Jarang sangat2 aku pilih KFC melainkan atas sebab2 tertentu macam kes ni anak dalam perut bini aku nak makan KFC.
![]()
Masa aku tengah asyik makan KFC, ada plak awek KFC usha2 aku. Adei... ni susah kalo jadi lelaki yang kacak, hensem lagi bergaya. Pastu kawan awek tu, perempuan India pun pandang aku pastu gelakkan kawan dia. Hehe... muka awek tu dah merah malu2 kunun ayu. Haha.. bleh blah. Bini aku 2328X lagi cantek dr awek tu.
Btul ayang, ayang la perempuan plg cantek dlm dunia ni. Tapi kalo ayang izinkan, apa salahnya. abg kan bujang lagi. Bujang tiga. haha...
Huhu... bini aku tgh mengasah pisau kat dapur tu. Macam nak potong anu aku je sayur yang aku beli kat tesco tadi. Ok cau.
p/s: sila komen pandangan korang mengenai KFC. Aku nak dgr.
Jin yang Bangsat December 8th, 2007
Semalam pukul 10 mlm aku amik bini aku dari keje. Untuk pengetahuan korang bini aku keje shift gn TM bahagian IP Global. Tak silap aku monitor network TM kat HK gn Taiwan. Ntah la.
Macam biasa, aku gn motor kriss buruk bersedia mengambil bini aku blk kerumah untuk "tangungjawap" seterusnya. Hehe...
Dalam perjalanan blk, tiba2 ada bayang melintas depan motor aku. Terkejut beruk manusia aku. Terus aku sumpah seranah kat benda tu sebab suka-suki melintas depan aku. Saje je nak main2 kan aku. Sebenarnya masa dalam perjalanan nak amik bini aku pun aku dah rasa tak sedap hati.
Sampai dirumah, isteri aku tanya plak,
abg tak bau kemenyan ke masa kat bangunan SAC. Na bau kemenyan masa kat sana.
Wah2, suka2 ko jin sampai kat tempat keje bini aku pun ko ikut. Jadi jin yg lahanat tu start kaco bini aku masa bini aku g kerja lagi. Pastu masa balik menyakat aku plak yg tgh bawa motor. Alhamdulillah aku tenang orangnya, kalo tak tentu dah jatuh motor sebab terkejut.
Kepada gologan JIN yang baca blog aku, kalo korang kenal JIN yang mengacau bini aku, nasihat kan dia suruh STOP. Karang aku sepak telur gn kote dia karang. Bukan tak tau bini aku sedang mengandung. Karang efek lak kat anak aku yg dalam kandungan tu lak.
