Untuk gambar bercumbu, sila scroll down sampai bawah. 

PENINGLAH Joyah nak cerita pasal deejay yang seorang ini. Tak habis-habis dengan perangainya yang tidak berapa elok itu. Yang terbaru, Joyah dengar deejay ini buat aksi-aksi tak senonoh dalam kereta. Bercumbu-cumbuanlah kiranya. Dia ingat orang tak nampak.

Dia tak tahu di tempat kerjanya itu pun ada kaki skodeng. Kalau tak skodeng pun, lalu di sekitar kawasan tempat letak kereta itu pun boleh nampak.

Joyah bukanlah nak menyibuk hal dia, jauh sekali mengambil pusing. Tapi pada Joyah, buat apalah nak buat benda-benda begitu di tempat terbuka?

Sebabnya, sudahlah dia insan yang dikenali ramai. Pasangan yang dicumbunya juga orang terkenal.

Al-kisahnya, deejay ini menemu ramah seorang artis. Khabarnya anggota sebuah kumpulan muzik tersohor juga ketika ini.

Lepas habis sesi interviu di konti radio, giliran si artis interviu si deejay pula di dalam kereta. Selesai rancangan kelolaannya mereka berdua bergeraklah ke kereta.

Semasa di dalam kereta, kedua-dua mereka mengambil kesempatan untuk bercium-ciuman. Nak dijadikan cerita, pada waktu tengah asyik itu, ada seorang petugas stesen radio itu ternampak. Dia ingatkan hantu raya ada dalam kereta tu rupa-rupanya deejay dan artis tersebut.

“Petugas stesen itu pun terkejut. Tapi dia sempat intai mereka berdua sampai habis. Dia tak sangka betapa tak senonohnya mereka,” kata sumber Joyah. Nasihat Joyah kepada kedua mereka jagalah sikit perangai tu.

deejay bercumbu

akukaya -  anak saper la tu? saper tau? komen2. ada gambar lagi best. Leh post kat forum. Yang tukang skodeng pun tak tangkap gambar.Bukan true kaki skodeng la mcm tu. Haha...

Kredit cerita to UTUSAN MALAYSIA.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

8 Responses to “Deejay Bercumbu Dalam Kereta?”

  1. SYAILA On

    nape asyik citer yg sama je dlm aku kaya ni?? xde citer terbaru ke? kata kaya …cam miskin je nengok isi kandungannya….

  2. SYAILA On

    sape yg cium tu? dj radio mane? dj tu laki ke pompuan? nama dj tu pe?

  3. makhluk tuhan On

    hmmm..macm2 xmalu ke, cakp dal redio tu bukan men suh org buat bek tp sendiri wat taik!!!

  4. catzer On

    puas aku fikir deejay mana plak buat hal ni, tka masuk melodi pun..hehehe

  5. cha On

    fulamakkk…ngatkan kak joyah citer betui2 td,,,tetipu den…

  6. admin On

    sudikah kak joyah tu menulis disini. Kalo dia sudi sila2 la kontek aku.

  7. If you got a chance to be Superhero | afham On

    [...] Adar - Terima adar kerana perkhidmatan blogmas [...]

     
  8. affuan On

    terkejut aku. ingat akak joyah tu jadik penulis sambilan kat sini. haha.

Leave a Reply