Harley-Davidson - Hanya Untuk Jantan Sejati
AMARAN!!! Entri kali ini hanya untuk lelaki sejati. Pondan mahupun sotong dilarang sama sekali membaca pos ini. Buat semak je.
Harley-Davidson merupakan nama lagenda dalam dunia permotoran. Dengan tradisi yang masih dikekalkan sehingga kini, hanya mereka yang memahami Harley-Davidson saja akan terliur untuk memiliki motorsikal keluaran Harley-Davidson.
Motorsikal keluaran Harley-Davidson bukan lah superbikes jadi janganlah harap untuk meleper dengan motor ni. Lahir dalam keluarga cruisers, motorsikal Harley-Davidson sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kepuasan menunggang motosikal bukan untuk mereka yang inginkan kelajuan.
Walaupun ramai peminat motorsikal jenis cruisers telah beralih arah kepada motorsikal cruisers keluaran syarikat2 Jepun kerana teknologi terkini tetapi Harley-Davidson masih memiliki peminatnya tersendiri antaranya aku. Ini lah motor idaman aku dulu kini dan selamanya, hehehe.... walaupun ramai lelaki diluar mengidamkan motor2 superbikes, aku tetap dengan pilihan aku, cruisers bike. Antara sebab tu la aku memilih untuk membeli motorsikal Jaguh. Itu merupakan step pertama sebelum memiliki Harley-Davidson. Hehehe...kalo ada rezeki ada la. Harga sendiri mau ingat la, mau cecah 100K beb. Aku bleh nikah 4 dengan duit sebanyak tu beb.
Satu yang buat aku termimpi-mimpi pasal dengan motor easybikes ni adalah deruman enjin v-twin yang ganaz...
Dyna Low Rider adalah motorsikal terendah dalam keluarga Harley-Davidson. Pergh... memang jantan la motorsikal ni. Betul2 merangut hati aku. Kalo dapat kat aku, mau seminggu tak keluar rumah dok menantap Dyna Low Rider ni je. Motor ni memang seswai untuk aku yang pendek. Hehe...
Harley V-Rod ni tak silap aku enjin dibuat oleh porsche. V-Twin dengan kuasa kuda 120++. Ni motor Harley-Davidson pertama yang tak ikut standed Harley-Davidson. Ramai gak peminat setia Harley-Davidson kecewa bila Harley-Davidson buat pembaharuan dengan membuang indentiti tradisional Harley-Davidson. Tapi skrg dah ok, rata2 peminat Harley-Davidson dah boleh terima perubahan yg Harley-Davidson buat pada motor ni.
Harley Night Rod ni plak macam kembar V-rod td cuma enjin power skit. 125++hp tak silap aku. Enjin V-Twin gak mcm V-Rod. Cuma wajah dia tu mcm bad boy lak. Nampak macam jantan nakal gitu. Memang mantap habis la Harley Night Rod ni. Harga aku bajet cecah 100K lebih. Aku cuma mampu berangan je nak pakai motor ni.
Harley Night Rod Special mcm motor kat atas gak. Lebih kurang je cuma macam tambah kosmestik je. Lagi satu motor ni limited edition sempena beday Harley-Davidson yg ke 105. Aduh... nape la aku tak kaya skrg. Kalo tak leh beli motor ni. Kalo dpt motor ni, aku sanggup jilat body motor ni untuk menunjukan betapa syg aku kat motor ni. hehe...
Banyak lg model Harley-Davidson tapi tak larat aku nak post semua.










