Bersumpahlah Anwar

SAYA tertarik hati dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sebuah akhbar baru-baru ini menyeru individu terlibat menuduh dan menyebarkan fitnah mengaibkan seseorang bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Beliau mengulas kecelaruan politik semasa tanah air berikutan tuduhan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu khasnya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Pemimpin Pas itu tentu lebih arif bahawa dalam Islam tidak ada pilih kasih walaupun sesuatu itu berlaku ke atas sahabat karib kita. Hukum Islam tidak memilih bulu. Apa yang hendak beliau pertahankan terhadap Anwar? Anwar belum pun dibicarakan. Jangan buat kesimpulan.

Bagaimana pula pendirian Abdul Hadi terhadap beberapa tuduhan Anwar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Kalau tuduhan terhadap Anwar mahukan empat saksi. Bagaimana tuduhan kepada Najib?

Kalau Abdul Hadi benar-benar berjuang untuk Islam, beliau sepatutnya menasihatkan Anwar supaya tidak membuat tuduhan terhadap Najib jika tidak berasas dan tanpa bukti. Tetapi kerana yang diserang itu Najib (dianggap musuh politik) maka hukum Islam diketepikan. Dalam Islam ini dipanggil subahat. Apa hukum subahat?

Hukum Islam tidak mengira sesiapa. Selama ini pemimpin pembangkang paling banyak menabur fitnah terhadap Najib dan amat mengaibkan. Mengapa Hadi tidak menegurnya? Kalau betullah hendak ikut ajaran Islam sebenar seperti yang mereka sering laungkan, 'menyebar fitnah lebih berbahaya daripada membunuh'.

Saya tidak tahu apakah Islam membenarkan kita menabur fitnah kepada seteru kita atau orang Islam yang tidak kita sukai? Pada saya yang bodoh ini, fitnah tetap fitnah.

Lebih menarik apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga anak Anwar berkata, tuduhan liwat terhadap bapanya sebagai jahat dan zalim. Tetapi pernahkah Izzah bertanya, apa perasaan anak dan keluarga Najib apabila bapanya (Anwar) tidak habis-habis menuduh Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Jangan fikir perasaan sendiri sahaja. Perasaan orang lain patut difikir sama. Izzah patut menasihatkan bapanya jangan keterlaluan. Kita sesama Melayu dan Islam sepatutnya berasa malu. Kalau hendak berpolitik biarlah bersopan dan tidak angkuh seolah-olah kita sahaja yang betul.

Keadilan mesti ditegakkan bukan setakat pada kes Anwar sahaja. Anwar tidak perlu mengheret rakyat kerana ini kes peribadi dengan pembantu khasnya. Tidak perlu menggelabah.

Untuk memastikan kebenaran dan keadilan, selain di mahkamah, saya amat setuju jika upacara sumpah menurut Islam diadakan. Abdul Hadi patut menasihatkan Anwar bersumpah dengan disaksikan oleh para ulama. Kalau ketelusan yang diperjuangkan oleh pembangkang maka inilah ketelusan paling hakiki.

Kalau tidak salah, apa hendak takut dan mengelak daripada bersumpah.

M. HANAFIAH A. SAMAD

Kuala Lumpur

akukaya: aku copy dan paste dari forum utusan melayu. aku sgt2 bersetuju dengan penulis. aku aktif dalam forum yang condong ke arah pembangkang dan rajin membaca blog2 anti kerajaan sebab aku pun tak setuju banyak hal dengan kerajaan BN tp aku sedih bila Najib dituduh ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya, pihak pembangkang laju je mahukan Najib dihukum. Bila anwar pula dituduh meliwat, pembangkang mahukan 4 saksi dikemukakan, malah ada mahukan suruhanjaya diRaja yang telus untuk siasatan Anwar. Aku tak pasti sama ada ALLAH ada melantik Anwar menjadi Nabi sebab aku tengok ramai yang taksub dan anggap Anwar tu maksum. Anwar mahupun Najib kedua2nya adalah manusia biasa dan mereka tidak maksum. Dan jangan la korang mempergunakan hukum  ALLAH untuk membela orang yg korang sokong dan menjahanamkan seseorang yang korang tak suka.

Akukaya tidak menyokong kedua2 pihak kerana aku berpendapat mereka berdua tidak bersalah selagi mahkamah tidak mensabitkan kesalah pada mereka. Andaikan kata mereka berdua bersalah tapi mahkamah dunia melepaskan mereka mungkin krn kurang bukti atau salah guna kuasa, maka akukaya tidak perduli kerana di Akhirat nnt akan ada Mahkamah Akhirat yang mana ALLAH yang akan jadi Hakim. Biar ALLAH sahaja membalas dosa2 mereka.

Apa yang aku nampak sejak Pak Lah menjadi PM, fitnah menjadi2 dimuka bumi Malaysia ni. Ya ALLAH rahmatilah bumi Malaysia dan rakyatnya. AMIN.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

July 8th, 2008 | 7 Comments

Kampung Babi Melayu di Selangor

bab

aku nak membebel ari ni lak. Sebenarnya malas nak tulis mengutuk Pakatan Rakyat sebab aku sokong mereka tp kali ni aku nak kutuk gak. Awat buduh tak buduh MB Selangor skrg kerana menyalahkan bekas KERAjaan Selangor krn kononnya meluluskan projek BABI RM 100 juta tu.

Aku kata buduh sbb skrg pakatan rakyat dah pegang Selangor so kalo betul KERAjaan sblm ni dah luluskan projek BABI tu, hangpa batalkan je la projek tu. bukan susah pun. Kuasa kat tgn korang. Yg adun PAS pun bleh p sokong plak. Dulu dah la sedap2 kutuk kampung babi melayu kat melaka, la ni hangpa plak sokong tubuhkan kampung babi melayu kat selangor. Aku ckp kampung babi melaka dan kampung babi selangor sebab babi tu dok ternak kat kawasan melayu. Alahai... melayu dah layu.

Aku tau, pakatan rakyat akan ckp kononnya susah la nak hapuskan projek tu atas alasan undang2 la kononya. Tp kalo mcm ni wahai PAS, mcm mana la korang nak laksanakan hudud nnt kalo menang seluruh Malaysia. PAS ckp kalo mrk menang PRU, mrk leh gubal perlembangaan utk laksanakan hudud tp skrg ni hal babi pun korang tak leh setelkan.

Benda ni senang je nak setel. Batalkan jek projek mega babi kat Selangor. bukan susah pun. Kuasa ditangan pakatan rakyat bukan kat tgn BN. Jgn jd bodoh piang dgn tunding jari kat org lain. Dan wahai penyokong2 pakatan rakyat, jgn la taksub sgt smpi parti korang buat benda tak betul pun korang sokong. korang dulu bukan main sedap kutuk melaka masa isu babi dulu la ni korang setuju plak bila parti korang nak bukak kandang babi. Aku pun sokong PAS gak tp bukan sokong buta kayu bodoh mcm tu. Kalo mcm tu la tahap sokongan korang, takder beza la mcm ahli taksub umno.

Ada plak yg menyokong siap bg alasan kita tak leh menyekat makanan org cina sebab malaysia negara berbilang kaum. Alasan paling sial penah aku dgr. Singapura yg majoritinya kaum cina pun dah lama haramkan penternakan babi. Takder plak mereka mati kebulur sbb mrk pandai import babi dr luar. Apa salahnya Malaysia pun buat mcm tu. Haramkan je penternakan babi kat Malaysia mcm Singapura tu. Pastu kalo org cina nak mkn babi, import je dr luar. Bukan susah pun. Kerajaan pun tak perlu kenakan cukai terhadap babi yg diimport. So sama2 menang. Malaysia bebas dr najis babi dan org cina pun still leh mkn babi. Import lg tau... baik punya(ala2 Dafi AF)

Itula Nabi dah ckp jgn terlalu taksub pada kaum/parti. benda tak btul kena tegur. teresa, adun kinrara mcm sial gak. dah la tu PRU ari tu mengundi dia kat sri petaling. arh... silap2. nyesal aku gundi dia. lepas ni mmg tak aku takkn mengundi DAP dah. baik aku mgundi MCA.

Kepada penyokong taksub BA, sblm komdem aku korang pikir blk, kalo kerajaan BN yg buat projek ni korang akan kutuk ke atau sokong? mesti korang akan kutuk kan. Aku kutuk BA bukan maksud benci sbb kalo benci takdernyer aku pangkah DAP ari tu. Benda yg tak betul patut kita tegur.

akukaya: owh... melayu layu di tasek layu. biarkan la luncai terjun dgn labunya. biarkan.... aku merepak lg.

p/s: kpd MB baru Selangor, kalo tak reti nak sign dokumen batalkan projek babi tu, bak sini dokumen tu. en. akukaya pun bleh signkan surat pembatalan projek babi. haha...

April 14th, 2008 | 14 Comments

Perhubungan UMNO negeri mahu pemilihan ditangguhkan

Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mahu pemilihan parti ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sumber: Utusan Meloya

Sial lu perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri. Pandai2 je setuju tangguhkan tanpa minta pandangan ahli bawahan. Nampak sangat Pak Lah terdesak untuk berkuasa. Sanggup menganjingkan perwakilan supaya bersetuju menanguhkan pemilihan UMNO.

Ntah2 pewakilan ni semua kena ugut kot. kalo tak setuju akan dipecat dan diganti dengan mereka yang setuju. Alahai... udah2 LAH Pak Lah. Undur la secara anak jantan. Ramai ahli bawahan yang dah bengang dgn pimpinan Pak Lah memimpin UMNO.

March 26th, 2008 | 1 Comment

YB (Yang Bodoh) Zakaria Mat Deros

Zakaria Mat Deros 01YB Zakaria Mat Deros atau lebih dikenali sebagai YB (Yang Bodoh) ZAKARia Mat Boros dikalangan parti pembangkang terkenal dengan peragai menunjuk dan pemboros harta rakyat. Lihat sahaja gambar mahligai beliau dibawah.

Menurut cerita, Zakaria ni melanggar undang2 PBT dengan mendirikan mahligai dia diatas tanah tu.

Dan menurut cerita lagi, bilik beliau dalam mahligai tu lagi besar dari  rumah kos rendah PPRT. Betul ke?

Jom tengok gambar mahligai beliau.

Zakaria Mat Deros 02  Zakaria Mat Deros 03 Zakaria Mat Deros 04 Zakaria Mat Deros 05

p/s: piraah  Zakaria, jamban aku lagi besar la dari mahligai ko tu. Hargh... pui.... (bayangkan kahak warna hijau kuar dr mulut aku)

February 27th, 2008 | 9 Comments

YB (Yang Bodoh) Datuk Dr Rahman Ismail & Datin Paduka Nor Hayati Onn

Ahli Parlimen Gombak Datuk Dr Rahman ni suami orang dan Senator Datin Paduka Norhayati Onn pun isteri orang. Adei... ingat la korang ni masih suami/isteri orang bukannya suami/isteri beruang. Haha...buduh.

Dikatakan mereka berkhalawat. Tapi mereka menafikan. Lantak korang la nak nafi ke tidak. Aku nak post gak gambar tu. Ini siri kedua kisah YB2 kita. Gambar dibawah.

Dr Rahman Ismail & Datin Paduka Nor Hayati Onn

p/s: cerita lanjut leh baca sini http://www.umno-reform.com/urnews1/mp_senator_khalwat.htm

February 23rd, 2008 | 5 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats