Hadiah Buat Isteri November 14th, 2008

Hari ini aku nekad. Apa nak jadi, jadi lah.

Aku mandi, pakai baju kemas dan berwangian. Start motor jantan ku dan bergerak menuju ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).

Lepas berbincang serius dengan pegawai agama disana dan ambil borang, aku bergerak menuju Wah Chan. Ala... perempuan kompom tahu Wah Chan tu kedai jual apa. Haha...

Setelah memilih barangan kemas yang hendak dibeli, aku terus membayar tanpa banyak bicara. Aku pun bertolak balik kerumah selepas itu. Sementara menunggu isteri balik kerumah, aku layan sekejap lagu Madu Tiga nyanyian P. Ramlee.

"Mesti pandai pembohong, Mesti pandai temberang" antara senikata lirik lagu madu tiga. Betul ke untuk poligami seorang lelaki mesti pandai menipu?

Assalammualaikum....

Wa'alaikummussalam, jawapku.

Suami: Lambat balik syg?

Isteri: Jalan jem abg.

Suami: Abg ada hadiah untuk awk. Teka apa dia.

Isteri: Ala abg ni. Membazir je beli hadiah untuk sy. Baik abg simpan untuk anak.

Suami: Syg, bukan selalu abg beli hadiah untuk awk. Apa salahnya. Nah... Ni hadiahnya.

Isteri: Wah... canteknya. Banyak duit abg?

Suami: Ada la sikit2. Abg ada benda lain nak minta kat awk.

Isteri: Apa dia abg.? Untuk abg, sy sanggup buat apa saja.

Suami: Betul apa saja? Ni borang pemohonan poligami, abg nak awk sokong permohonan abg. Dengan sokongan syg, mudah sikit untuk pemohona n diluluskan.

Isteri: .........................

NOKTAH

Ok, tujuan aku tulis cerita mengarut ni sebenarnya nak minta korang para pembaca wanita untuk undi poll aku dibawah. Poll yang sama aku letak juga di sebelah kanan blog akukaya.

Kepada pembaca lelaki, jangan vote. Karang anu korang hilang baru tahu. Kepada pembaca yang membaca melalui email dan tak nampak poll ini. Sila klik sini. Pastu lepas vote, sila la komen k.

Sebagai perempuan, sanggup anda bermadu? Sila baca entri ini dahulu sebelum undi.

  • Tak Sudi (77%, 419 Votes)
  • Sudi (34%, 185 Votes)
  • Tak Pasti. Bergantung pada keadaan. (28%, 154 Votes)

Total Voters: 545

Loading ... Loading ...

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

27 Responses to “Hadiah Buat Isteri”

  1. lancelot On

    pd aku x yah lh kawin lg…cian kt bini…diorang dh bersama dari mula2 sussh hinnga senang. Bg gadis yg ko nk pinang tu aku nasihatkan gi lah jauh2…..jgn dekat ngan suami orang….bnyk lg orang bujang ko leh takel buat suami.

  2. jentayuu On

    salamzz…
    kalau suami minta dgn cara baik di sertakan dgn sebab yg munasabah ditambah lagi dgn isteri yg mendahulukan agama dari segalanya, memang dah cantik jalan ceritanye…yg penting ada keadilan dan kemampuan…dahulukan agama dr segalanya…

  3. A.K.U On

    Ada pro dan kontra lah mcm biasa.
    Tak sensitif kalau lelaki tu ada harta juta2 tapi kalau habuk je,nak buat apa.

  4. cput On

    akukaya: Money not everything but everything needs money. –> u just said it..zmn skang neh tak sama ngan zmn dulu..dulu lelkai rajin nak cari makan utk anak bini. skang neh, lantak pi ah..tak percaya? selak le sndiri

    akukaya: yup betul ckp june. tp kena ingat, ajaran dan hukum ISLAM relevan sepanjang masa. Poligami hak suami dan terpulang pada suami@laki nak kawen berapa, maksimum 4. adil atau tak, itu antara dia dgn ALLAH. Mati nnt jawap la laki tu dgn ALLAH.

    asal korang layan aku mcm laki yg telah berpoligami yek? aku baru satu isteri la. aku tulis ni pun sbb nak dgr pandangan korang pembaca wanita. so jgn la marah gn hentam aku. saya tak berdosa woo… haha…

  5. Roy On

    Nk poligami? ish3..nape laki xpernah puas? hehe..tapi mcm mane lak kalo situasi ni “si isteri yang buat pasal ade laki lain kat luar then xterlayan suami sdiri, dan si suami tersiksa batinnya…si suami xsanggup ceraikan isterinya and at the same time, suami xtau isteri ade laki lain sbb kalo dia tau da mmg kene cerai da” jawab..jawab..

    akukaya: hehe… aku kenal ko. mcm ni bro. dlm cerita diatas, ada sebut ke laki tu main kayu tiga atau curang? takder kan? andai laki diatas kawen pun, setelah diizin isteri pertama dan perkahwinan kedua tu adalah sah disisi syarak.

    berbalik pada soalan bro, isteri yg curang berdosa besar. tp dlm cerita diatas, si suami minta cara elok untuk berkahwin. bukannya simpan perempuan atau curang mcm yg bor fikirkan.

    tak kira sape, laki atau perempuan, jika curang dan berzina, berdosa hukumnya. tetapi lelaki yg berpoligami secara baik, dengan niat yang baik, maka insyaALLAH pahala menantinya. Adil atau tak itu belakanh cerita. asalkan masa awal2 dia kahwin lagi satu dengan niat baik, insyaALLAH pahala ada.

    insyaALLAH nnt aku tulis panjang lebar. skrg ni busy la mencari calon. haha… gurau je.

  6. hatsumi On

    lol, abeh plak dipersoalkan pasal nabi. kalo nak compare niat nabi dan lelaki2 sekarang, langsung tak tercompare.
    manusia selalu hargai benda bila dorang tak dapat benda tu.
    instead of nak kawen lain dengan alasan yg tak seberapa kukuh, banyak lg benda lain bole dipikirkn.
    sori, ter’emo’ sebab da tengok situasi ni berlaku. agak tak patut…

  7. hatsumi On

    tak paham… kenapa laki tak penah puas eh? even da dpt isteri sket punya baik, masih nak usha pmpuan lain?. tah pape tah.. -naudzubillah~

    akukaya: tu la. sy pun tak faham. Nabi dah ada isteri sebaik Aisyah tp nape masih berkahwin sampai 11 org? huhu… cantek nama hatsumi. mcm dlm anime.

  8. kopi susu On

    pasal poligami ni rasanya bukan soal kedua or pertama, tp who’s d best among all.Sb tu lah main tarik2 rambut tu.Yg ptg letak agama kt depan, klu tak buat apa nak tambah, makin tambah dosa la lg.tp dari suami tidur dgn perempuan yg tah ker apa2, kita sndri turut tambah dosa, at least kita dpt payung emas,insyallah

    akukaya: betui2… kalo suami simpan perempuan simpanan dan berzina krn kita halang depa kahwin, karang dengan kita2 sekali masuk neraka. better bg je suami kahwin. adil ke tak tu urusan dia dgn ALLAH. yg penting, kita sbg isteri jalankan tanggungjawap sbg isteri. nnt suami masuk neraka, isteri masuk syurga, bye2 je la kat suami tu. haha…

  9. Bunga On

    akukaya memang betul-betul serius nak berpoligami nampaknya..kesian isteri akukaya..

    akukaya: ish2… tak baik ckp mcm tu cik bunga. cuba ckp lagu ni “akukaya memang betul-betul serius nak berpoligami nampaknya..bertuah isteri akukaya. besar pahalanya nnt.” hehe…

  10. mrs ahib0205 On

    yup.. no prob. asal isteri pertama n anak2 redha btul2. tp, jgn plak jd cam “tiada beban, batu digalas”

    nak cari pahala jaga isteri baru, terabai plak isteri pertama n anak2. ape maknanyer tu??

    xde apa yg leh dbanggakan kalo camtu.. zaman rasulullah SAW, umat Islam poligami sbb nak membela nasib balu2 bila suami syahid dalam perang..

    zaman sekarang, suami poligami, wanita2 plak yg berperang.. :)

    wallahu’alam.. kalo salah, tolong tunjukkan yg benar.. pengalaman sy mmg sgt kurang, tp, insyaALLAH, keadaan sekeliling byk mengajar kita erti kehidupan.. semoga ALLAH menunjukkan jalan utk kt semua.. insyaALLAH.. xrugi kalo doakan kebaikan utk org lain.. :)

    akukaya: Bakal Puan Ahib, hehe… tak lama lg makan nasik minyak la aku. insyaALLA nnt saya tulis lg artikel pasal poligami k. Yg diatas tu mukadimah je. Bukan niat sy nak poligami, cuma sekadar nak memulihkan salah anggap wanita terhadap konsep poligami tu sendiri. Ingat, poligami tak salah tp suami/lelaki yg berpoligami tu yg salah.

  11. mrs ahib0205 On

    salam.

    saya baru 1st time komen kat sini. tergerak hati nak komen sebab mr ahib0205 cerita kat saya pasal ni :)

    zaman rasulullah, tujuan berpoligami adalah untuk menyelamatkan wanita yang akan dikahwini itu.

    tapi zaman sekarang ni banyak menganiya wanita. Contoh kalau isteri kurang sihat, jaga la sampai betul-betul sihat macam ahib jaga saya :)

    kalau memang tak boleh sihat pun. sekurang-kurangnya janganlah tambah beban dia.

    wanita ni sensetif tau. hanya wanita yang memahami perasaan wanita.

    mungkin anda rasa perasaan anda sebagai lelaki akan terseksa. tp, bersabarlah.. sesungguhnya ALLAH akan bersama-sama dgn org2 yg bersabar. ini bukan janji sy. tp janji ALLAH dlm kitab suci Al-Quran. :)

    akukaya: mcm mana kalo cerita diatas, si suami berkahwin kerana nak selamatkan wanita tu? contoh, wanita tu ada penyakit kronik, dan lelaki tu berniat nak jaga wanita tu, jd utk jaga wanita tu, caranya dengan berkahwin wanita tu. Apa pendapat cik ahib? hehe…

  12. cput On

    i dun mind..
    nak tmbh cwgan?
    ok jer
    tapi syarta2:
    1- min duit bunjer dapur 2k sebulan
    2- min duit bunjer diri n anak2 - 5k
    3- duit utilities, kete, umah- takleh tertunggak
    4- duit holiday aku n anak2 mesti ada
    5- adil ikut turn
    6- jgn lebihkan dia, aku lebih takpe
    7- akan ditambah lagi ikut pasaran semasa

    akukaya: diceritakan nabi pernah berpuasa kerana tiada apa2 untuk dimakan pada hari tersebut. Tapi Nabi berjaya juga memenuhi tanggungjawap Baginda sebagai suami kepada 11 isteri. Money not everything but everything needs money. btul ke BI aku?

  13. faz On

    Errr tuan punya blog..apakejadahnya akunye avatar nih? x comel langsung! tukar tukar…cam lucah je avatarni..hu

    akukaya: avatar tu bukan kerja saya. tu automatik dr gravatar.com. jgn marah saya. marah la gravatar.com. hehe…

  14. faz On

    Kdg sedih bila tgk org dimadukan..yg lakinya bangga betul..huh ingt hebat sgt la tu klw blh tambah 2 3 dan 4 skaligus. Kesian kat isteri pertama..time muda sama2 susah smpaila dah tua dh berharta..suami nk test power plak. amboiii x ingt ke masa susah dulu sape kat sisi slalu. dah senang…senang2 je nk tambah lg yer. buat isteri pertama plak mgkin servis anda semakin kureng..mana taknya tiap2 tahun produce anak baik punya. unt saham akhirat jgk. klw lah sang suami dpt selami jiwa seorg wanita tu…hemmm. Tp dah kejadian Allah itu kat lelaki mcm tu. smpai masa kahwinla mereka lagi..sob sob…sedih nih…haha

    akukaya: erm… semua yg terjadi merupakan suratan Ilahi. Kita boleh kata tak nak tp kalo dah ditakdirkanNya, jadi juga. hehe…

    lg satu, adalah kejam jika suami berpoligami masa tgh susah. kan dah menyusahkan isteri pertama. jd kena la poligami masa dah senang. senang isteri tua. haha… jgn marah. gurau2 je.

  15. Bunga On

    Nabi Muhammad pun tak sanggup madukan siti khadijah (isteri pertama baginda).

    saya sudi dimadukan dengan syarat langkah mayat saya dulu..huhu..

    akukaya: alasan yg hampir sama dengan isteri sy. huhu…ntah2 isteri aku pe. cabut….

  16. faz On

    Cuba bygkan isteri anda madukan anda? anda sudi?!! camtulah sorg isteri..xnak kongsi2 nih..

    akukaya: tak boleh nak bayangkan sbb dlm agama perempuan tidak dibenarkan poligami. huhuhu…anyway, poll tu utk mendengar luahan wanita, walaupun sy dah tahu jawapannya tp saja je nak tahu juga.

  17. catzer On

    aku boleh bg dengan syarat sume harta pencarian diatas nama aku..hahahahahahahahah…

    akukaya: harta pencarian? maksudnya harta yg sama2 kita cari la kan? bleh je. nak ke? kira kali ni kita JV hidup plak. huhu… jap lg pakwe ko mesti marah aku. hehe…

  18. zoolfye On

    betul..betul..betul..sy ada pengalaman sendiri dlm hal ni..tp sbgi anak yang hendak dimadukan..bkn sbgi org yg akan dimadukan..sengsara jiwa raga ooo..trauma 1 thn..study, emosi suma tganggu..last2 dpt result buruk dlm SPM..

  19. sha On

    hehe… terima kasih sajalah di atas pinangan jejaka2 semua ye. Saya masih mahu hidup bujang… ^^

  20. lyn On

    pada saya tengok pada keadaan, kalau suami tu mmg jenis yg boleh dipercayai, boleh berlaku adil, dan perkhawinan tu adalah untuk membela agama. InsyaAllah…walaupun hati perit pedih. saya akan redha demi agama.but must have a concrete reason.

    akukaya: Lyn dah kahwen? :-) beruntung suami lyn dpt isteri yg melebihkan agama dari kepentingan sendiri.

  21. etomyam On

    kalau tanya org yg x kawihn 2, memang x okay, tp kalau tanya yg dah buat…orait jeeer…sorang dah cukuplah

    akukaya: bagus la jika cukup sorang. untung sape jd isteri ko.

  22. amkor On

    ikut sunah nabi lelaki boleh kawin sampai 4… sayangggg-
    abg kus

    akukaya: btul tu bleh kawen sampai 4 tetapi sanggup ke? aku tak sanggup beb. zahir mahupun baten nak kena mantap.

  23. Casper On

    bab berpoligami nie saya kureng faham sket lar…tapi si suami harus ingat dalam agama sendiri mengajarkan agar jangan berlaku curang dengan isteri sendiri..si suami juga harus memahami kekurangan si istri agar hubungan suami isteri akan terus erat dan takkan pernah pupus..masa bercinta bukan main lagi lelaki melafazkan kata-kata manis,tapi lihat pompuan cantik sket..terus tak ingat dunia lagi sampai isteri sendiri dianiayai..tak adil,tak adil.

    akukaya: casper, dlm cerita yg aku tulis, suami tak curang. sebaliknya suami tersebut jujur dengan meminta secara baik untuk poligami. Malah suami tersebut tidak pernah berdating dengan calon isteri keduanya. whoa…. mcm mana tu?

  24. EJ On

    kalau saya,saya akan terusm menceraikan suami saya

    akukaya: hehe… ganas juga EJ ni. Kadang kala kita kena belajar mendengar alasan suami. hehe… jgn marah…

  25. affuan On

    sha, jadi bini muda aku nak? ahaha.

    *adar, tah2 tu btol kisah ko? hehe.

    akukaya: hehe… affuan, ari tu ko ckp tak nak madukan isteri ko. konon setia la. piraah…. hehe… untung nik syikin dpt suami mcm ko.

    atas tu bukan kisah btul aku tp kalo ko doakan aku, aku amin kan aje…. whoa…

  26. sha On

    kalau tentang bermadu ni, saya hanya sudi jadi isteri muda saje… kalau lepas tu suami nak tambah lagi, saya tak sudi benarkan… hehe.

    akukaya: wahai sha, jika begitu katamu, mahukah dikau menjadi isteri keempatku. hehe… adeh… bini aku dah start gasah parang.

  27. zoolfye On

    Setakat ni, sy lum prnh nmpk lg org yg dimadukan (yg sy kenal) ni idup bahagia..suma hampeh..

    akukaya: sama la kita zoolfye. Bila elemen menipu dimasukkan kedalam kehidupan rumahtangga, maka tunggu la saat keretakkan. nak poligami memang senang tp nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga dan mendidik anak2 yg bakal lahir, itu satu cabaran yang amat hebat.

    Jarang ada lelaki yang berjaya menempuhinya.

Leave a Reply