Awek Bergaduh Dengan Boyfriend Melalui Handphone DiLRT September 13th, 2008
Best gak tgk video perempuan maki hamun pakwe dia melalui handphone kat LRT. Nasib baik laki tu takder dalam LRT tu, kalo tak malu siot. Alhamdulillah bini aku tak penah maki hamun aku mcm ni lagi.
Iklan Petronas Merdeka 2008 - ManGyver (uncut) September 9th, 2008
Sebenarnya dah lama aku nak post benda ni. Tapi asyik tertangguh je. Mungkin korang dah tengok tp ada juga yang belum tengok. Jadi layan je k.
Otak Lucah Lelaki July 10th, 2008
Kalo orang perempuan nak tahu macam mana keadaan dalam otak lelaki, tengokla gambar bawah ni. Haha...

p/s: maaf yek kepada pembaca wanita.
Keli Gergasi Mati Tercekik Bola Sepak July 3rd, 2008
BERLIN 2 Jun - Seekor ikan keli gergasi mati setelah cuba menelan sebiji bola sepak di kunci air sebuah terusan di Bavaria.
Hehe... takkan kecewa kot wahai ikan kelin Jerman? Ajal semua makhluk-NYA ditangan-Nya. Bawah ni gambar ikan keli gergasi tercekik bola sepak tu.
Cinta Tiga Segi April 16th, 2008
Cinta tiga segi, itulah tajuk lagu ini kononya la. Lagu itu kononnya dinyanyikan oleh banduan yang dihukum mati atas kesalahan membunuh. Mengikut khabar angin sepoi2 bahasa, banduan tu bernama Hazwan Wafiy Abu Hassan tetapi rakan2 arwah telah menafikan yang arwah meninggal kerana hukuman mati tetapi sebaliknya arwah meninggal kerana sakit jantung. So kesimpulannya bukan Hazwan Wafiy Abu Hassan yang mencipta lagu ini dan menyanyikannya.
Kisahnya begini,
Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan awek dia terpaksa akur dengan kehendak awek dia yang memutuskan hubungan mereka hanya kerana nak kembali pada balak lama dia. Hampehnyer awek.
Atas hasutan syaitan yang direjam, lelaki tersebut telah mengambil jalan singkat dengan membunuh balak lama awek dia dan juga awek dia. Padan muka beb.
Past, lelaki tersebut telah menyerah diri pada polis dan dijatuhkan hukuman mati. Sebelum digantung, beliau meminta untuk merakamkan nyanyian beliau dan meminta rakan2nya menyebarkannya.
Itu la serba sedikit khabar angin yang tersebar luas di internet. Cerita tak dapat dipastikan. tapi moralnya cinta tiga segi itu perit.
Tapi untuk pengetahuan korang, ada plak mamat mengaku bahawa lagu itu adalah ciptaan beliau. Nama mamat tu adalah Ayie.
Menurut beliau, lagu ini dicipta semasa beliau berumur 13 tahun. Dan tajuk lagu ini adalah perangkap cinta. Ntah la. aku pun tak tau mana satu cerita betul. Pandai2 la korang pikir sendiri.
akukaya: Apa2 pun lagu ni mmg best sbb ada unsur2 rock 80-an. Aku tak peduli lagu org mati ke org hidup, janji layanz. dan lagi satu, elakkan cinta tiga segi.
Walauwei....
Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.
Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.


