Isteriku Tak Gila
Salam semua, 3-4 hari lepas penyakit isteriku timbul kembali. Semuanya bermula bila isteriku mengambil cuti dan minta izinku untuk pergi ke rumah emaknya atas alasan nenek dan pak langnya datang dari kampung. Berat hati aku nak benarkan tetapi kerana tidak mahu dikatakan kejam, aku izinkan juga.
Balik dari rumah maknya, isteriku mula buat peragai. Dia mula marah-marah kat aku kerana tidak bawa dia berubat di Perak semasa dia sakit meroyan dulu. Ya Allah, rupanya keluarga isteri aku menghasut dan masih menyalahkan aku kerana tidak ikut kehendak mereka bawa isteri aku berubat di Perak. Aku cakap pada isteriku, buat apa nak marah-marah kerana yang penting awak dah sembuh. Dah sembuh pun jadi kenapa nak pening-pening pikirkan hal itu. Malam tu aku bergaduh dengan isteriku kerana dia berkeras nak berubat di Perak.
Malas nak bergaduh lama, aku hantar isteri aku balik kerumah mak dia. Esok pagi isteriku ikut maknya balik kampung di Perak. Paklang, Nenek dan Mak isteriku bawa isteriku berubat di Perak. Ya.. terima kaseh kepada keluarga mertuaku kerana berubat isteri sampai sakit kembali.
Balik dari Perak, penyakit isteriku makin melarat. Sekarang ni isteri aku selalu cakap sorang2. Masa mula-mula balik dari Perak, dia tak habis-habis cakap nak mati. Siap bagi wasiat kat aku suruh kahwin lain bila dia mati nanti. Aku peluk isteri aku, bisik ditelinga dia, "Abang tak izinkan ana mati lagi. Jangan tinggalkan abang dan anak sendirian".
Alhamdulillah selepas hari dia tak cakap nak mati dah cuma sekarang isteriku jadi seperti manusia hyperaktif. Bercakap seorang tanpa henti kecuali wantu mandi, makan dan tido. Adakalanya dia berjoget. Terima kaseh aku ucapkan kepada famili isteriku kerana sakitkan isteriku kembali.
Anak aku, aku serahkan kembali pada ibu bapa aku kerana aku tak mampu nak jaga isteri dan anak serentak. Dengan keadaan isteriku yang meroyan memang aku tak mampu nak jaga anak aku sekali.
Sepanjang isteri aku sakit hari itu, famili mertuaku tidak banyak membantu baik dari segi kewangan mahupun sokongan. Aku masih ingat 2 orang makcik isteriku yang tengah mengandung tidak mahu melawat isteri aku yang sedang sakit. Alasan yang diberi, mereka tengah mengadung, takut penyakit isteriku berjangkit pada mereka. Ya ALLAH tergamak mereka cakap begitu pada darah daging mereka sendiri. Makcik aku yang sarat mengandung 9 bulan datang melawat isteriku. Seminggu lepas tu makcik aku tu selamat melahirkan bayi lelaki. Makcik aku yang takder kaitan darah dengan isteriku pun takder masalah nak datang jenguk isteri aku. Mungkin betul mereka takut berjangkit, tetapi apa salahnya jika mereka beri alasan lain. Janganla cakap direct macam tu, jaga la perasaan aku dan isteri aku yang sedang sakit. Bagi la alasan tak larat nak datang ke, tak sihat ke, minyak mahal ke, tol mahal ke, takder la aku keci hati.
Semalam isteri aku mengadu yang dia dengar jiran-jiran berborak pasal dia. Dia dengar jiran cakap yang isteriku gila. Walauwei... aku masih tak faham kenapa orang perempuan tak reti jaga perasaan sesama perempuan. Ye, memang isteri aku meroyan tapi tak perlu la cakap kuat2 yang isteri aku gila sampai isteri aku dengar segala perbualan mereka. Jaga la perasaan isteri aku. Ni sama je macam peragai makcik isteri aku. Cakap tak berlapik.
Aku walaupun marah kepada famili isteri aku, tapi tak pernah aku sound, maki mereka lagi. Sebab aku masih hormatkan mereka. ku bising2 pun kat blog aku, sekadar nak melepaskan perasaan yang terpendam. Sebab blog ini adalah diari hidup aku. Lagi pun tak saper pun kenal aku. hehe...
Aku kutuk mertua aku pun, makcik bini aku, jiran aku pun bukan pembaca sini kenal orang2 yang aku maksudnya. So no harm to them right? Berbeza dengan mereka, cakap tak berlapis terus kat aku. bagaimana mak mertua aku tuduh aku makan duit isteri sedangkan aku susah payah jaga isteri aku. Kalo aku kikis duit bini aku, baik aku buat joli g disko. Cari GRO ke buat lepaskan nafsu. Buat apa susah2 aku jaga isteri aku, kalo betul aku suami tak guna.
Bagaimana makcik isteri aku bagi alasan tak jaga hati aku dan isteri langsung. Bagaimana jiran sedap2 mulat cakap isteri aku gila sampai isteri aku dengar. Cuba la fikir hati dan perasaan aku dan isteri aku yang sedang menangung ujian ini. Cuba kalo mak mertua aku pula sakit jiwa? Saper nak jaga? Dah la suaminya (ayah mertua aku) ada 3 isteri.
Cuba makcik bini aku dan jiran aku yang tak jaga mulut tu pun jadi meroyan. Adakah suami mereka sangup jaga mereka. Andaikan kata suami mereka tinggalkan mereka karang. Jangan la sedap2 mulat wahai kaum perempuan mengata orang. Jaga la hati jiran dan saudara mara. Mungkin betul apa yang korang sebut tetapi bukankah menjaga hati manusia itu lebih afdal dari membuka aib manusia? Kalo nak kutuk gak, kutuk belakang2 la. Aku tak kisah pun orang kutuk aku cuma janganla bagi aku dengar kutukan korang tu. Sakit hati aku. dan kesian kat isteri aku.
InsyaALLAH bila korang baca artikel ini, kemungkinan besar aku dan isteri aku akan pergi Pahang. Berehat di rumah atuk dan nenek aku di Jengka. Mencari ketenangan yang mungkin kita takkan jumpa di Kuala Lumpur. Betul tak?


