Kampung Babi Melayu di Selangor

bab

aku nak membebel ari ni lak. Sebenarnya malas nak tulis mengutuk Pakatan Rakyat sebab aku sokong mereka tp kali ni aku nak kutuk gak. Awat buduh tak buduh MB Selangor skrg kerana menyalahkan bekas KERAjaan Selangor krn kononnya meluluskan projek BABI RM 100 juta tu.

Aku kata buduh sbb skrg pakatan rakyat dah pegang Selangor so kalo betul KERAjaan sblm ni dah luluskan projek BABI tu, hangpa batalkan je la projek tu. bukan susah pun. Kuasa kat tgn korang. Yg adun PAS pun bleh p sokong plak. Dulu dah la sedap2 kutuk kampung babi melayu kat melaka, la ni hangpa plak sokong tubuhkan kampung babi melayu kat selangor. Aku ckp kampung babi melaka dan kampung babi selangor sebab babi tu dok ternak kat kawasan melayu. Alahai... melayu dah layu.

Aku tau, pakatan rakyat akan ckp kononnya susah la nak hapuskan projek tu atas alasan undang2 la kononya. Tp kalo mcm ni wahai PAS, mcm mana la korang nak laksanakan hudud nnt kalo menang seluruh Malaysia. PAS ckp kalo mrk menang PRU, mrk leh gubal perlembangaan utk laksanakan hudud tp skrg ni hal babi pun korang tak leh setelkan.

Benda ni senang je nak setel. Batalkan jek projek mega babi kat Selangor. bukan susah pun. Kuasa ditangan pakatan rakyat bukan kat tgn BN. Jgn jd bodoh piang dgn tunding jari kat org lain. Dan wahai penyokong2 pakatan rakyat, jgn la taksub sgt smpi parti korang buat benda tak betul pun korang sokong. korang dulu bukan main sedap kutuk melaka masa isu babi dulu la ni korang setuju plak bila parti korang nak bukak kandang babi. Aku pun sokong PAS gak tp bukan sokong buta kayu bodoh mcm tu. Kalo mcm tu la tahap sokongan korang, takder beza la mcm ahli taksub umno.

Ada plak yg menyokong siap bg alasan kita tak leh menyekat makanan org cina sebab malaysia negara berbilang kaum. Alasan paling sial penah aku dgr. Singapura yg majoritinya kaum cina pun dah lama haramkan penternakan babi. Takder plak mereka mati kebulur sbb mrk pandai import babi dr luar. Apa salahnya Malaysia pun buat mcm tu. Haramkan je penternakan babi kat Malaysia mcm Singapura tu. Pastu kalo org cina nak mkn babi, import je dr luar. Bukan susah pun. Kerajaan pun tak perlu kenakan cukai terhadap babi yg diimport. So sama2 menang. Malaysia bebas dr najis babi dan org cina pun still leh mkn babi. Import lg tau... baik punya(ala2 Dafi AF)

Itula Nabi dah ckp jgn terlalu taksub pada kaum/parti. benda tak btul kena tegur. teresa, adun kinrara mcm sial gak. dah la tu PRU ari tu mengundi dia kat sri petaling. arh... silap2. nyesal aku gundi dia. lepas ni mmg tak aku takkn mengundi DAP dah. baik aku mgundi MCA.

Kepada penyokong taksub BA, sblm komdem aku korang pikir blk, kalo kerajaan BN yg buat projek ni korang akan kutuk ke atau sokong? mesti korang akan kutuk kan. Aku kutuk BA bukan maksud benci sbb kalo benci takdernyer aku pangkah DAP ari tu. Benda yg tak betul patut kita tegur.

akukaya: owh... melayu layu di tasek layu. biarkan la luncai terjun dgn labunya. biarkan.... aku merepak lg.

p/s: kpd MB baru Selangor, kalo tak reti nak sign dokumen batalkan projek babi tu, bak sini dokumen tu. en. akukaya pun bleh signkan surat pembatalan projek babi. haha...

April 14th, 2008 | 14 Comments

Boikot Barangan Belanda, Perlu ke?

Wah2.. makin ramai blogger yang post mengajak org ramai boikot barangan belanda dek kerana marah dengan cerita fitna yang dibuat oleh seorang ahli perlimen belanda yang namanya ntah saper ntah.

Aku terpikir, andaikata boikot ni berjaya, adakah si ahli parlimen@monyet tu akan terus berhenti dari mengutuk islam? Aku tak rasa si ahli perlimen monyet tu akan stop sebab sebelum ni si monyet tu mmg penah terima surat ugutan bunuh tp monyet tu buat bodo jek. Macam takder apa2 pun.

Lalu aku teringat la kisah Rasulullah dikala masa awal zaman permulaan ISLAM dikala ketika itu masih ramai sahabat yg masih kafir seperti Umar Al-Khattab. Umar masa kafir kuat menentang ISLAM sama kuat la macam Abu Jahal dan Abu Lahab. Tapi adakah Rasulullah pergi bunuh si Umar atau mengajak sahabat2 ISLAM yang lain memboikot Umar. Kalo la Rasullullah buat macam kita buat skrg ni, korang rasa ISLAM akan berkembang ke? Umar akan masuk ISLAM ke?

Korang ingat dengan p bunuh si ahli perlimen monyet tu dan boikot produk belanda akan selesai masalah ke? Sebaliknya perbuatan korang ni akan membuatkan kata2 isi monyet tu btul yg ISLAM adalah agama penganas. Rasulullah disimbah air najis ketika berdakwah, tapi apa tindakkan Baginda? Bila satu hari tu, Baginda tidak disimbah, Baginda bertanya pada jiran mana pergi org yg selalu simbah air najis tu. Jiran ckp yg org tersebut sakit. Lalu Baginda melawat org yg selalu simbah najis pada Baginda. Bukan lawat jek, siap suap makan lagi dan akhirnya org kapir tersebut memeluk ISLAM.

Aku tanya balik, korang dah pergi ke jumpa si ahli perlimen monyet tu dan terangkan ISLAM kepadanya sebelum korang nak bunuh dia? Korang ingat ISLAM ni milik korang. Korang suka2 doakan minta mereka mampus sedangkan Rasullullah dikala dibaling dengan batu ketika di taif, dan turun Jibril bertanya mahukah kamu supaya Allah menterbalikakn bumi Taif ini, apa jawap Baginda?

Korang ckp korang sygkan Rasulullah sebab tu korang nak boikot barangan belanda? Hehehe... piraah... senangnyer nak tunjukkan korang syg Rasulullah yek. Boikot barangan belanda je dah jd kononnya korang sygkan Rasulullah sedangkan sunnah Raslullah banyak korang tak nak buat.

Paling senang, si laki bela janggut tp berapa ramai sini yang jaga janggut sbb sunanh Nabi? ramai yg cukur janggut kononnya kerana tak hensem. Macam sial korang. Sedar tak sedar korang dah hina Rasullullah. Ya2... aku tau korang akan ckp sunnah Nabi bukan bela janggut je. Banyak benda lain. Ok la, bgtau apa sunnah Nabi yg korang buat?

Berak? Sunnah Nabi buang air adalah mencangkung baik kencing atau berak tp korang skrg dah pandai2 berak duduk gn kencing berdiri. Korang sendiri yang lupakn Nabi dan skrg korang nak boikot barangan belanda dengan alasan korang syg Nabi. Argh... pui. Itu belum lagi bab makan cara Nabi. Sedar tak sedar kita semua org ISLAM dan pinggirkan warisan Sunnah Nabi dan ikut warisan YAHUDI.

Ala... apa salahnya ikut warisan yahudi kalo utk kebaikkan. Uwek... mmg la tak salah banggang tp kalo dalam sunnah Nabi ada benda tu kenapa nak ikut cara Yahudi. Buang air misalnya, Nabi ajar mencangkung, kenapa nak ikut cara yahudi g kencing berdiri?

Dah2... melalut banyak sgt. Balik kepada boikot td, korang tau tak Dutch Lady Malaysia majoriti pekerjanya adalah org ISLAM. Kalo boikot korang berjaya, sapa yg akan rugi? Belanda atau org ISLAM sendiri? Nnt ada yg cerdik pandai ckp, saper suruh keje gn syarikat belanda walaupun hakikatnya Ducth Lady malaysia tu majoritinya dimiliki oleh Org Islam kita sendiri.

Harap korang faham sebenarnya tindakkan boikot hanya merugikan org ISLAM sendiri. Tindakkan memboikot bukan la penyelesaian. Bak kata en. akubetul di blognya kita org ISLAM harus amik langkah bijak dalam menangani masalah ini. Apa yang aku nampak dari sejarah Rasulullah, biasanya Baginda akan menghantar pasukan dakwah untuk berdakwah dan memperbetulkan tanggapan serong org kafir kat org ISLAM. Maksudnya disini kita sepatutnya mencari jalan untuk memperbetulkan tanggapan negatif org kafir kat org ISLAM. Aku suka cadangan en akubetul, dimana dia mencadangkan Ulama ISLAM buat satu filem pendek macam fitna tu untuk menjawap segala tohmahan filem fitna tu.

p/s: akukaya sampai skrg masih tak tgk filem fitna tu sbb tak berminat. akukaya pelik dengan org ISLAM yg ajak boikot tp korang tengok gak filem tu seolah2 korang menyokong plak filem tu. Siap bg link donlod lg. Kalo korang btul nak boikot, jgn la tgk citer tu. Bukankah citer tu menghina Rasullah dan ISLAM. Yang korang pergi tengok dan sebarkan citer tu pesal? Korang ni mmg takder perasaan syg kat ISLAM dan Rasullullah sbb tu sanggup tgk citer mcm tu kot. Maaf kalo kasar bahasa. Akukaya tgh marah tp bukan marah kat ahli parlimen belanda yg kapir tu sbb dia mmg dah kapir tp marah dgn org ISLAM yg masih tgk citer fitna tu walaupun tau citer tu menghina ISLAM.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

April 6th, 2008 | 2 Comments

Berita Best Hari Ini 07/02/2008

Sekadar berkongsi berita2 best hari ini.

Noraniza Idris Dah Kahwin - berita utusan hari ini menyiarkan bahawa Noraniza Idris telah berkahwin dengan seorang usahawan berusia lingkungan awal 50-an.

Noraniza Idris

akukaya - Erm... macam dah jadi perkara biasa, artis kahwin gn org kaya. jadi bini no dua kot. Lantak korang la. Asal jgn wat dosa sudah.

Klinik kerajaan dibuka sehingga 9.30 malam - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican memaklumkan bahawa 14 buah klinik terpilih milik KERAjaan akan akan dibuka sehingga 9.30 malam hanya pada hari berkerja. Menurutnya lagi, kalo langkah ini mendapat sambutan rakyat, semua klinik KERAjaan akan dilanjutkan waktu sampai pukul 5.30 pagi petang.

akukaya - bagus la kerajaan amik langkah macam ni. rakyat juga dapat faedah. tp benda2 baik macam ni cuma datang masa PRU makin dekat jek. Aku sentiasa berharap yang PRU tu tiap2 bulan. Jadi tiap2 bulan akan ada benda baik. tak gitu semua?

Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang berbangsa cina.

February 7th, 2008 | 3 Comments

Video Penuh Anugerah Juara Lagu 22

Maaf ambil masa. Panjang sangat videonya dan ada masalah bila nak upload. Keke... enjoy. 2 jam lebih tu. jangan mengular k.


Donlod link ada di http://akukaya.com/forum/viewforum.php?f=35. Sila daftar dahulu sblm donlod.

February 3rd, 2008 | 11 Comments

Gambar Separuh Bogel Aishwarya Rai

Cuba teka gambar separuh bogel Aishwarya Rai bawah ni betul ke atau super impose jek?

Aishwarya Rai Bogel

Jawapannya sila klik link bawah ni.
Read More ...

February 2nd, 2008 | 24 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats