Lagi Gambar Proton Saga Baru (BLM) January 13th, 2008
Lagi gambar proton saga baru @ proton BLM. Dan disini aku ingin tegaskan sekali lagi yang nama proton blm ni adalah proton saga berdasarkan gambar proton saga/BLM dibawah dan gambar proton saga/BLM sebelum ini.
Berkenaan dengan harga atas jalan bagi Proton Saga baru@BLM ini adalah seperti berikut:
- N-Line - RM 31 500 - hanya warna solid dan tranmisi manual sahaja.
- B-Line - Warna Solid dan Tranmisi Manual - RM 34 548
- B-Line - Warna Metallic dan Tranmisi Manual - RM 34 998
- B-Line - Warna Solid dan Tranmisi Auto - RM 37 548
- B-Line - Warna Metallic dan Tranmisi Auto - RM 37 998
- M-Line - Warna Solid dan Tranmisi Manual - RM 37 048
- M-Line - Warna Metallic dan Tranmisi Manual - RM 37 498
- M-Line - Warna Solid dan Tranmisi Auto - RM 39 548
- M-Line - Warna Metallic dan Transmisi Auto - RM 39 998
Downpayment adalah 10% dari harga diatas. Jadi anda semua boleh serbu dan tempah proton saga baru anda skrg. Yahoo...
akukaya: dah beli Proton Saga BLM? Jom kongsi pandangan dithread proton saga BLM disini.
Tempahan Model Baru Proton Dibuka January 1st, 2008
Bukan buka seluar atau buka pintu tapi proton telah membuka tempahan bagi model baru proton, kod nama BLM. Harga diantara 30 000 dan 35 000. Macam biasa la RM 30 000 tu basic model.
Korang boleh tempah di mana2 proton edar tapi kalo malas sangat tempah je online. Deposit RM 500 je. Pasal loan dan lain2 aku tak pasti lagi. Kalo aku rajin esok aku pergi proton edar kat putra perdana ni tanya. Doakan la aku rajin k.
Aku dah penah post gambar dan video proton baru BLM ni kat blog akukaya. Korang boleh tengok disini http://akukaya.com/blog/proton-blm-adalah-proton-saga/ dan disini http://akukaya.com/blog/proton-saga-2008-sedang-beraksi-blm/.
Bawah ni pula merupakan iklan penaik "nafsu" bakal para pembeli.
akukaya: dah beli Proton Saga BLM? Jom kongsi pandangan dithread proton saga BLM disini.
Proton Saga 2008 Sedang Beraksi (BLM) December 30th, 2007
Pandai2 aku je bagi nama saga kat keta baru proton BLM ni. Hehe... apa2 pun enjoy video yg aku jumpa kat youtube ni.
Video BLM pertama
Video BLM kedua
Video BLM ketiga
kalo ada video2 atas ni tak betul bagitau la aku. Aku bukan keje gn proton k.
akukaya: dah beli Proton Saga BLM? Jom kongsi pandangan dithread proton saga BLM disini.
Proton BLM adalah Proton Saga November 23rd, 2007
Rasanya ramai dah tahu yang Proton dah abis design penganti kereta proton saga dan iswara. Kod bagi kereta baru tersebut adalah BLM, singkatan kepada Basic Line Model. Ye ke? atau Budget Line Model?
Apa2 pun aku yakin, insyaALLAH yang model Proton BLM ni akan diberi nama Proton Saga. Kenapa aku cakap macam tu? Korang lihat sendiri gambar dibawah.
Angaran harga adalah antara RM 28K - RM 35K. Mungkin RM 28K adalah untuk base line dan RM 35K bagi high line. Aku agak je k. Lagi pun masa TV3 temuramah CEO baru Proton, beliau ada cakap yang beliau mahu model ni bawah RM 30K.
akukaya: dah beli Proton Saga BLM? Jom kongsi pandangan dithread proton saga BLM disini.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.
