Isteriku Tak Gila July 14th, 2008

Salam semua, 3-4 hari lepas penyakit isteriku timbul kembali. Semuanya bermula bila isteriku mengambil cuti dan minta izinku untuk pergi ke rumah emaknya atas alasan nenek dan pak langnya datang dari kampung. Berat hati aku nak benarkan tetapi kerana tidak mahu dikatakan kejam, aku izinkan juga.

Balik dari rumah maknya, isteriku mula buat peragai. Dia mula marah-marah kat aku kerana tidak bawa dia berubat di Perak semasa dia sakit meroyan dulu. Ya Allah, rupanya keluarga isteri aku menghasut dan masih menyalahkan aku kerana tidak ikut kehendak mereka bawa isteri aku berubat di Perak. Aku cakap pada isteriku, buat apa nak marah-marah kerana yang penting awak dah sembuh. Dah sembuh pun jadi kenapa nak pening-pening pikirkan hal itu. Malam tu aku bergaduh dengan isteriku kerana dia berkeras nak berubat di Perak.

Malas nak bergaduh lama, aku hantar isteri aku balik kerumah mak dia. Esok pagi isteriku ikut maknya balik kampung di Perak. Paklang, Nenek dan Mak isteriku bawa isteriku berubat di Perak. Ya.. terima kaseh kepada keluarga mertuaku kerana berubat isteri sampai sakit kembali.

Balik dari Perak, penyakit isteriku makin melarat. Sekarang ni isteri aku selalu cakap sorang2. Masa mula-mula balik dari Perak, dia tak habis-habis cakap nak mati. Siap bagi wasiat kat aku suruh kahwin lain bila dia mati nanti. Aku peluk isteri aku, bisik ditelinga dia, "Abang tak izinkan ana mati lagi. Jangan tinggalkan abang dan anak sendirian".

Alhamdulillah selepas hari dia tak cakap nak mati dah cuma sekarang isteriku jadi seperti manusia hyperaktif. Bercakap seorang tanpa henti kecuali wantu mandi, makan dan tido. Adakalanya dia berjoget. Terima kaseh aku ucapkan kepada famili isteriku kerana sakitkan isteriku kembali.

Anak aku, aku serahkan kembali pada ibu bapa aku kerana aku tak mampu nak jaga isteri dan anak serentak. Dengan keadaan isteriku yang meroyan memang aku tak mampu nak jaga anak aku sekali.

Sepanjang isteri aku sakit hari itu, famili mertuaku tidak banyak membantu baik dari segi kewangan mahupun sokongan. Aku masih ingat 2 orang makcik isteriku yang tengah mengandung tidak mahu melawat isteri aku yang sedang sakit. Alasan yang diberi, mereka tengah mengadung, takut penyakit isteriku berjangkit pada mereka. Ya ALLAH tergamak mereka cakap begitu pada darah daging mereka sendiri. Makcik aku yang sarat mengandung 9 bulan datang melawat isteriku. Seminggu lepas tu makcik aku tu selamat melahirkan bayi lelaki. Makcik aku yang takder kaitan darah dengan isteriku pun takder masalah nak datang jenguk isteri aku. Mungkin betul mereka takut berjangkit, tetapi apa salahnya jika mereka beri alasan lain. Janganla cakap direct macam tu, jaga la perasaan aku dan isteri aku yang sedang sakit. Bagi la alasan tak larat nak datang ke, tak sihat ke, minyak mahal ke, tol mahal ke, takder la aku keci hati.

Semalam isteri aku mengadu yang dia dengar jiran-jiran berborak pasal dia. Dia dengar jiran cakap yang isteriku gila. Walauwei... aku masih tak faham kenapa orang perempuan tak reti jaga perasaan sesama perempuan. Ye, memang isteri aku meroyan tapi tak perlu la cakap kuat2 yang isteri aku gila sampai isteri aku dengar segala perbualan mereka. Jaga la perasaan isteri aku. Ni sama je macam peragai makcik isteri aku. Cakap tak berlapik.

Aku walaupun marah kepada famili isteri aku, tapi tak pernah aku sound, maki mereka lagi. Sebab aku masih hormatkan mereka. ku bising2 pun kat blog aku, sekadar nak melepaskan perasaan yang terpendam. Sebab blog ini adalah diari hidup aku. Lagi pun tak saper pun kenal aku. hehe...

Aku kutuk mertua aku pun, makcik bini aku, jiran aku pun bukan pembaca sini kenal orang2 yang aku maksudnya. So no harm to them right? Berbeza dengan mereka, cakap tak berlapis terus kat aku. bagaimana mak mertua aku tuduh aku makan duit isteri sedangkan aku susah payah jaga isteri aku. Kalo aku kikis duit bini aku, baik aku buat joli g disko. Cari GRO ke buat lepaskan nafsu. Buat apa susah2 aku jaga isteri aku, kalo betul aku suami tak guna.

Bagaimana makcik isteri aku bagi alasan tak jaga hati aku dan isteri langsung. Bagaimana jiran sedap2 mulat cakap isteri aku gila sampai isteri aku dengar. Cuba la fikir hati dan perasaan aku dan isteri aku yang sedang menangung ujian ini. Cuba kalo mak mertua aku pula sakit jiwa? Saper nak jaga? Dah la suaminya (ayah mertua aku) ada 3 isteri.

Cuba makcik bini aku dan jiran aku yang tak jaga mulut tu pun jadi meroyan. Adakah suami mereka sangup jaga mereka. Andaikan kata suami mereka tinggalkan mereka karang. Jangan la sedap2 mulat wahai kaum perempuan mengata orang. Jaga la hati jiran dan saudara mara. Mungkin betul apa yang korang sebut tetapi bukankah menjaga hati manusia itu lebih afdal dari membuka aib manusia? Kalo nak kutuk gak, kutuk belakang2 la. Aku tak kisah pun orang kutuk aku cuma janganla bagi aku dengar kutukan korang tu. Sakit hati aku. dan kesian kat isteri aku.

InsyaALLAH bila korang baca artikel ini, kemungkinan besar aku dan isteri aku akan pergi Pahang. Berehat di rumah atuk dan nenek aku  di Jengka. Mencari ketenangan yang mungkin kita takkan jumpa di Kuala Lumpur. Betul tak?

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.


Tags: , ,
Posted in My Life |

18 Responses to “Isteriku Tak Gila”

  1. aq dak kecik On

    salam..

    saye cian dgr story ‘aku’ ni..

    wpon sye bru fom4 p sye cian sgt2..

    sabar la yeh..

    tawakkaltu alallah..

    lau sye jd ‘aku’ mmg

    sye ganyang2 mulot yg bkate tuh..

    p sye bkn nk mghasot ‘aku’

    tiap org laen pndgn & pnerimaan ats dugaan yg diberi..

    wat i can say is only hve a gud rest wit ur wife…

    dun 4get allah

    n be patient..(;

    akukaya: tak per la sishi. mcm ko ckp, sabor aje la. kita kena hormat org tua. marah mcm mana pun tak leh lepas kat org tua. kena sabar. blk rumah tendang la pintu ke atau lepas dlm blog mcm aku. keke…

  2. cikjenah On

    yerlah … sedih lak kite dgr … kuang ajo la diorg tu …. moga awak tabah menghadapinya …. amin

  3. dzuhriah On

    berat betul dugaan yang awak hadapi ni. mana nak layan karenah isteri, nak kena tahan telinga lagi dengar kata-kata orang, keluarga belah isteri pun tak banyak membantu.

    bersabarlah, setiap yang terjadi tu ada hikmahnya.

    tapi saya betul2 tabik dengan awak. tak tau mana lagi nak cari suami cam awak zaman sekarang ni.
    kalau tak kuat iman, dah lama kot awak abaikan isteri awak tu. mudah2an taklah. kesian nanti kat anak2 kan.

    anyway, perbanyakkan lah doa dan selawat kat Tuhan.

  4. khairilhusni On

    tabik spring la utk ko.

  5. afham On

    salam..
    bersabar la bro..
    ak tk salahkan ko ler..

  6. angah On

    salam… sabar byk2 dik. allah bersama org2 yg benar.

  7. dark7am On

    Abi Hurairah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”

    Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) paling tinggi di sisi Allah pada hari kiamat berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”

    bacalah al-quran setiap hari… kalau mau, amal surah yasin setiap pagi selepas solat subuh dan berdoalah pada tempat doanya… jangan tinggalkan walau sehari.. kalau tak sempat abis.. sambung selepas solat zohor…

    kalau rajin, amal ayat 4, cari guru dan berguru dengannya.. saya boleh ajarkan tapi tidak boleh menjadi gurunya.. ayat 4 ini sangat berkesan (setiap ayatnya berbeza khasiatnya)

    boleh juga amal ayat kursi wakaf 9… atau yasin tunggal.. keduanya mohon perlindungan dari Allah swt.

    boleh juga amal selawat tarfijiah.

    semuanya insyaAllah berkesan jika amalannya tetap setiap hari.

  8. mama muscat On

    salam….
    saudara memang suami yang baik. bersabar dengan dugaan allah. rasanya pengalaman anda hampir 90% sama macam pengalaman ibu saya. bila kena macam ni, sedara mara, adik beradik semua lari. macam2 dikata. terkapai2 kami sekeluarga hidup. cuma bezanya, saudara penyabar lagi. ayah saya terus sembur semua yang mengata. kami pun adik beradik2 terkapai2 membesar. tapi yang bestnya, saya belajar berdikari sejak kecil. hikmahnya dapat saya rasakan sekarang. alhamdulillah, bersyukur tak terhingga atas segala dugaan yang allah berikan dulu. Walau merantau jauh sejak berkahwin, saya boleh urus segalanya dengan baik, termasuklah masa dalam pantang.insya allah saudara sekeluarga sentiasa di bawah lindungan allah, dan pasti rahmatNya akan datang.

    Salam

    akukaya: rasa hati mmg nak sembur tp sebab masih ada rasa hormat pada yg lebih tua dr kita. so sabar je la. pastu tulis dlm blog utk lepaskan perasaan. kalo simpan dlm hati takut jd giler plak. hehe…

  9. honey darkness On

    salam..
    semoga kau dpt harungi hdup ini dgn lebih tabah..setiap ujian yg diturunkn adalah untuk meguji keimanan hamba NYA…

  10. Nalye On

    salam…
    sabarla dengan dugaan yang Allah swt berikan dengan awak eh…
    insyaallah besar hikmahnya di sebalik dugaan dan cabaran yang Allah swt turunkan dengan awak ni…
    awak sepatutnya bersyukur sebab terpilih menghadapi semua dugaan ni..
    ni kan tanda Allah swt sayangkan awak sebab tu dia uji awak macam tu…

  11. atap_aje On

    Bersabarlah adar, ALLAH TAALA bersama-sama dengan orang yang sabar. Aku dan isteriku doakan semoga ko dan isteriko serta anak-anak mendapat kebahagian dan kejayaan di dunia yang sementara dan di akhirat yang kekal abadi…AMIN.

  12. snAz On

    salam..
    sian nya akak..aritu cam mana boleh baik? abang tak try go thru balik ape yg penah buat dulu? mesti ade sumthing yg bkesan tu kn. pape pn sabar la ye. mulut org tu dah memang mcm tu. yg pnting pulih kn akak..
    i’ll pray 4 u guys..

  13. I.Me.Myself On

    Huhuhu.. sian seh.. aku harap ko bykkan bersabar k.. anggap semua ni dugaan dari Allah.. Allah menguji kita krn DIA sygkan kita.. semoga isteri ko cepat sembuh dan kembali spt dulu balik… tabah kan hati k..

  14. shida On

    Slm.. tumpang nk komen.. Erm.. mulut org mmg xleh nk tutup. Bertuah bdn if dpt suami yg bleh jaga time2 sakit gitu.. Semoga isteri anda cepat sembuh ya.. Insyaallah..

  15. wendy On

    banyakkan bersabar..kalau boleh ko bawa la isteri ko jumpa doktor. tak pun masa ko nak balik kpg nanti ko bawa terus bini ko berubat.penyakit meroyan ni boleh diubat tp memerlukan masa yg lama.ko kena sabar byk2..sebab tu la org tua2 ckp, disaat isteri selepas bersalin mesti dijaga dgn sebaik mungkin..aku rasa mcm simpati ga kat ko.isteri ko boleh sembuh kalau ko sendiri yang hantar dia pegi berubat..yg penting ko tak putus asa.biarlah apa mertua ko nak ckp, ko toksah peduli sebabnya yg sehidup semati adalah kamu dan isteri kamu..

  16. Bini orang On

    Sian kat ko..byk tul dugaan ko..takpe, anggap ni suma ujian dr yg Maha Esa..ko jgn susah ati..nanti mesti bini ko appreciate ko lebih lg camma aku syg kat laki aku..hehe..

  17. aku On

    salam,buat aku,semoga sbr dlm menghadapi ujian hidup.Mgkn ada hikmh disebalik kesushn yg aku alami.Bnykkn berdoa kpd Yg Esa krn tiada yg lebih memahami selain Yang Maha Agung.Manusia Hnya pandai mengata tp lupa pd hakikt kita tk smpurna.Insya Allah dgn Izin Yg Esa,semuanya akan kembali Ok.semoga plg dri bercut akn dpt berita yg menggembirakan.Sayonara…

  18. AritAifa On

    Kisah ni mmg menusuk hati aku. Kalau drama kat TV aku boleh tangkap feel, ni pulak kisah benar yg sdg dialami oleh sedara seagama aku. Tiap hari dtg keja mesti aku bukak blog AkuKaya ni. Takkan miss. Blog ni aku anggap amat menghiburkan aku.
    Tapi bila siPenulis blog ni menghadapi ujian yg agak berat macam ni semestinya lah aku pun rasa jugak peritnya. Walaupun aku tak kenal ko.
    Mmg bagus cadangan nak g Pahang tu. Tenangkan fikiran. Cari suasana yg berbeza dr KL. Jauhkan diri dari org2 yg membuatkan kita rasa sakit jiwa.
    Bila isteri dah sembuh. Fikir jalan lain nak hindari dari berdekatan ngan org2 JAHAT macam famili isteri ko dan jiran2 mulut tak senonoh macam tu.
    Aku harap ko tabah la ye. Demi anak.

Leave a Reply