Makan merupakan satu aktiviti yang bisa menenangkan jiwa yang bercelaru bagi mereka yang pandai menghayati nikmat makanan tersebut.

Ada juga yang suka memasak untuk melepaskan tekanan perasaan. Jadi, apa salahnya sekali sekala memasak.

sambal udang

Bahan:

  • Udang sederhana
  • Minyak masak secukupnya
  • Bawang besar, dihiris cantek-cantek
  • Asam jawa secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang puteh
  • belacan 2 sudu atau secukupnya
  • 4 sudu cili giling
  • 4 biji buah keras

Cara memasak:

  • Kisar semua bahan kisar tadi.
  • Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Api sederhana ok.
  • Bancuh asam jawa dengan secawan air dan masukkan jus asam jawa tersebut kedalam kuali.
  • Masukkan sekali hirisan bawang besar. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
  • Bila bawang dah nampak layu sedikit masukkan udang kedalam kuali. Kacau-kacau udang dalam kuali.
  • Joget-joget dalam 10 minit, walla… sambal udang anda telah siap.

sambal-udang-kuali

Jika mahukan sambal petai udang, masukkan sahaja petai yang telah dibelah dua kedalam kuali pada langkah ke 4.

p/s: Jika anda suka dengan artikel bertajuk Sambal Udang ini, sila undi dibawah.
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (15 votes, average: 4.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

Tags: , , ,
Posted in Resepi(sekadar release tension) | 14 Muharram 1430 |

5 Responses to “Sambal Udang”

  1. nadeeya86 On

    ni feveret ceq nie :)

    adar: feveret ceq juga. :-)

  2. cdanhash On

    wow…. ini memang tak boleh tahan… terus lapor beb…

  3. si lampu neon On

    wah hebat.. kuali pusaka ke tu?

  4. Si lapar... On

    Ahha kuali keramat tu beb! cmner pulak nk buat sambal sotong? sy nk request sambal sotong!!! :>

  5. ptreeana On

    bila mau masak lagi..

Leave a Reply