Aku tak tau nak mula mcm mana. Dulu kalo kat sekolah kita belaja, kalo nak mengarang, mesti ada pendahuluan, isi2 penting pastu penutup. Hehehe...

Dulu masa aku sekolah kat sekolah Cheras, ada sorang ustazah ni buat lawak bodoh. Dia cakap lelaki ni penyabar orangnya. Buktinya ialah bila nanti dah kahwin, bila ada anak kecil, bila waktu malam  anak merengek nak susu, suami akan bersabar untuk terus tido, manakala isteri akan hilang sabar dan pergi menyusukan anak. Lawak bodoh ke tu? Huhu...

Statement tu betul untuk zaman org tua dan atuk kita dulu. Masa zaman tu adalah janggal isteri keluar bekerja. Betul tak?

Berbanding zaman sekarang, lelaki dan wanita sama2 keluar berkerja mencari rezeki. Walaupun sebagai isteri, mereka tak perlu bersusah payah keluar bekerja mencari rezeki tetapi mereka tetap keluar berkerja hanya kerana nak meringgankan beban para suami. Salute kepada wanita2 yg bekerja untuk meringankan beban suami.

Jadi berbalik kepada cerita isteri2 yang bekerja ni. Lepas balik kerja, mereka perlu memasak untuk suami. Pastu menyusukan anak. Pastu basuh baju(pakai mesin basuh), sidai baju dan lipat baju. Kerja mereka bukan setakat habis lepas puku 5 petang tu. Mereka para isteri/ibu ini akan terus bekerja bila sampai dirumah. Kesian isteri2 ini sedangkan pada masa tu, para suami (bukan semua la) sedang membesarkan perut menonton TV atau membaca paper.

Jadi apa salahnya sebagai menghargai mereka, isteri2 kita ni bila tido malam tu letakkan anak kita sebelah kita(suami) bukannya sebelah isteri anda. jadi bila terdegar tagisan anak meminta susu, cepat2 la buat susu dan sumbat dalam mulut anak tu. Hehehe... kiranya jangan biarkan tido isteri anda terganggu.  Kita sebagai lelaki, kalo tido tak cukup nanti pergi pejabat masih boleh membuta dalam surau tetapi kalo perempuan payah sikit nak gulor dalam surau. Huduh la pulak kalo perempuan tido meleleh air liur basi kat surau. gurau je k.

Untuk pembaca tetap meti tahu yang isteri aku sakit selepas melahirkan anak aku. Alhamdulillah sekarang isteri aku dah sembuh. Anak juga kami dah mula jaga start bulan lepas lagi. Semasa isteri aku sakit dulu, orang tua aku yang menjaga anak aku tu. Dah 4 bln umur anak aku.

Kadang2 aku kesian dengan isteri aku. Letih sangat nampaknya. Setiap hari isteri aku perlu makan ubat yang diberi hospital. Ubat tu boleh membuatkan isteri aku mengantuk. Kesan dia kuat.

Setiap malam, memang anak aku akan tido sebelah aku kerana kalo anak aku merengek nak susu malam2 buta, aku segera terjaga tanpa menganggu tido isteri aku. Isteri aku layak terima tido yang nyenyak kerana sebelumnya, isteri aku berkerja sebab nak bantu aku meringgankan beban aku. Balik kerja memasak untuk aku. Pastu basuh baju2 aku, sedai baju aku dan lipat baju aku. Tidak penah sedikit pun isteri aku mengeluh menjaga hal ehwal rumah tangga aku dan bekerja.

Satu masalahnya, bila aku terjaga pukul 2-3 pagi buat susu anak, aku dah tak leh tido lepas tu. Biasanya aku akan layan drama omputeh atau anime. Kalo dah takder benda yg nak ditonton, aku akan baca blog orang lain. Hari ni aku terjaga pukul 2.30 pagi. Tak tau nak buat apa. CSI miami masih tak habis download lagi, jadi aku amik kesempatan ni utk tulis blog la. Dah lama tak update citer kehidupan aku.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.


Tags: , , , , ,
Posted in My Life |

7 Responses to “Isteri Kita Layak Menikmati Tidur Yang Nyenyak & Nyaman”

  1. xie On

    bagus la mcm tu..aku pun penat gak wat kerja seharian tapi alhamdulillah laki aku boleh tolong walau x seberapa.laki aku selang sehari kerja mlm,so kekadang kalo anak nangis tgh mlm,x sampai hati nak kejut dia bgn.tapi kalau x bgn,anak xde sapa tgk smentara kita buat susu.xn nak letak susu dlm bilik bersemut plak bilik nnt.tapi kalau dia x keje mlm,dia suka berjaga tgk tv sampai jauh mlm.pastu ngadu ngantuk.aku nak marah pun takut derhaka.dah tegur tapi mcm curah air ke daun keladi..masalahnya dia x boleh tdo kalau x tgk tv dulu..mcm mana aku nak buat..org lain kalau ada anak kecik,dah x tgk tv jauh mlm..tapi laki aku ni..bola live tgh mlm pun tunggu..padahal astro boleh ulang.alasannya xde feel tgk ulangan.bukan nak mengeluh..tapi mungkin ada antara korang boleh bagi tips untuk aku bagi tahu dia cara baik supaya dia ubah sikap dan boleh tolong aku sama2 jg baby mmlm2.

  2. Busu P.D.N.S On

    Alhamdulillah….awok banyak bersabo & jaga isteri baik2, mkin ada hikmah disbaliknya…
    Kalau nak iktiar lagi cara kg cuba tepon no ni..012-6982073 (Kak Su)

    akukaya: InsyaALLAH, skrg ni dari pemerhatian mata saya, isteri nampak mcm dah sembuh. Tp jika berulang, insyaALLAH sy akan call no tu.

  3. Pemerhati On

    woaa..syabas bro!! salute jadi suami camni..

  4. lilot On

    alhamdulillah..sejuk hati isteri dapat suami camni…

  5. meow On

    alhamdulillah..da sht pn isteri saudara..nape lame x update blog ni.. lame tggu nk tau citer.. (sori slalu x komen,bkn ape..ble nk komen asyik error) ;p

    akukaya: maaf lama tak update sbb sibuk dengan bisnes baru. nnt la sy cerita kesilapan sy dlm bisnes baru ni. hehe…

  6. eina On

    alhamdulillah.. sihat dah wife ko.. baguslah jadi suami yg camni.. aku ni gak yg bernasib malang… huhuhu… watever pun.. welcome back.. mmg dah lama tunggu ko update blog ko neh…

  7. kakngah On

    alhamdulillah… bini adik dah sembuh n adik jadi suami yg sabo… xD

Leave a Reply