Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku ingin menyampaikan satu amanat MUHAMMAD BIN ABDULLAH di waktu-waktu terakhir baginda.

Korang kenal saper Muhammad? Mungkin korang dah jarang sebut nama yang agung itu berbanding nama Mawi.

Korang tahu apa maksud Haji Wada'? Korang tahu kenapa dipanggil haji wada'?

Tak per. Biar aku bagitau korang. Semoga ALLAH S.W.T merahmati aku dan korang semua. insyaALLAH.

Muhammad Bin Abdullah adalah Penghulu segala nabi.Baginda adalah Nabi yang terakhir. Walaupun Baginda nabi terakhir tetapi ALLAH telah mencipta NUR Baginda lebih awal dari Nabi Adam. Malah beberapa Nabi sebelum Baginda selalu berharap dapat menjadi UMAT Muhammad. Alangkah tingginya martabat Baginda disisi ALLAH.

Haji Wada' bermaksud Haji Perpisahan kerana itu adalah Haji Baginda yang terakhir. Kenapa terakhir? Kerana itu adalah saat2 terakhir Baginda. Pada waktu itu juga ALLAH telah melengkapkan agama ISLAM.

Pada hari ini, Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu dan Aku reda kepada kamu ISLAM sebagai agama

Surah Al-Maidah, ayat 3

Dan menangisla Abu Bakar bila mendengar firman ALLAH ini kerana beliau tahu saat2 terakhir Baginda.

Hari ini biar aku sampaikan kembali khutbah yang Baginda sampaikan di Haji Wada'.

Teruskan membaca wahai Umat Muhammad.

Wahai manusia, dengarlah kata-kata ku ini kerana aku mahu menerangkan kepada kamu kerana aku tidak tahu, mungkin aku tidak dapat bertemu dengan kamu selepas tahunku ini ditempatku ini.

Muhammad bertanya, "Wahai manusia, hari apakah ini?"

Mereka berkata, "Hari ini adalah hari haji Akbar."

Muhammad bertanya lagi, "Bulan apakah ini?"

Mereka menjawap, "Ini bulan mulia, wahai Muhammad."

Muhammad bertanya lagi, "Tanah apakah tanah ini?"

Mereka menjawap, "Ini tanah mulia, wahai Muhammad."

Sesunguhnya darah kamu dan harta kamu adalah mulia ke atas kamu. Sehingga kamu bertemu dengan ALLAH seperti mulianya hari ini dalam bulan ini dan ditempat ini.

Adakah aku sudah menyampaikan? Ya ALLAH, saksikanlah.

Maka barangsiapa ada memegang amanah, tunaikanlah amanahnya kepada tuannya yang berhak.

Dan sesunguhnya riba orang arab sebelum ISLAM sudah dibatalkan. Riba pertama aku batalkan adalah riba Abbas Bin Abdul Muttalib.

Dan sesunguhnya menuntut bela ke atas darah yang ada dalam masyarakat orang arab sebelum ISLAM dibatalkan. Darah pertama aku batalkan adalah darah Amir Bin Rabiah Bin Harith Bin Abdul Muttalib.

Dan sesungguhnya kebangaan orang arab sebelum ISLAM juga dibatalkan kecuali dua perkara iaitu sidanah, menjaga dan memelihara kaabah dan siqayah, member minum pada jemaah haji.

Pembunuhan yang sengaja itu mengikut hukum ISLAM dipanggil qawad.

Antara  tiga hukuman sama ada qisas iaitu dibunuh atau membayar diat kepada keluarga si mati. Ini terpulang pada kehendak keluarga si mati.

Adapun pembunuhan yang samar iaitu sengaja dengan tidak, maka hukumnya adalah 100 ekor unta. Sesiapa yang menambah, itu adalah orang arab sebelum ISLAM.

Wahai manusia, sesunguhnya syaitan kecewa untuk disembah ditempat kamu ini iaitu di tanah arab.

Tetapi, dia cukup setakat dapat ditaati dalam perkara selain menyembahnya iaitu daripada pembuatan-pembuatan yang keji daripada amalan kamu.

Wahai manusia, sesunguhnya perbuatan mempermainkan bulan haram adalah penambahan yang kufur.

Dan sesunguhnya waktu itu telah berputar semula seperti keadaannya semasa ALLAH menciptakan langit dan bumi.

Wahai manusia, sesunguhnya bagi isteri kamu ke atas kamu ada kewajipan begitu juga bagi kamu ke atas mereka ada kewajipan. Hak kamu ke atas mereka adalah mereka tidak boleh membawa orang lain selain kamu ke tempat tidur. Mereka juga tidak boleh membawa sesiapa yang kamu tidak suka kedalam rumah kamu melainkan dengan izin kamu dan mereka tidak boleh melakukan kemungkaran nafsu. Kalau mereka melakukan kemungkaran, sesunguhnya ALLAH mengizinkan kamu bertegas dengan mereka dan meningalkan tempat tidur mereka  dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan mencacatkan. Kalau mereka berhenti daripada menderhaka dan mentaati kamu, menjadi kewajipan kamu member nafkah yang baik kepada mereka. Sesunguhnya para isteri ibarat orang tawanan dirumah kamu, mereka tidak berkuasa pada diri mereka. Kamu mengambil mereka dengan amanah daripada ALLAH dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah ALLAH iaitu akad nikah.

Wahai manusia, sesunguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu harta-harta saudara kamu melainkan dengan keredaan daripadanya.

Adakah aku sudah menyampaikan kepada kamu? Ya ALLAH saksikanlah.

Janganlah kamu berpatah balik kepada kekufuran selepas aku, kamu berbunuhan diantara kamu. Sesunguhnya aku sundah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang teguh dengan peningalan ini kamu tidak akan sesat iaitu AL-Quran.

Adakah aku sudah menyampaikan? Ya ALLAH saksikan.

Wahai manusia, sesunguhnya tuhan kamu satu dan ayah kamu satu, semua dari kamu daripada Adam sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Sesunguhnya yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertakwa. Tidak ada kemuliaan bagi bangsa arab ke atas bangsa lain kecuali dengan takwa.

Adakah aku sudah sampaikan?

Sahabat menjawap, "Ya kamu sudah menyampaikan, wahai Muhammad."

Jika begitu maka setia yang hadir dikalangan kamu hendaklah menyampaikan kepada yang tidak hadir.

Wahai manusia, sesunguhnya ALLAH sudah membahagikan kepada setiap waris bahagiannya daripada harta pusaka. Tidak boleh berwasiat lebih daripada satu pertiga daripada harta pusaka. Anak itu dinisbahkan kepada ayahnya daripada perkahwinan yang sah. Orang yang berzina direjam dengan batu. Barang siapa yang menasabkan kepada mereka bukan ayahnya ataupun mengambil wali bukan walinya, keatasnya laknat ALLAH dan para malaikat dan manusia seluruhnya.

Adakah aku sudah menyampaikan?

Mereka berkata, "Ya, engkau telah sampaikan, wahai pesuruh ALLAH."

Wahai ALLAH saksikanlah.

Ditulis semula oleh Shahril Bin Samsudin pada 06 Zulhijjah 1428. 

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

9 Responses to “Khutbah Haji Wada’ (Perpisahan)”

  1. hafiz On

    satu artikle yg bagussss
    sesuai untuk pringatn kpd umat islam tentang tanggungjawab sebagai orng islam…….
    sama2 kite doakn islam terus mantap d persada dunia
    bebaskan bumi palestin!!!!!!!

  2. tuah On

    thanks for this artikel…

    smoga dapat memberi peringatan khususnya umat islam sejagat..

    wassalam..

  3. qwerty On

    Bersamalah kita mengenal Islam dan sejarahnya

    :)

  4. qwerty On

    Subhallah Alhamdulillah kerna penulisan ini.. khutbah ini dilafazkan ketika haji terakhir sebelum wafatnya Rasul tercinta kita. Baginda ketika ini sudah tahu tahun ini adalah haji yang terakhir buat baginda apabila Jibril yang biasanya setahun sekali (mengkhatam)membacakan baginda Al-quran telah mengulangi bacaannya pada baginda. Dan inilah amanat terakhir buat umat yang akan ditinggalkannya. Pembetulan di sini, baginda tinggalkan kepada umatnya 2 perkara sebenarnya iaitu AL-QURAN dan SUNNAH yang mana manusia akan selamat selagi berpegang pada keduanya. Yang mana kelak kemudian akan ditanya oleh baginda pada umatnya tentang apa yang dilakukan oleh kita mengenai amanatnya ini. Dilafazkan ketika di saat sebelumnya bermula perpecahan islam kepada 2 golongan besar. Banyak peristiwa dan pergolakan sedih berlaku pada keluarga baginda dalam tempoh2 waktu ini, Mengenai Peristiwa Hari Khamis di rumah baginda, Peristiwa penafian keutamaan Ali b Abi Talib (Lelaki pertama memeluk islam)untuk di Bai’ah, Dan pelbagai peristiwa hitam hingga mennyebabkan Fatimah Al Zahra(Puteri baginda)berkecil hati hingga meminta Ali merahsiakan kuburannya bila ia wafat. Semoga Allah merahmati Ahlul-Bait dan meredhai kita semua.

  5. AritAifa On

    Al-Quran adalah Petunjuk, Bukti dan Pembeda (antara yg hak dan yang bathil).

  6. ummul ghaisani On

    subhanallah

    namun saya rasa masih banyak hal yg terlewatkan terutama tentang hal-hal yg terjadi di rumah Rasulullah berkenaan dgn wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.
    karena saya ingin mencari tentang yg demikian itu

    Jazakallahu

  7. Hidup aku dan Raya Haji | afham abdul rahman On

    [...] Mari kita sama-sama turun padang esok. Huhu. Jangan lupa semayang raya dan dengar khatib membaca khutbah kepada individu yang beragama Islam. Sesape hendar hendak pantun raya leh la ke blog catatan [...]

     
  8. admin On

    slmt hari raya kpd hang juga. raya ni aku blk ipoh kot sbb atu mertua skt. dgr2 nazak. risau aku. mungkin esok gak blk kot.

  9. downclock On

    Selamat Hari Raya Korban to all readers.

    RAya tahun ni tak balik….

Leave a Reply