
Semalam Proton telah melancarkan edisi terbaru bagi Proton Gen2. Apa yang mengembirakan aku, Proton Gen2 baru ini telah dilengkapi dengan enjin CamPro CPS bagi model High Line 1.6. Bagi model Medium Line pula dilengkapi dengan enjin CamPro IAFM, teknologi sama yang diguna pakai pada Proton Saga BLM sekarang.

Apa yang hebat mengenai enjin Campro CPS ini adalah keupayaannya menjana sehingga 125HP pada 6500RPM berbanding hanya 110HP bagi enjin CamTakPro, nama lain bagi enjin CamPro lama. :-). Bagi variasi Medium line pula rasanya tak yah cerita la kot. Sbb teknologi enjin yang sama digunapakai dengan Proton Saga BLM kecuali Proton Saga BLM 1.3.
Untuk model High Line yang menggunakan enjin CamPro CPS versi manual, korang hanya mengambil masa 10.6 saat untuk memecut dari 0-100Km/J. Kira ok la. Bagi versi auto, hanya 13.6 saat. So kepada lelaki tulen, dapatkan Proton Gen2 CPS versi manual ke. Pondan leh la pakai auto sebab tangan mereka lembut. Auw....

Bahagian dalaman pula nampak lebih kemas dengan kusyen kulit dan stearing yang bersalut kulit saper ntah bagi edisi High Line. Medium Line jangan harap nak dapat kulit. Korang dapat tulang je la... Gambar diatas adalah bagi edisi High Line. Jangan silap pula.
Apa yang mengembirakan aku lagi, Proton Gen2 CPS baru ini mempunyai dua airbag. Macam viva premium milik bini aku la plak. Tapi sayang Proton tak bagi dua airbang untuk Proton BLM M-Line. Bengong nyer Proton. bagi suami yang memandu dengan isteri disebelah, peluang korang untuk berbini baru amat tinggi jika menggunakan Proton Saga BLM. InsyaALLAH. Jadi belilah Proton Gen2 CPS baru jika sayangkan bini.

Untuk bahagian luaran pula, bagi versi Medium Line dan High Line, masing2 proton bagi rear spoiler. Tapi untuk rear dan front skirts hanya untuk model High Line. Kalo korang tengok lubang hidung Gen2 baru ni lagi besar dari Gen2 lama. Agak-agaknya mana lagi besar, lubang hidung Ahmad nifsu dalam cerita seniman bujang lapuk atau lubang hidung Gen2 baru ni?Nak hebat lg, versi High Line ada ABS dan EBD. Gempak wei...
Dah penat membebel, mari kita tengok plak harga Proton Gen2 baru ni.
Bagi Gen2 baru IAFM, RM 53,488 bagi manual(jantan) dan RM 56,488 bagi auto(pondan wei).
Gen2 baru CPS plak, RM 57,488 bagi manual(jantan) dan RM 60,488 bagi auto(pondan kaya).
p/s: fakta diatas mengenai Proton Gen2 Baru adalah benar walaupun aku dah merapu banyak. Harap jangan ada pihak terasa hati. Dan kredit bagi blog paultan untuk gambar2 diatas.
March 4th, 2008 |