MB Melaka Mungkir Janji December 2nd, 2007
Jumaat lepas, 30 oktober 2007 aku dengan isteri pergi ke MMU Melaka kerana ada majlis anugerah pelajar cemerlang Yayasan Telekom Malaysia. Bini aku salah sorang penerima anugerah kerana mendapat kelas pertama. Sungguh cemerlang bini aku tak macam suami dia. Cemerlang, terbilang dan gemilang.
Rehearsal bermula pukul 9.30 pagi jadi dalam pukul 8 pagi kami dah bertolak ke melaka.
Sampai melaka tepat pada masanya. Daftar dan bini aku pun masuk dewan utk rehearsal. Arh...famili2 peserta kena dok luar. Mcm sial dan bosan giler. Alhamdulillah kat MMU hari tu ada kempen derma darah. Jadi aku ambil kesempatan untuk derma darah aku.
Doktor yang check tekanan darah aku terkejut sebab tekanan darah aku tinggi. Stended dia ckp dlm 120 jek tp aku nyer 140 lebih. Hehehe...doktor, ko tu lawa la sbb tu tekanan aku naik. Lagi mau tanya kenapa. Maaf aku tipu je walaupun doktor u mmg lawa tp tu bukan sbb tekanan aku tinggi. Aku syak mungkin kerana air livita yang aku minum semasa memandu yang menyebabkan tekanan aku naik mendadak. Rasanya la.
Rehearsal abis pkl 12, jadi pastu aku gn bini g ke kawasan berdekatan surau. Aku suruh bini aku tunggu kawasan lecture hall sbb aku nak solat jumaat. Habis solat jumaat, bini aku nak solat zuhur tp lagi skali mcm haram, bdk2 foreigner mostly puak2 arab ni melepak kat surau lak. Dah abis solat jumaat blk la, ini tidak melepak ramai2 macam perhimpunan haram kat kawasan surau. Perempuan2 yang terlibat dengan majlis Yayasan telekom pun takut nak pergi surau solat zuhur.
Bini aku lewat sikit solat sebab menunggu arab2 ni abis buat perhimpunan haram. Majlis Anugerah yayasan telekom tu dijanjikan bermula pada pukul 2.45 petang. Alhmdulillah sempat. Bini aku pun masuk ke dewan dan menunggu tetamu terhormat datang. Antara tertamu terhormat adalah MB Melaka, CEO TM dan Pengerusi TM.
Tajuk pos ni macam ni kerana aku nak cerita pasal MB Melaka yang datang lewat. Ada ke patut majlis sepatutnya bermula pada pukul 2.45 tapi beliau datang pukul 4. Wah2... mentang2 la ko MB, ko buat kami ni mcm sial. Aku tak pasti la saper yang salah dalam hal ni. MB melaka ke atau TM. Tapi kesian la kat pelajar2 yang menunggu lama dalam dewan. Kemudian mak bapak pelajar2 ni yang terpaksa tunggu di luar macam orang bangang. Kebanyakkan mak bapayang datang tua2 belaka. Alhamdulillah tulang2 mereka tak patah.
Tapi hati aku sejuk juga selepas dengar ucapan MB melaka. Pada mulanya aku dah kesian kat org2 melaka sbb dpt MB mcm ni. Mungkir janji. Tapi selepas aku dengar ucapan beliau, sejuk jugak hati aku. Kira hebat juga MB melaka berucap. Bukan ucapan teks yang beliau baca tu tp ucapan yang tak ikut teks tu hebat dan ada isi. Cuma nasihat aku, jgn la mungkir janji atau melengah-lengahkan janji.Nabi tak suka.
Semalam Dalam Semalam November 28th, 2007
Salam semua.
Ini merupakan entri pertama aku dalam kategori "bangsat dalam sejarah". Untuk kategori ini aku bercadang untuk berkongsi cerita-cerita yang menyakitkan hati aku.
Mungkin bagi korang perkataan bangsat tu terlalu kurang ajar. Tp bagi aku tak la sangat. Bagi aku perkataan bangsat tu cuma untuk mengambarkan perasaan sakit hati aku yang kronik la kiranya. Jadi harap korang jangan la terasa apa2 pula.
Berbalik pasal semalam, bini aku kerja pagi. Jadi seperti biasa la dia pergi sendiri drive kereta kancil buruk aku tu.
Tup2 lepas dia keluar 5 minit, bini aku masuk balik kejutkan aku yang baru nak tido. Untuk pengetahuan korang, aku biasanya tidur selepas subuh. Bini aku ckp yang kereta kancil buruk aku tak boleh hidup. Aku pun dengan endah tak endah memberikan tips2 untuk menghidupkan kereta. Masa tu aku assume bini aku yang tak reti hidupkan kereta. haha...
Akhirnya aku bangun dan menuju ke kereta. Dengan mancho aku pun try start kereta. Dalam hati aku dok mengata bini aku tak reti start kereta. Haha...
Try punya try mmg tak leh nak start. Kan dah malu. Nak jaga macho aku salahkan kereta plak. Celaka nyer kereta buruk. Buka bonet depan dan dan check bateri. Air dalam bateri kosong. Aku dah tak sedap hati.
Try balik start kereta. Masih tak bleh. Tgh dok ralit cek stering semua, baru aku perasan yang suis lampu tak bertutup. Rupanya bini aku tak tutup lampu masa dia pakai kereta 2 hari lepas. Huhu... kereta aku lampu tak bertutup selama 2 hari. Patut la bateri kong.
Dalam keadaan hujan pagi tu, aku naik motor redah hujan pergi beli air bateri. Baju hujan tak pakai sbb marah. Last2 hari tu aku sakit badan. Padan muka.
Balik pada kereta tadi, walau dah letak air bateri pun masih tak boleh. Memang la tak boleh sebab nak kena caj. Tu pun kalo nasib baik, caj bateri elok la. Kalo nasib tak baik, kena beli baru la. Adei...duit lagi.
Terpaksa aku hantar bini aku keje naik motor. Dah la hujan. Sian bini aku basah. Basah kena huja tau, bukan basah sebab benda lain.
Balik rumah aku tido. Semalam aku tido satu hari. Badan aku habis sakit2 sebab kena hujan.
Jadi sebab peristiwa tu, aku rasa bangsat sangat semalam.
Aku Lelaki Sejati September 19th, 2007
Apa tindakkan korang semua sbg suami bila isteri anda:
- pening2 dan loya
- selalu demam
- manja mcm ulat bulu
- kuat tido, lebih 12 jam rasanya
mesti korang akan buat mcm aku buat kan? Pergi farmasi, beli pregnant test dan bg isteri korang test.
Dan Alhamdulilllah isteri aku positif mengandung anak sulung aku.
adar dgn gembira telah lari berbogel sekeliling sri petaling sambil menjerit2 kegembiraan.
Dan aku tak hebahkan kpd kwn2 lg sbb aku masih tak yakin dgn alat ujian tu. Jd semalam aku bawa isteri aku ke klinik kerajaan di Sg besi. Dan kompom bini aku mengandung,
Bini aku mengandung wei...
Dan ini telah menadi bukti bahawa AKU MMG LELAKI SEJATI. Perut buncit bini aku menjadi saksi

Apa perasaan korang mendapat anak sulung? Kongsi2 disini.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
Lalok Wei… September 14th, 2007
Semalam demam dan batuk aku semakin teruk. Jd untuk melegakan batuk aku yang semakin teruk ni, selepas aku makan sahur, aku telan ubat batuk.
Disebabkan bilik kat tingkat atas, aku malas nak turun amik sudu. Aku telan macam tu je ubat batuk tanpa sukatan. Pastu aku makan pula panadol.
Pastu layan game dota. Pastu tengah syok main, aku rasa tangan aku macam hilang. Argh... mana tangan aku ni. Disebabkan tangan aku 'hilang' aku berhenti main dota.
Pastukan, aku baring la. Pastu aku rasa kaki aku lak 'hilang'. aku rasa macam terawang-awang diudara. Argh...nape ni. nape aku jadi macam ni. Aku mula rasa tak kena.
Pagi2 bini aku kejut minta aku hantar ke menara Telekom sbb ada temuduga. Aku suruh bini aku naik lrt je sbb kaki aku dah takder. 'Hilang'. Aku dah tak rasa kaki aku dah masa tu.
Last2, baru aku teringat yang aku jadi macam ni lepas makan ubat batuk dan panadol. Aku syak yang aku dah lalok sebab terlebih minum ubat batuk. Ntah la. Macam tu kot rasa lalok. Aku tak tau sbb aku tak penah merokok, isap ganja apatah lagi mabuk minum arak.
Korang rasa kenapa aku jadi mcm tu? Pasal ubat batuk+panadol tu ke?
p/s:aku terjaga dari tido pukul 3 ptg. Aku betul2 rasa tangan dan kaki aku ilang masa tu. Tak main2 o...
Balik Kampung August 30th, 2007
aku nak cepat ni. dah lewat.
ari ni aku blk kampung Perak sbb nenek bini aku nak kahwin semula dgn bekas suami dia. Jadi aku tak dpt menolong kwn2 jika ada masalah dgn Blogmas. Maaf semua.
Apa2 leh contact aku kat 016-6907503. Hari sabtu ni aku blk KL semula.
