Kenali Adar
Penulis menggunakan nickname adar dalam dunia maya(internet). Masih menuntut di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Lahir pada tahun 1984 dihospital Mentakab, Pahang. Telah beristeri(seorang ) dan mempunyai seorang anak.
Amat menyukai:-
- Nombor 3
- Warna pink, seksi jika wanita berpakaian pink
- Cincin perak
- Membela janggut dan misai
Blog ini memuatkan artikel motivasi buat memberi semangat pada penulis dalam menempuhi ranjau dan liku kehidupan.
Mempunyai isteri yang mengidap penyakit Skizofrenia memerlukan penulis tabah dan sentiasa gembira agar isteri tidak mengalami tekanan.
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.
Antara buku yang amat penulis minati adalah “Tasauf Moden” karangan Dr Hamka. Buku tersebut banyak membantu penulis memahami hakikat diri. insyaALLAH.
Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbullah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia. Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal itu bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar ‘redha’ demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.
Berhadapan dengan hati yang dukacita, tegaklah perasaan redha.
Berdekatan dengan hati yang duka, tegak pula rasa bendiHamka
Bro..Sorry, Nak tanya skit la.. Skizofrenia ni boleh sembuh? Or medicine just reduse dia pya halusinasi?
adar: sy ada tanya doktor pasal benda ni. doktor ckp, ubat tu fungsinya menstabilkan bahan kimia didalam otak pesakit. Dan sy juga tanya berapa lama kena amik ubat?bila nak sembut. Doktor ckp, mkn masa. paling cepat pun setahun. dan kemungkinan akan kena makan ubat selama-lamanya. Ntah la.
Semoga En.Adar tabah menghadapi ujian ALLAH…ada hikmah disebaliknya…seronok baca blog en.adar…
Semoga ALLAH SWT memberi mukjikzat untuk sembuh kepada mas amin……….