Banyak sungguh siri2 bangsat kat blog aku ni.  Hari ni aku nak citer sikit kenapa aku cakap klinik kerajaan, TM dan Putrajaya bangsat.

Klinik Kerajaan

Mcm yg korang dah tahu, bini aku mengandung anak sulung. Ok la, mcm yang ditetapkan oleh KERAjaan, aku bawa la bini aku  pergi klink kerajaan untuk daftar dan pemeriksaan.

Walaupun bini aku datang awal, tp bini aku lewat diperiksa hanya kerana bini aku pertama kali datang. Erm...tak kisah la. Aku sabar lagi.

Pastu nurse je yang periksa bini aku, cek darah, tekanan darah, berat, air kencing dan lain2. Nurse cakap isteri aku kurang darah. Hemoglobin bini aku 9. Sepatutnya nurse tu bagi ubat tambah darah kat bini aku tp dia tak bagi. Alasan ubat abis. Bangangnyer alasan. Takkan stok bila dah kurang mereka tak pesan ke? Atau mereka dah pesan tp kroni KERAjaan yang dpt tender supply ubat lambat hantar? Bayangkan ubat tambah darah mmg takder langsung.

Sepatutnya juga hari tu doktor check isteri aku tp disebabkan doktor sibuk isteri aku haram dia tak check.  Nurse tu suruh datang minggu depan untuk jumpa doktor. Aku sabar lagi. Minggu depan pergi klinik kerajaan, nur se tu cakap doktor takder. Tang ni memang bangsat. Dia suruh datang minggu depan pula. Kita tgk pula minggu depan macam mana. Kalo takder gak mmg aku sound la " Korang ingat bini aku mengadung anak kucing ke? "

Telekom Malaysia

Aku tak penah kutuk TM sbb aku makan budi dengan TM. Pertama sbb aku pelajar tajaan TM. Isteri aku pun pelajar tajaan TM dan sedang berkerja dengan TM. Tp kes bini aku yang sakit betul2 mencabar tahap kesabaran aku.

Polisi TM adalah, jika korang sakit dan nak cuti, korang mesti dapatkan MC di klinik atau hospital panel TM. Ok, aku sabar lagi.

Bini aku kerja di TM Cyberjaya. Di bangunan SAC, sebelah dengan bangunan TMNET Cyberjaya. Korang tahu kan?

Bangsat tak bangsat, takder satu klinik di cyberjaya yang panel dengan TM. Apa ke bangangnyer. Kalo ada pekerja TM yang kemalangan ditempat kerja, korang TM nak hantar kemana? Putrajaya? Sementara nak sampai putrajaya, si pesakit tu dah mampus kot.  Buduh buat TM dan PMCare sbb tak peduli nasib perkerja.

Sign Board Putrajaya yg Bangsat

Ni lagi satu bangsat. lepas abis klinik kat cyber aku tanya, semua tak accept kat medical TM/PMCare, aku pergi pula Putrajaya, cari klinik panel kat sana. Korang mesti terfikir, aku tak cek ke dengan PMCare senari klinik panel mereka.

Aku mmg periksa senarai klinik di PMCare website. Bila aku search cyberjaya, dia keluar senarai klinik2 di Cyberjaya. Jadi aku pergi la ke klinik tu tp semuanya cakap mereka tak accept kat medical PMCare. Buduh PMCare. Kalo bukan klinik panel korang, jangan la list dalam website korang. Korang hanya mengelirukan org2 yg macam aku je.

Aku baru 3 kali pergi putrajaya, jadi di putrajaya, aku hanya berpandukan signboard. Tujuan aku janya nak mencari klinik sri permai di precint 9. Dengan konfiden, aku ikut signboard yg tulis "Precint 1-10 terus". Lalala...hati menyanyi2 seronok.

Sampai satu simpang dia tulis "Precint 1-7 kekiri" dan kalo terus g KL. tak macam haram ke? Mana pergi precint 8-10? masuk kanan ke? kanan hutan la bodoh. Argh...tensen aku. Bini aku plak mmg skt teruk. Kesian aku tgk bini aku. Aku plak dah panas sbb sesat dlm putrajaya. Berapa kali tawaf, Alhamdulillah baru jumpa precint 9. 2 kali pusing precint 9 baru jumpa klinik Sri Permai.

Alhamdulillah layanan di klinik sri permai tu bagus. Doktor dia pun amik berat ttg keadaan isteri aku dan anak dalam kandungan. Siap dia tanya nak scan ke tak. Hehe... hati aku terus sejuk dan lupakan kes2 bangsat td bila tgk anak aku yg dalam perut bini aku di mesin scanner tu. hai...comel anak aku.

Doktor Sri Permai juga periksa isteri aku dengan teliti tak mcm klinik kerajaan dan klinik yang aku pergi di putra perdana pada pkl 1 pagi tu. Isteri aku dan baby dlm perut mmg dapat layanan yg bagus la. Kira mmg berbeza dgn klinik aku pergi sblm ni. Doktor juga periksa air kencing bini aku dan dia sahkan bini aku ada kencing kotor. Bukan tu sahaja, doktor tu juga terkejut bila tau homoglobin isteri aku hanya 9 sedangkan kalo normal patut 11. Dan dia ckp jgk, kalo 8 leh kena tahan wad sbb rendah. Dia bagi ubat tambah darah sbb klinik KERAjaan tak bagi pun ubat tu kat bini aku. Cinabeng lu klinik keraJAAN.

Macam2 ubat dia bagi tp Alhamdulillah semuanya pree. After all, TM gn PMCare takder la teruk sgt. Gege...

Satu je pesan aku kat para suami, kalo isteri mengandung, jgn la harap sgt kat klinik KERAjaan sbb klinik2 tu pun dikendalikn oleh KERAjaan. Aku betul2 marah sbb mereka tak peduli pun dgn keadaan isteri aku. Pastu siap leh buat janji kosong.Suruh datang minggu depan checking tp bila datang suruh dtg pula minggu depan. Agaknya selagi dunia tak kiamat, dok asyik ckp datang minggu depan je kot.

Sepatutnya kerajaan bertanggungjawap menyediakan ubat yg cukup kepada rakyat. Bukan tu je, pendidikan juga harus 100% percuma. Tu semua tanggungjawap kerajaan. andai kater kerajaan dpt laksakan 2 perkara ni dgn baik, kalo nak tarik subsidi minyak pun aku tak kisah.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.

39 Responses to “Klinik Kerajaan, TM dan Putrajaya yang Bangsat”

  1. nanie On

    Wah, gerun saya baca bila sedara marah2.. huhu.. Mujur sedara marah2 kat dlm blog sedara aje.. Sebab kalau kat luar, ada cara lebih berhemah kot, kan?
    Saya sebenarnya faham perasaan sedara. Walaupun saya x pernah pregnant lagi, tapi saya pernah mengalami pengalaman buruk masa dptkan rawatan kat Bhgn kecemasan spital serdang. Bygkan saya daftar kat kaunter bhgn kecemasan tu kul 10.30 pagi, kul
    5.00 petang baru saya dapat jumpa doktor.. masa tu tgh sakit..baru 3 minggu operation, dah discharge dari wad tapi terasa sakit kat bhgn yg di operate tuh.. nak berdiri pun tak boleh…wheel chair dah takde dan orang hospital tu suruh saya ke sana ke mari utk daftar..(sistem canggih, tapi saya masih perlu ke sana ke mari utk daftar??) org ramai plak…nombor giliran tak bergerak2.. ada yang marah2 nurse…huhu..menambah rasa sakit saya..
    pada pendapat saya, hosp kene buat something la kan untuk mengurangkan rasa tertekan pesakit neh.. kene la ada back up plan.. kalau doktor xde, maklum awal2 kat patient ke… refer patient ke doctor lain ke…bukan patient dah depan mata suh balik… utk patient yg menunggu, 5 minit pun rasa lama.. so, hospital kene guna pendekatan psikologi la utk kurangkan burden tuh..umum setuju, patient kat spital kerajaan memang terlalu ramai. alasan standard kerajaan untuk perkhidmatan yg lambat: 1- patient ramai 2- doktor tak cukup..
    Lorr… dah berkurun pakai reason tu, tapi mcm takde perubahan walaupun kerajaan kata sentiasa ambil tindakan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hmm.. tapi, by the end of the day, kita sebagai pesakit hanya tahu kualiti mutu perkhidmatan yang kita terima masih lebey kurang sama mcm dulu.

    akukaya: masa bini sy bersalin kat hosp. serdang pun hadapi masalah yg sama. masuk pkl 8 pg, bersalin pkl 1, masuk wad dekat pukul 7. alasan katil penuh. org tua aku membebel2. tensen aku. org tua aku ckp lepas ni jgn bersalin situ dah. hehe…

  2. yus On

    Assalamualaikum,

    walau pun aku tak kenal kau ,aku tetap respet kat kau kerana kau berani tulis macam tu, wa caya sama lu kata org cina,

    tentang klinik kerajaan tu memang betul apa yang kau cakap, aku dari start isteri aku mengandung tiga bulan smpi la skg aku masih bengang, umur anak aku skg dah pun setahun dua puluh hari,

    ceritanya macam ni,bulan kelima, temujanji pukul lapan pagi,pukul tujuh setengah aku dah sampai pun kat situ,org pun tak de lagi, maklum la aku kerja bawak lori ,lori pun lori bapak aku,walau pun aku keje dgn bapak, aku tak leh suka2 dtg lewat,sebab segala benda yg harus dihantar ,mesti di hantar segera, kalau tak berlambak-lambak la kerje esoknya. aku pun tggu la kat dalam kereta,sbb isteri aku dah cek in kat dalam tu,kira kawasan menunggu la, tggu punya tggu, aku tggk org yg dtg kemudian pun dah keluar,tapi isteri aku tak keluar2 lagi,aku tak kisah sngt sbb anak pertama mungkin cam tu kot kata hati aku.

    temujanji ketiga keempat lima dan smpi usia kandungan lapan bulan tetap sama,yg timbul kemarahan aku bila usia kandungan 9 bulan,suka2 dia suruh aku datang pukul 12 t/hari,tempat aku keje dgan rumah bukannya dekat,takan pagi aku keluar pukul 11 nak balik, pas tu pukul 2 ptg pergi keje semula,tak ke buang minyak aje, minyak bukannya mahal pun bagi org kerajan, maklumla semuanya ditanggung, tapi bgi org mcm aku 10 hinggit duit minyak utk pergi balik dari rumah ketempat keje dah cukup mahal kalau nak banding dgn gaji aku yg tak seberapa.

    bila dah masuk 9 bulan baby pulak ada masalah ,kepala dok atas,kira songsang la, belum cukup bulan dah sakit, aku antar pi klinik tggu 2 jam ,keputusan air ketuban pula kurang,dari songsang ke satu masalah lain pula,habis tu klinik ENDAU nak hantar ke hospital MERSING, mersing pun tak leh buat ,dia nak hantar ke JOHOR BHARU, lagi jauh aku nak kena pergi, last2 aku antar dia balik kerumah mak dia kat GUA MUSANG kelantan dan terus masuk wad, dia punya due date lambat lgi jd esoknya aku terus balik ke endau, belum smpi endau lagi abg ipar aku telpon, dia ckp dah selamat bersalin,tu pun kena bedah sbb air ketuban kurang dan songsang diaorang takut baby lemas, 07-10-2007 pukul 5-45pm aku dah jadi seorang ayah,

    selepas bersalin;

    temujanji pukul 10am, aku tak dapat pergi klinik sbb aku kena pergi test lori kat puspakom,kalau ikut prosuder kena talipon utk uba temujanji, aku pun talipon la,klinik endau dah beritahu tarikh temujanji baru, tiba masa nya aku pun pergi, kau tau apa dia beritahu, awak tak ada temujanji hari ni ,temujanji awak dah lepas, yg tu la isteri aku bagi tau kat aku,nurse2 siap marah kat isteri aku,apa lg isteri aku pun mengamuk la kat aku, aku lak tak leh dngr benda2 cam tu,aku cpt panas,pas tu aku pi semula klinik dan aku buang semua apa yg membara kat hati aku. lepas pada tu mcm2 lagi diaorang perli aku,kotak komplent penuh dgn tulisan aku, ada sekali tu aku bengang , smpi aku bawa lori paking depan pintu masuk klinik ibu dan anak,lori pulak kotor,enjen pun aku tak matikan, bunyi sikit punya kuat.

    lapan ari lepas aku pi lagi ,aku tgk semua muka baru ,layanan pun mesra,sopan santun dan berbudi bahasa, tak macam yang dulu ,suka marah2 perangai macam setan , buat keje lembap dah tu terhegeh hegeh, ornag nya ada kot 12 org tapi yg buat keje 3 org je yg lain dok bertenggek kat kaunter pertanyaan,tak tau apa keje diaorang buat sambil bertongkat dagu, mengumpat kot….

    kelau nurse2 yg baru ni kekal dgn layanan mesra, semua org gembira, yg sakit pun boleh tersenyum.

    akey lah aku kaya ,aku pun dah tak larat nak menaip, kalau kau nak tgk gambar anak aku kau bukalah -mutiaraoct.blogspot.com.
    aku tak pandai nak buat/hias/tulis blog aku tu, cuma yang ada gambar saja.

    ok bye..

    akukaya: erm… aku pn slalu mcm tu. bini aku dtg awal tp blk lewat. org yg dtg lewat blk dulu.bila aku tanya bini aku, dia ckp anak sulung mmg mcm tu. ntah la.tp panas gak la sbb kalo ikut logik mcm tak logik je alasan yg nurse tu kasik.

    sebenarnya kita semua faham keadaan klinik kerajaan mmg ramai org tp kalo nurse nya pun masam je muka pastu banyak bersembang dr kerja, saper tak hangin.bila tegur skit, mencuka muka.

    tp nurse skrg2 ni aku tgk dah ok, mungkin sbb kerajaan dah bg training yang secukupnya. yg bermasalah ni nurse2 yg dah tua2 ni.kalo kita buat silap skit, dia punya tengking mak ai… rasa nak penampor je. aku masa kecik2 dulu takut gile gn nurse sbb garang. skrg ni dah besor, dah tua skit, jd takder nyer aku takut nurse dah. hehe…

    apa2 pun artikel yg aku tulis ni bukan nak menghentam kakitangan kerajaan, cuma harap mereka prihatin gn kita yg keje swasta ni. dah la bukan ada elaun mcm mereka. kakitangan kerajaan mcm2 elaun ada. dr elaun rumah smpi la elaun minyak.

    bila gaji mereka naik, harga barang pun naik. kami yg kakitangan swasta ni gaji tak naik2. tu yg tensen.

    p/s: rajin ko post gambar dlm blog. gambar anak2 aku banyak dlm PC. nak upload malas giler.

  3. chlorofil On

    baiklah kita tunggu dan lihat

    akukaya: keke… mmg btul la ko pondan. pondan jual bontot kat chow kit pun lg baik dr ko sbb tak kaco anak bini org. hehe ex-student MMU? hehe… aku penah belaja sana. awat tak search skali detail aku.

    aku tak penah dgr lg ada undang2 yg leh hukum ahli keluarga kalo suami buat salah. hehe… bengap. kalo ada tindakkan dr TM kat isteri aku atas apa yg aku tulis, maka aku takkan teragak2 nak report kat pjbt buruh. bebal. tak dpt hukum aku, nak hukum bini aku plak.

  4. chlorofil On

    Aku rasa semua org boleh complaint rasa tak puas hati masing2. Tapi bukan cara mencarut dan memaki hamun. Kalau ko berada di tempat org yg dimaki hamun macamana? kena fikir la ko pun x lama nak jadi bapa. Bagi cth yg baik. Bukan sebaliknya. Ni anak masih dlm kandungan ko dah ajar benda2 x baik.

    Cara maki hamun bukan cara penyelesaian atau mengurangkan stress malah menambah kemarahan org yg yg x terlibat secara langsung.

    Itu ikut nafsu amarah namanya.Silap-silap klu dibawa kemeja sisatan mahu isteri ko kena tindakan. Unit SAC perempuan yg mengandung bukannya ramai sangat.Ko ingat tak boleh trace ke? Sia2 je tindakan ko. Better ko tulis baik2 lain kali.

    akukaya: statement plg buduh setakat ni. aku tak kisah ko nak ugut aku ke, nak report polis pasal tindakkan aku ke tp aku plg pantang org cuba ugut aku gn ahli keluarga aku. nampak sgt kebaculan ko sbg lelaki sbb ugut aku gn kerja isteri aku.

    aku yg tulis pasal aku tak puas hati. aku yg marah. ni blog aku. apa kaitan gn bini aku? bukan bini aku yg tulis. nape nak gertak gn kerja bini aku.

    so g mampus gn ko. ni Malaysia, ada undang2. aku mencarut ke? sila pergi ke klinik kerajaan yg aku pergi, tanya la ada ke aku mencarut kat mereka? penah aku parah staff kerajaan? walaupun kadang2 staff kerajaan penah layan bangsat kat aku masa aku bujang dulu, tp tak penah lg aku maki staff kerajaan.

    aku sekadar tulis diblog yg merupakan diari online aku. ko leh bukak diari bini ko, atau diari mana2 perempuan, kalo ko berani la dan tak malu. baca diari mrk dan ko akan faham apa itu blog @ diari online.

    blog merupakan tempat meluahkan perasaan. jadi tolong, jgn jadi jumud, begap. kalo nak amik tindakkan, amik tindakkan kat aku. kalo rasa blog aku salah kat mana2 undang2 Malaysia, sila report polis. jgn jd bacul, begap dan dayus gn ugut kerjaya bini aku.

    nak siasat sape yg bersalin kat SAC? silakan. kalo bini aku kena pecat ke atau pindah, maka ko lelaki paaling bacul penah aku jumpa. marah kat aku, ko lepas kat bini aku. PONDAN!!!

    aku tak penah mencarut dlm rumah aku seumur hidup aku. mcm sesetengah perokok yg mana mrk tak merokok dlm rumah sbb menghormati isteri dan anak dia. mcm tu aku. tak mencarut dlm rumah sbb hormat isteri dan anak aku. jd tak perlu la membabitkan anak bini aku. mcm la ko tak penah maki hamun seumur hidup ko.

    lg sekali, aku tak penah ajak ko dtg baca blog aku. ko dtg sendiri. ko ada pilihan utk tidak sakit hati dgn tak baca blog aku, tp nape ko pilih utk baca. tlg la, ko nak marah sbb diri ko yg nak marah, nape nak salahkan blog aku. sebuah tulisan yg sekadar melepaskan perasaan tp ada yg yg buduh amik serius.

  5. amavisca On

    Aku nyer wife suma buat check up kat klinik kerajaan. Ok jer. Tunggu la lama skit…every appointment sejam dua ..no hal la. Sekali je pergi buat scan kat klinik swasta. Lain suma kat klinik kerajaan. Sesekali gi klinik ibu obstetric kat hospital serdang. Buat scan , suma kat sana. Siap ada kelas nak menyusu anak la dan sbngainya. Free je. Bersalin kat hospital serdang jugak , ceaser, duk bilik kelas 1 dua orang sebilik …anak aku siap masuk NICU lagi 7 hari. Overall aku bayar hanya RM 80 sahaja. Kalau takder GL bayar dalam 600-700.

    Kalau hospital swasta member aku kena RM 8000…DBKL cover separuh…for what?
    …same service…bayar mahal.
    Ko hanya kena pandai bersabar…pandai pilih hospital. Cari hospital tanya orang..survey skit..

    akukaya: btul2. yg beza cuma layanan je dan fasaliti rasanya. cth hospital serdang, bini aku bersalin pagi, pkl 7 mlm baru dpt wad. wad penuh. bila aku minta wad 1st class, depa tak mau bagi melainkan kalo ada GL. gile pe. mana aku ada GL, aku keje sendiri. takat bayar aku bleh tp depa tak mau bg masuk wad 1st class gak, so kena tunggu wad biasa kosong. hampeh tul.
    Itu je la…bagi aku beza dia layanan je la…benda sama je.

  6. fippo On

    malaysia ni kecik aje…jgn gado2

  7. aku On

    Kesimpulan yg aku dapat..kalau kau kata TM tu bangsat, kau pun bangsat la sbb makan duit gaji dari TM. Kau marah2 kt TM tapi dari gaya kau kata TM bagi peruntukan RM2500 untuk bersalin tu macam bangga jer???Hmm..itu lah dia, manusia sekarang tak sedar diuntung.

    Sian kat anak kau, ada bapak macam ni. So kalau anak kau dah besar kau jgn marah kat dia pulak kalau dia keluarkan perkataan bangsat kat orang lain. Ingat, anak tu akan mewarisi sedikit sebanyak perangai orang tuanya..Salam..

    akukaya: aku rasa ko tak g sekolah kot sbb tu tak faham apa aku tulis. pertama, aku tak keje gn TM pun.bini aku keje gn TM.

    kedua, aku marah kat TM bukan secara keseluruhan. aku marah hanya krn mrk gagal desak PM care utk bukak klinik panel kat cyberjaya sedangkan mrk dah bayar kt PMcare berjuta RM setahun. So saper yg bangang? TM atau aku atau ko sbb tak faham isu. Dari segi lain2, aku puji TM terutamanya TMNET sbb streamyx aku laju. haha… kalo benda kita tak puas hati mesti kita komplen. tu lumrah manusia. mcm ko gak la, ko komplem tulisan aku. knp? sbb ko manusia normal dan aku manusia normal. mcm la ko tak penah komplen2. Arh… puih…

    Ketiga, aku tak marah kat klinik kerajaan. Aku cuma marah kat karenah birokrasi mrk. Sbb birokrasi la ubat lambat smpi. Kalo korang check blk, saper yg dpt tander supply ubat2 kat klinik kerajaan? Kroni2 mrk gak. Duit saper mrk sebat? Duit pembayar cukai gak. So, aku salah atau kerajaan dlm isu ni? Kalo ko kater aku gak, maka ko bodoh. haha…

    Ketiga, bab jln2 kat putrajaya dimana signboard mrk mengelirukan, hehe… andaikan je aku yg bodoh sbb tak pandai tgk signboard. So aku nak lepaskan kemarahan, aku tulis sini.

    Hek eleh, mcm ko bagus sgt je tak penah ckp kasar2. Mungkin ko tak tulis dlm blog tp dlm hati mesti ko ada sebut gak. Tercarut ke, terkasar ckp ke. mesti ada la. Kalo takder, aku respek la kat ko. hanya ko sendiri je tau.

    So, baca la dgn otak terbuka. Jgn tgk pada tulisan atau ayat aku sbb aku kalo tulis mcm ni. tp kalo korang jumpa aku dan bersembang, korang takkan sangka tulisan ni semua aku tulis. Again, ni blog aku, blog maksudnya diari online. tempat aku meluahkan perasaan. tak suka, buat2 suka je la.

  8. xie On

    bertemu semula kita..untuk pengetahuan aku dah bersalin pun kat hospital putrajaya..sekarang dlm pantang.
    bersalin semi gov,bayar untuk bilik je yang lain guna GL husb.so far ok..best la..service pun best..nurse semua caring xde pun yang tunjuk muka..cuma mula2 x puas hati dgn lawatan..semua kena ikut waktu lawatan..tapi kalau kata nak hantar barang,guard tu bagi juga masuk kejap..my mom hari tu konon nak teman malam,tapi guard x bagi..pada aku bagus gak..aku lagi suka privacy..dan kalau nak teman biar husb yang teman daripada mother atau org lain..
    bersalin kat putrajaya best..dok cekap..kalau masa deliver salah ikut arahan..dorg x marah..jerit je bagi amaran supaya kita sedar..aku plak masa tu ngantuk terlebih gas oxy.nurse kata kalau sakit sedut je gas..apa lagi..sedut sampai ngantuk la.sampai dok dah angkat kaki pun aku x perasan..cuma ada satu nurse yang jaga kat labour room tu mcm malas sikit,husb kata sebab shift dia dah nak habis.bila nurse lain ganti,baru ok..nurse tu tunggu je aku kat labour room dgn hus…
    malam pas deliver,nurse akan datang jenguk aku rasa setiap 20minit.bila dia tgk baby aku x tdo lagi..dia plak yng amik untuk tdo kan..dia suruh aku plak rehat..dorg ajar mcm mana nak bagi susu badan..dan alternatif lain kalau dah x boleh sgt.
    kiranya serba serbi best..aku puas hati dgn layanan dorg..x la seteruk yang aku sangka hos gov ni..oh ye..dok laki ada gak jenguk..tapi dia dah specialist..datang jenguk skali skala je..

    akukaya: tahniah puan krn menjadi ibu. isteri aku bersalin kat hospital serdang jek. Putrajaya dah penuh smpi hujung thn ni. kalo ada kosong pun mrk utamakan kakitangan kerajaan jek. Hospital serdang ok je layanan nurse dia cuma kelemahan mrk kurang katil. isteri sy bersalin tghhari tp dpt katil pkl 6 ptg sbb kena tunggu katil kosong baru masuk wad. Sian gak.

  9. Tenggang On

    Pegi specialist laaaaa brooo….. ape kes klinik kerajaan….. orang takde duit je gi klinik kerajaan niii…. rosak imej……

  10. wat On

    salam..
    I dah pregnant 4 bln..mmg tak pernah pegi check up kat gov lg..I pg buat kat private je.Dr pompuan muslim yg buat check up.
    For me, the most important thing is Dr wanita muslim.
    Klu blh confirm dpt Dr wanita muslim or at least Dr wanita kat gov, mmg I akan pergi jgk..tp tau je la..tak ramai Dr wanita kat gov.
    Especially untuk bersalin nanti..mmg dah plan nak pg Pusat pakar rawatan islam kat bangi tu..so start saving d skrg..kat situ mmg confirm dr pompuan..

  11. mama iman On

    hmm..ikut pengalaman sy, dah 2 kali bersalin and tg pregnant utk kali ke 3, tak pernah sekali pon gi check up kat hospital/klinik kerajaan..bukan sbb tak percaya atau nak berlagak byk duit (takde kaya pon), tapi sbb nak keselesaan dan tak nak buang masa..klu kat gomen, faham2 jelah ramai patients..kekdg staff tak menang tangan..tu yg ada hangin satu badan tak memasal ngan patients..so nak elakkan sakit hati, dgn rezeki yg ada, pegilah hospital swasta..kat situ bukan semuanye pengalaman indah pon..ada gak nurse yg tetiba mcm moody ngan patients, cuma kurg sikit sbb bila kita komplen, immediately dia kena ngan pihak atasan..apa2 pon, terpulang kat individu lah.klu rasa mampu, nak selesa, guna kan alternative yg ada..mcm sy sendiri keja kat co yg ala2 gomen, tapi bukan gomen..nak fully cover gi lah spital gomen..klu private dia bayo separuh je..pandai2 le menabung utk bayo bil..

  12. zurain On

    nak yang spesel p la kat hospital swasta,garenti x denye ko susah.keluar la bujet skit utk bini ko.ko berdua kn keje besor,x kan x mampu kot.yang p kerajaan tu orang yang x cukup duit,so duit x kluar banyak jgn la komplin giler2 kat kerajaan.apapun tahniah la dapat baby.jangan asyik kutuk kerajaan je.

  13. eina On

    den raso.. blh kira kot seumo idup den brapo kali den poie klinik KERAjaan… ada arr dlm 5-6 kali.. tu pun sbb parents yg bwk.. kalo x, den lbh prefer klinik swasta or.. beli ubat je kat farmasi.. penin ke, demam ke, x larat nk bangun ke, telan je panadol.. hahha..

  14. xie On

    best plak aku baca blog ni..esok 7hb 5 genapla 8 bulan aku mengandung.kalau ikut plan mmg aku akan bersalin kat hospital putrajaya tu..aku check payment dia..aku amik awam punya walaupun aku boleh dapat GL atas nama husb.(tapi x dapat la 1 bilik sorang.aku prefer 1 bilik aku sorang).aku tgk bayaran tuk awam rm80 katil sahaja untuk sehari,dan rm300 untuk bersalin normal.in case kena ceaser ke baru rm800.deposit dia akan amik dlm rm350.itu bayaran untuk awam dan bilik 1 katil seorg.aku rasa ada bagus gak bersalin kat sini,priv sakitnya sama,bayar je mahal.
    kalau govt,nurse yang garang tu ada baiknya sebab xde la kita nak manja ngada2 lebih sgt.sakit sikit pun x boleh.mcm mana nak beranak..tapi aklau cleupar sgt,mmg kena maki juga la dgn aku nanti..priv mmg la layan baik,sebab duit yang dorg dapat pun mmg terlebih baik.x rasa membazir ke?duit beribu2 bayar untuk bersalin kat private.padahal sakitnya sama je..dah tu,duit yang beribu2 tu boleh buat benda lain yang lebih penting,beli pampers anak ke,beli rumah ke,bayar nursery baby mcm2 lagi boleh buat dgn duit beribu2 tu.kalau takut nurse garang dan celupar,byk2 kan la bc ayat kursi semoga dapat nurse yang lemah lembut..
    oh ye,kalau bersalin mungkin selamat kat priv,tapi kalau gugur,nak cuci kat gov,minta jauh la..ada mbr tu dia cuci 2x kat gov,bleeding byk lagi.bila p pusrawi,doc kata x cuci habis..apa lagi..cuci lagi la..azabnya yang x terkata..

  15. nonie On

    actly mmg klinik govt mmg t’knl camtu..ms aku pregnant dlu pn ramai yg kate klinik govt lembab la..nurse die berlagak la..tp so far aku alhamdulillah..checkup kt klinik govt.bersalin pn govt..cume klinik tpt aku checkup tu ramai warga asing..org kite adela 2 3 org je..xselesa la sket..depa ni xjg kebersihan..
    utk sdra admin..aku ade petua utk isri ko..base on experience aku la..juga utk ibu2 mngandung yg lain..selain dpd amln doa (kalo nk doa mudah bersalin aku le fax kn), nti bile msuk je mgu ke 35 suh la wife ko byk kn b’jln..tp jln pelan2..mmg letih n sakit sket kt bwh perut tp utk mudahkn bersalin thn la sket..b’jln la smpai dh nk bersalin nti..InsyaAllah sakitnye xkan lama n sng je bby kuar..biorla kite sakit sbb mmg kite nk bersalin, bkn sbb kite dipaksa bersalin (induce)..sakit giler ooo kalo induce..so, slmt menempuh khidupn baru slps b’gelar ibu bapa..

    akukaya: terima kaseh nonie. haha… makcik aku baru2 ni bersalin tp dia bubuh ubat sbb dah lewat masih tak rasa nak bersalin. tak silap aku dah lewat 5 hari dr tarikh target so kena masuk ubat. tak tau la ubat apa tp lepas bubuh ubat tu, ALhamdulillah bersalin.

  16. apala On

    iss.iss… ade 2 jenis org kat dunia…
    1st tahu bersyukur dgn ape yg ade dan yg 2nd selalu merungut dan x puas hati memanjang..
    klu x puas hati jgnla luahkan dlm blog..tulis dan hantar kat suratkhabar ke…tv ke ape ke.. barula diorg bole feedback

    akukaya: keke… ko mesti tak faham fungsi blog sebenarnya. Blog asasnya adalah diari online. mcm diari yg kita dok slalu tulis dlm buku tu. sama la. aku tulis pasal klinik kerajaan bukan nak memburukkan mereka tetapi sekadar meluahkan perasaan. aku tak suruh ko baca pun. malah aku tak ajak pun ko dtg sini baca. dan aku tak marah pun kat klinik kerajaan skrg. masa tu je aku panas. mana ada manusia tak penah marah. dlm dunia ni setiap org mesti penah marah sesuatu yg sebenarnya kalo pikir2 kan blk mmg rasa mcm tak patut marah. cuma keadaan dan suasana pada masa tu yg buat kita marah. So tak perlu rasanya aku nak tulis kat surat khabar ke atau antar surat kat kementerian ke apa. sebab ni diari online aku, khas utk tantapan isteri dan bakal anak aku yg akan lahir tak lama lagi.

  17. Nor Azrina On

    hai semua,

    saya lyn. saya dah ada pengalaman bersalin anak pertama. semi-government. saya bersalin kat PPUM. so for, everythings ok…masa nak check kita, walaupun doktor lelaki, ramai lagi nurse2 perempuan kat situ yg ade skali. dia bukan tinggalkan kita berdua dgn doktor tu je. so, nurse2 boleh nampak ape yg doktor buat tak betul.

    doktor kat PPUM mmg baik2. tp nak jadikan citer, masuk PPUM hari jumaat malam sbb baby kurang gerak. so, pagi sabtunya, doktor pakar datang check n cakap aku ni dah cukup 39 minggu, so doktor bagi induce…

    kul 12 tgh hari masuk ubat, jangka bersalin kul 4 petang. tapi 3.30 dah tak tertahan sakitnya. meraung gak. panggil nurse tp buat tak layan jer…last2 panggil doktor. bg tau dia mmg dah sakit sgt, barulah dia check mmg dah nak bersalin. kalau ikut kata nurse2 tu dia suruh aku hidu gas je…tahan sikit4…dia marah nya kita balik…

    ape pun…PPUM ok kalau sape2 nak bersalin. aku org gomen, guna GL. bayar RM21 utk duit katil…alhamdulillah…semua selamat, baby pun selamat. baby skrg dah nak masuk 4 bulan. skrg ni mengandung ke 2. jangka bulan 11. insyallah akan ke PPUM gak…

    akukaya: tahniah. isteri aku tak pasti lg nak bersalin kat mana. hospital kerajaan atau swasta. TM ada bg peruntukan RM 2500 untuk bersalin.

  18. ijat On

    Apa2pun, sbg govt servant aku amat bersimpati dgn ko. Just a wrong timing, walaumcm manapun itu bukan alasan. Lain kali, kalau ade je staf2 Kerajaan yg kurang ajar dsb, report je kat Ketua Pengarah Kesihatan/ Ketua Setiausaha Kementerian.

    SO far alhamdulillah, wife aku slamat melahirkan anak di hosp kerajaan dan checkup di klinik putrajaya, agak ok. But seriusly, dpends on the clinik. Aku pernah buat treatment di klinik kerajaan somewhere di gombak dan di putrajaya. Klinik di putrajaya jauh lebih baik (so far la).. cuma lambat tu tak dinafikan kalau org ramai.

    It is true, the best specialist di hosp2 kerajaan terutama di GH. Some govt hospital terkenal dgn kepakaran masing, sperti di hospital putrajaya… rawatan kanak2 dia cukup bagus. Cuma nak jumpa pakar skit punye susah, kene strong reason baru dpt jumpa..ala2 dr house la kiranya. Sewaktu wife aku mengandung, aku rasa tak pernah doktor check (mungkin ada sekali dua), selalunya nurse je yg buat checkup.. (they have standard procedure dan nurse govt kadang2 leh handle simple procedure).. kalau ade something..baru dia refer to doctor. bila nak deliver pun, nurse2 kerajaan yg kuar dan sambut anak aku.. agak terror jugakla.. terutama bila ada nurse yg tua dan pengalaman. sometime it is true, ada kalanya, just too bad, u receive nurse yg agak teruk…but complaint jee… kem kesihatan quite responsive i think.

    akukaya: kesian la plak kat nurse2 yg kena report. tak smpi hati rasanya nak report. Pasal lambat tu mmg setuju sebab ramai yg dtg ke klinik kerajaan. Semalam bini aku g checking pkl 8.30, pkl 12.30 baru dpt jumpa doktor. Huhu… kira ramai la org.

  19. xie On

    aku nak bagi tahu sikit,kalau ada yang nak bersalin tu..elakkan guna epidural.xde baiknya amik ubat tu..rasaila kesakitan sebanr bersalin.sakit bersalin sekejap je..tapi sakit menganggung kesan epidural berkekalan.risiko tinggi..aku tgk bayaran samapi mencecah rm500.tapi risiko dia banyak.aku rasa cucuk kat urat belakang lagi sakit.dah tu risiko sakit pinggang,risiko tulang,x boleh tdo cmm2 lagi.cuba baca pasal epidural..kalau hos kerajaan,dorg xn galakkan guna epidural.swasta sebab nak duit.so,elakkan guna epidural.sakit kesannay lagi lama dari sakit bersalin.

  20. xie On

    aku ni tgh pragnant 6 bulan dah..masa bulan keuda dulu p klinik kesihatan kat puchong.hari pertaam mmg sakit hati gila.aku datang time org sikit dan aku balik juga time org dah sikit.dah tu pnas..air cond besar tapi x berfungsi.masa nak jumpa doc pun tapi staf dia ok..cuba ada satu staf tua jaga kaunter urine..biadap!tapi kena gak maki dgn aku sikit.masalahnya time nak jumpa doc punya lama gila.boleh plak dia bagi yang ada budak masuk jumpa doc dulu.yang tgh pragnant ni last..dah tu no giliran langsung x ikut.yang aku nampak dia tulis kat board, diaorg cuma ikutr jenis ujian yang dijalankan bukan sisitem giliran.so nombor giliran yang dibagi tu semata2 untuk senang dorg tulis kat no digital tu..adoi..aku pk sebab kurang kemapuan la aku p KK.kalau x swasta juga la..tapi kalai kedua dan sampai sekarang aku tetap masuk KK tu.dan alhamdulillah..makin cepat plak settlenya.dan mungkin ckp ko tu betul,lambat sebab aku first time kat situ masa tu..ntah la..

    tapi kalau ikut kata adik ipar aku yang keje MA, kalau berlaku apa2 kat hospital swasta,dorg xn tanggung,sebaiknya dorg x nak ada pesakit mati kat hospital tu..so cepat2 dorg akan tolak ke hos kerajaan.jahat plak aku dgr.dan kebanyakan seanrai mayat yang dihantar ke hosp kerajaan adalaha dari Pantai Medicare.kebanaykan pakar yang diiktiraf banyak di hosp kerajaan sebenarnay bukan swasta…menurut kata dia lagi,kebanyakan nursxe yang garang tu sebnarnya dah banyak pengalaman.marah sebab kadang2 mungkin salah kita.tapi ada gak bangsat nya nurse mulut celupar..

    akukaya: setuju…setuju… hospital swasta mmg akan suruh pesakit dia refer ke hospital kerajaan gak bila mrk tak dpt setel problem tu.

  21. qasyia On

    erm…sedih aku bc kish bini and ank ko..
    xper2 smoge ank ko nnt sentiase d bwh keberkatan dan keredhaan dr-Nya..
    mmg btol Kera-jaan nie bangsat.aku dl pon penah kene gak..wat skt ati jek.adeke dibiarkan mak sdare aku tg tgh koma dlm ICU la di pindh2kan..last2 da arwah ..hmm…xperla tu sume adlh kehendaknyer..k cau..

    akukaya: Takziah buat mu…

  22. lily On

    jgn bawak isteri anda ke hospital kerajaan lagi. kesiann dia. selamat dapat baby! :D

    akukaya: tak salah dapatkan rawatan kat klinik kerajaan. apa yg sy tulis disini hanya utk tantapan pihak kerajaan agar mereka dpt memperbaiki lg perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. bukan semua mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta. kira tak adil la bg rakyat berpendapatan rendah. takkan kita nak ckp kat mrk, “padan muka, saper suruh miskin?”.

  23. IDA On

    mcm dalam cerita tu….saya pun ade pengalam beranak gak…saya pun check gan kerajaan, beranak pun di host.kerajaan.tiada masalah pun ape pun tak semua host.kerajaan tu ade masaalah.ikut pada nasib kita la.. setakat ni ramai gak kawan saya beranak host.kerajaan tiada masalah pun..jagan la terlalu megutuk host.kerajaan..kalau tak mau layanan mcm tu ade bajet pi swastala….abis cerita..layanan lagi baik…

  24. anisss05 On

    saba la……..nama pun KERAjaan…skang ni depa sebok nak selection……….

  25. leeloo On

    saya dah berpengalaman bersalin 2 kali, dan dah nak masuk 3.check kandungan kat kerajaan dan bersalin kat swasta.biasala..bajet!! tak pernah hadapi masalah besar kat kerajaan.Alhamdulillah ok.tp pernah jumpa org yg beriya2 tak puashati.suami saya cakap, org banyak komplen mmg selalu ”terkena”.apa pun, u made your choice,kerajaan or swasta….so..deal with it!

  26. mus On

    Interseting column. Anyway bebanyak besabar. Banyak benda sebenarnya kena di perbetulkan especially dari segi pengurusan. Kalau betul leadershipnya maka tak akan berlaku ketiadaan Doc atau keputusan ubatan. Sistem yang ada sekarang ni kebanyakannya dah nak buang air baru nak cari jamban atau kita panggil fire fighting mode. Tak ada system yang proactive. Permasalahannya adalah birokrasi. Kalau kita sebagai ketua jabatan, kita mesti hapuskan birokrasi, utamakan kepuasan pelanggan. Mereka (orang awam) adalah pembayar cukai. Kita gov servant kena provide the services. Kalau tak ada pembayar cukai maka kita tak begaji.lah. So sebagai leader kita mesti berani buat perubahan, perubahan yang membawa kebaikan atau kemanafaatan kepada semua.

  27. admin On

    Salam Dr. Noraini,

    kadang2 kita tak leh nak salahkan nurse dan doktor hospital kerajaan. sbb mostly masalah bukan dr mereka. Macam masalah ubat takder, sy percaya tu bukan salah kakitangan klinik tu tp mostly salah pembekal ubat yg lmbat hantar. maklumla dlm kerajaan ni banyak sgt masala birokrasi.

    Dan kerajaan juga membayar gaji kakitangan klinik dan hospital terutamanya doktor sgt rendah. sepatutnya kerajaan membayar gaji2 doktor ni sama dgn gaji yg diterima oleh doktor swasta. baru la doktor dan nurse semangat kerja. betul tak?

    mcm tu gak gn gaji polis kena kasik up. jabatan2 yg kritikal mcm perubatan dan keselamatan mmg patut terima kenaikkan gaji. Ini bleh menaikkan semangat mereka untuk berkerja. dan keja mereka pun susah sbb nak kena layan gn pesakit yg mmg bila dah sakit, mental pun tak stabil. hehe…

  28. Dr Noraini- SO Surgical Dept GH Ipoh On

    SY FAHAM KEADAAN SAUDARA ADMIN. SY X PERNAH LA TUGAS KAT KLINIK KESIHATAN. TP KADANG2 PERGI MEMANTAU. SY X NAFIKAN ADA SESETENGAH DOCT YG SLALU TAK ADA.. KADANG2 KAMI SEBAGAI DOCT PUN X BERAPA PUAS HATI KEJE DGN KERAJAAN. SESETGH KK MEMANG LAMBAT DPT UBAT. KDG2 PATIENT TERLALU RAMAI. TP SPATUTNYA UBAT MESTILAH SENTIASA ADA..TP BETTER G CLINIC SWASTA.. HAHAH… I PUN NAK PINDAH PEGI UNDER KPJ… I HOPE UR WIFE SELAMAT BERSALIN.
    FROM;
    DR NORAINI,
    SPECIALIST OFFICER,
    SURGICAL DEPT,
    GENERAL HOSPITAL IPOH.

  29. admin On

    Keke… Dr. Adam. takder nyer aku nak marah. aku marah kalo org tu tak tau hujung pangkal pastu hentam tak tentu pasal mcm komen atas ko. keke…

    aku tak kisah pun pasal slow ke lambat ke kat klinik kerajaan. cuma aku tak berapa suka bila kita dah buat appoinment nak jumpa, nurse ckp doktor takder. 3 kali dtg jd mcm tu. last2 kali ketiga tu baru dia ckp kalo nak jumpa doktor g klinik kat dengkil.

    kan senang kalo ckp awal2.takder la aku marah. ni smpi 3 kali dtg takder hasil.

  30. Dr Adam Azmann On

    RILEKS..AKU NO KOMEN PASAL KLINIK KERAJAAN..BENDE NI BIASA BERLAKU..INILAJ DINAMAKAN KARENAH BIROKRASI..AKU NGAKU AKU OUN KADANG MENGULAR KAT HOSPITAL..BENDE NI DAH JADI MACAM COMMON..PASAL TM TU AKU TAK TAU LA…ADMIN…AKU AS DR PUN SUGGESTKAN MANER2 WANITA YANG MENGANDUNG ANAK SULONG SUPAYA G WAT MEDICAL CHECKUP KAT PRIVATE HOSP. TP ITU BAGI YANG BERKEMAMPUANLA..SEKARANG NI PIHAK BANK DAH SEDIAKAN MACAM2 SKIM INSURAN.BUKAN MAHAL PUN CUMER RM50 SEBULAN…ASTRO KORANG BOLEH BYAR BULAN2..APA SALAHNYA UNTUK NYAWA ISTERI KITA SEBAGAI LELAKI MELABUR SKIT…AKU CUMER BAGI KOMEN..KALO SALAH JGN BLAME AKU LAK

  31. admin On

    lu buduh la cyberian. Dah TM bayar berapa juta kat PMcare, dan adalah satu benda yg bodoh kalo TM tak pulun abis2. Apa salahnya TM request satu klinik kat cyber? abis tu biar je duit TM abis bayar TM bodo2.

    kan dlm post sblm ni aku dah ckp, mlm tu aku dah hantar bini aku ke klinik swasta, yg bukan under TM.

    aku terpaksa pergi ke klinik under PMcare sbb nak MC. Department bini aku tak terima MC dr klinik yg bukan panel TM. paham tak cyberian?

    nampak sgt ko bodoh, bangang dan bebal. Knp la TM upah perkerja bangang mcm ko. Sbb tu baca post aku abis2 dulu.

    Aku dah bawa bini aku g klinik swasta bukan panel TM, dia siap nak bg MC tp bni aku tak amik sbb TM sendiri tak terima MC dr klinik non panel. Buduh. baca post aku sblm ni http://akukaya.com/blog/air-mata-suami/

    dan lagi satu, masa kes ni berlaku, aku baru sebulan dok kwsn cyber. bangang nyer kakitangan TM yg mcm ko.

  32. Cyberian On

    apalaa bangsat sangat statement…statement macam x pakai otak…semua2 nak TM tanggung, kalau dah sakit sampai tahap nak mampus takkan nak tunggu duit TM jugak???setahu aku kalau graduate TM yang taja, mesti dapat gaji ribu2..haprak sangat ke sampai tak boleh keluar yang berapa sen sangat tu….dah la belajar TM taja, takkan la sampai nak masuk kubur pun harap duit subsidi TM..kat cyber tu kat street mall ada klinik, dalam mmu pun ada..kalau kritikal sangat pergi jelaaa…dulu kan duit yg berapa sen sangat pun x boleh ke? lepas tu claim la..haprak sungguh..makcik aku yang kerani cabuk pun mampu bayar bil hospital swasta…ni graduate, laki bini kerje pun tak mampu? kasihan…fyi, aku PMcare holder gak, tak pernah pun ada problem??? btw, gaya macam dah lama duk cyber..takkan jalan kat putra pun boleh sesat???

    ishh…cakap siang pandang2..TM bukan nak tanggung kau sorang je yek?dan nak tulis blog ni…pikir banyak kali..kalau org TM dapat cari sape kau, mmg kena buang kerja..tak tahu diuntung..tah2 yang belajar tu ditaja TM tu pun belum habis dibayar, lagi mau kecoh2.

  33. admin On

    AMIN. insyaALLAH slmt. kali ketiga yang aku dtg pun takder doktor gak. nurse suruh g klinik dengkil. ta per la. aku bukan apa risau. g klinik dengkil pun, doktor amik darah antar ke hospital klang sbb nak siasat nape darh bini aku kurang sgt. hemoglobin rendah katernya.

  34. ah chong On

    ape2 pun wa boleh cakap… lu just happened to be in the wrong place at the wrong time. banyak2 lah bersabo…mmg dugaan laki kalo wife tgh sarat nak beranak tu. semoga semuanya selamat utk lu. aminnn

  35. isteri On

    setiap kali gi chek perut kat klinik kerajaan, nurse selalu suruh semua ibu-ibu ngandung pi chek air kencing dengan merendam kertas khas dalam air kencing utk tengok ada apa2 masalah air kencing.aku rasa kerajaan patut supply kertas ujian air kencing yang lebih bagus, sebab sepanjang aku tengok semua ibu-ibu mengandung termasuklah aku lulus aje ujian tu. Tapi bila aku gi chek kat klinik swasta, lain pulak resultnya. Hai, macam2.

    Rasanya start minggu ke-6 usia kandungan, dah boleh chek ultrasound dan nampak kepala dan badan janin. Lebih2 lagi minggu ke-8 janin sudah membentuk rupa manusia inikan pula usia janin masuk minggu ke-20. tentula nampak lebih chomel..walaupun versi itam putih..

  36. Pembebel On

    Ni kes bangang. Skalipun pri, buat kerja kena ikhlas da.. Cukai tu kan kita sumer bayar? Huhu.

  37. admin On

    aku silap. bukan dia suruh dtg mingu depan tp bulan depan. maksudnya dua bulan dtg tapi takder hasil. tak jumpa doktor.

  38. admin On

    terima kaseh sbb bgtau. hehe… mmg aku tak cadang nak besalin kat hospital kerajaan pun. tp setau aku mmg wajib daftar kat klink kerajaan berdekatan. tp kalo dah ko ckp mcm tu, nnt aku cek btui ke tak. kalo betul seronok la aku sbb tak yah antar aku g sana dah.

    sbb tu bila bini aku skt aku tak g pun hospital atau klinik kerajaan.

    bini aku dah mengandung 5 bln lebih. takkan doktor tu nak menipu aku kot. aku sendiri pun tgk baby aku.

    bayangkan dah 5 bln tp doktor masih tak periksa bini aku. mungkin salah aku tp dah 3 kali g doktor takder apa kes?

    seperti aku ckp, kesihatan dan pendidikan tanggungjawap kerajaan. jd kerajaan kena buat sebaik mungkin. kalo tak leh baik tak yah memerintah.

  39. lns On

    alo bro.. aku nak perbetulkan sikit pasal klinik kerajaan tu… saper kata kerajaan tetapkan org mengandung pegi daftar kat klinik kerajaan ha? tak wajib la bro.. klinik kerajaan tu utk org yg tak berduit, servisnyer free so paham paham ler ek.. kalo nak power treatment g ler hospital swasta.. tapi paham paham jer lah.. kalo tak puas hati sangat tok sah hantar bini tu ke klinik kerajaan.. ko pikir sikit, kenapa masih ramai org g klinik kerajaan walopun tau servis nyer cam cinabeng yg ko cakap tu?? asal?? sebab free kan?? hospital @ klinik kerajaan menerima beribu org sakit cam bini kamu tu… semua ada sakit macam2.. so, kalo ko rasa klinik @ hospital kerajaan nie cinabeng sangat, tak yah ler hantar ke sana.. g je klinik swasta tu.. lagi satu kau nak tanya.. bini ko tu ngandung barapa bulan dah?? dari ayat yg ko post ni “hati aku terus sejuk dan lupakan kes2 bangsat td bila tgk anak aku yg dalam perut bini aku di mesin scanner tu. hai…comel anak aku.” macam dah ngandung 6 bulan atas.. kalo baru ngandung mana nampak apa da… ko nampak anak comel mana pulak nie?? ko biar betul wei..

Leave a Reply