seks2u 728x90_01

Budin Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

November 11th, 2008 | 2 Comments

Ketam Melayu, Ketam Cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik.

Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Sumber: Dari forum. Penulis asal tidak dapat ketahui.

November 10th, 2008 | 1 Comment

Burung Pipit

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya.
Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?" Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.

Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"

Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

October 29th, 2008 | Leave a Comment

Lelaki Tergemuk Berkahwin Dengan Janda

Lelaki tergemuk didunia berdasarkan rekod Guinness Book of Records 2007 telah selamat berkahwin dengan janda kawan baiknya.

Nama lelaki tergemuk tersebut adalah Mexican Manuel Uribe. Berasal dari mexico mempunyai berat badan 590kg semasa memegang rekod lelaki tergemuk didunia. Tetapi pada tahun ini, dengan berkat usaha diringi pula dengan doa, beliau berjaya mengurangkan berat badan sehingga 230kg. Ala... tetap gemuk jugak. hehe....

Lupa plak, beliau dibawa bersama dengan katil yang beliau tak penah tinggalkan ke majlis perkahwinan beliau. Maklumlah terlalu besar sgt dan beliau tak mampu berjalan. Tapi kuasa ALLAH, dah jodoh dapat juga berkahwin.

Moral disini adalah, tak kisah bagaimana rupa anda, gemuk ke, kurus ke, huduh ke, gelap ke, berjerawat ke, jika ALLAH takdirkan anda berkahwin, maka anda akan berkahwin. Jodoh ditanggan ALLAH. Jadi sementara tu, enjoy gambar2 perkahwinan lelaki tergemuk didunia.

October 28th, 2008 | Leave a Comment

Keli Gergasi Mati Tercekik Bola Sepak

BERLIN 2 Jun - Seekor ikan keli gergasi mati setelah cuba menelan sebiji bola sepak di kunci air sebuah terusan di Bavaria.

Hehe... takkan kecewa kot wahai ikan kelin Jerman? Ajal semua makhluk-NYA ditangan-Nya. Bawah ni gambar ikan keli gergasi tercekik bola sepak tu.

Keli gergasi mati tercekik bola sepak

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

July 3rd, 2008 | 3 Comments

| Blue Weed by Blog Oh! Blog | visitor stats