BUKANLAH satu perkara yang mengejutkan jika dikatakan kumpulan Alleycats adalah ikon kumpulan muzik bukan Melayu yang punya ramai peminat daripada kalangan orang Melayu.

Malah kemerduan suara David Arumugam dan mendiang adiknya, Loga mampu meruntun hati peminat merentasi bahasa, kaum dan sempadan geografi.

Tidak juga harus dinafikan bahawa ramai daripada kalangan yang berumur 30-an, 40-an malah 50-an ke atas termasuk saya membesar dengan lagu-lagu merdu dan syahdu dendangan Alleycats.

Gabungan dua adik-beradik bersama teman-teman daripada kalangan bukan Melayu yang menubuhkan kumpulan muzik Alleycats ternyata mampu bertahan dalam industri muzik tanah air lebih tiga dekad.

Sebut sahaja dendangan lagu-lagu mereka antaranya Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Gerimis Senja, Seribu Bintang, Luka Lama Terguris Kembali, Noktah Terakhir, Dalam Kerinduan, Kerana, Layang-Layang Terputus Talinya, Jika Kau Bercinta Lagi, Sampaikan Salam Cintaku - semuanya menggamit naluri.

Ia juga adalah manifestasi lagu-lagu yang mempengaruhi alam percintaan sebahagian besar pasangan yang dilamun cinta dan kemudian kenangan lagu-lagu itu tetap segar apabila pasangan tadi memasuki gerbang perkahwinan.

Apa yang menarik, Alleycats adalah manifestasi bagaimana kumpulan muzik bukan Melayu yang mampu menjadi nama besar dalam industri muzik tanah air yang sebahagian besar ‘konsumernya’ adalah masyarakat Melayu.

Kemampuan menyanyikan lagu syahdu nan merdu dalam bahasa Malaysia dengan baik bukan sahaja menarik minat pendengar Melayu malah menjadi antara tarikan utama kepada bukan Melayu untuk meminati lagu Melayu. Inilah sumbangan besar yang harus kita hargai, bahawa usaha memperkayakan bahasa kebangsaan bukanlah terhad dalam bentuk seminar akademik, seminar linguistik atau peranan institusi seperti DBP semata-mata.

Medium lagu dan hiburan seperti yang dibuktikan oleh kumpulan Alleycats ini adalah satu bukti jelas, bagaimana ruang lingkup bahasa kebangsaan itu jika kena dengan pendekatannya, sesuai dengan selera audiens yang pelbagai mampu mengajak masyarakat ke arah itu.

Seperkara yang artis lain ataupun bakat baru yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan harus belajar daripada kecekalan dan bakat besar kumpulan Alleycats. Kejayaan, populariti dan kelangsungan anda dalam persada muzik tanah air bukanlah didorong oleh kontroversi, gimik atau publisiti murahan.

Alleycats membuktikan bahawa meskipun zaman dan perjalanan muzik mereka merentasi zaman kebangkitan rock, muzik hip-hop, rap, dangdut dan sebut apa sahaja konsep muzik, tidak menggugat kumpulan itu.

Ia adalah kerana hasil bakat mereka, daya juang, citra dan identiti sendiri, menyebabkan selera pendengar masih tetap berpaut kepada kumpulan itu khususnya nyanyian David dan mendiang Loga.

Mesejnya juga, untuk berjaya dalam hidup di bumi Malaysia ini, harus punya kekuatan semangat, hati budi, kerja keras, sifat luhur, bakat yang didisiplinkan, konsistensi dalam pekerjaan dan akhirnya siapa pun kita, akan mampu diterima kerana bakat kita, tanpa melihat kaum dan apa agama anda.

Takziah untuk kaum keluarga mendiang Loga, dan semoga lagu-lagu Alleycats terus menghibur dan menjadi penghubung murni yang memupuk semangat kekitaan dan persefahaman antara kaum di Malaysia.

Sebaris lirik daripada lagu Jika Kau Bercinta Lagi yang sempat saya ingat nyanyian mendiang Loga:

“Aku hanya dapat berdoa

Agar berbahagia kau di sampingnya

Selamat tinggal, aku mengundurkan diri.

Aku mengundurkan diri".

– SOBRI SUDIN,

Alor Star.

Dipetik dari Utusan.

Sebagi tanda kenangan kepada mendiang loga dan juga kepada Alleycats secara amnya, anda boleh mendengar sebahagian dari lagu-lagu Alleycats di blog MP3 Melayu, ruangan Alleycats.

Walauwei....

Hubungan seksual anda semakin dingin? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Klik untuk maklumat lanjut.

Inginkan tudung yang cantek lagi berkualiti? Kini anda boleh dapatkan tudung secara online.


Posted in My Life |

4 Responses to “Loga, Alleycats lambang perpaduan kaum”

  1. anisss05 On

    lagu memang bole layan sampai skang………memang best…..

  2. hanah83 On

    yeah….yg ni laki aku post kat Utusan Online.Memang dia minat ngan Alleycats…aku pun suka gak ngan lagu2 alleycats ni..semua mmg best gile..

  3. hanah83 On

    yeah….yg ni laki aku post kat Utusan Online.Memag dia minat ngan Alleycats…aku pun suka gak ngan lagu2 alleycats ni..semua mmg best gile..

  4. pembebel On

    aku suka lagu sampaikan salam.. masa kecik dulu slalu joget depan radio sambil bogel2.. hehe..

Leave a Reply